Jumaat, 16 Mei 2008

Bella.... tamatlah sudah sebuah drama


Bella? drama siri jam 6.30 petang yang sering ku tonton... walau muka ganas, tapi kadang2 drama swasta seperti ini bukanlah salah untuk ditonton(ayat takut kene bahan). Aku bukan melayan sangat pun, tp kalau dah layan sampai abis aku tengok... Kisah seorang anak tunggal yang datang dari keluarga yang mempunyai perniagaan yang agak besar. Seorang yang keras kepala dan pelbagai lagi. Aku layan cite ni kalau x silap aku dr dia start tapi banyak jugak aku miss. So, macam2 berlaku dalam drama ni... mati hidup semula la apa la... penyelewengan, kejahatan, kekejaman, keperitan, kegilaan dan beberapa yang ke lagi aku tatau nak sebut. Inilah drama yang aku iktiraf sebagai drama... cewah! Hari ini.... sudah habis cite ni dengan slamber je dia buat finale citer ni heroin mati.. slamber je.. nasib Malaysia... Mungkin orang malaysia ramai yang inginkan pembaharuan dalam jalan cerita sesuatu drama... Asyik happy ending je kan... kali ni bella mati sebab sakit ketika ingin membuat percubaan membunuh makhluk2 kejam yang telah membuat kekejaman terhadap beliau sebelum ini... Malangnya, tuhan menarik nyawanya... mungkin pengarah citer ni tanak bella menjadi penjenayah.. sape lah pengarahnya... anyway... citer yang bagus... aku bagi 4 bintang!!!!!!!!!!!!!!! Lepas ni ada satu cite yang bertajuk "kudu" .. jangan lupa tengok... chow!!

Related Posts with Thumbnails