Jumaat, 4 Disember 2009

My SPY (PG13) - 5++++ Stars!!!


Hari nie My Spy dah keluar.. aku reserved 4 ticket di GSC IOI Mall jam 9.15 malam... baru ag aku abes tengok ni..

Overall......

Cerita ni memang best gile!!! Kasi pecah perut punya... Aku ketawa sampai sakit urat medula oblongata aku tadi... Yus dan irwan juga turut serta dengan aku menonton My Spy. Satu tiket terpaksa burn sebab sya x jadik join...

Nak bercerita pasal cerita ni x best lah plak sebab aku paksa korang pegi tengok! memang best! tak rugi wwwwwwwwwwwwwwwwooooooo!!! dari awal sampai abes... asyik gelak je memanjang... kudos to abang Harun Salim Bachik yang seharusnya dan sewajarnya mendapat pingat atau anugerah tahun nie... Dia memang pelakon komedi terbaik tahun ini! nak dibandingkan dengan yang lain, abang harun memang mantap!!!! ! Digandingkan dengan AC Mizal dengan aksi spontannya... memang terbaik dari ladang!

Patutla afdlin shauki pernah kuar statement yang abang harun ni adalah merupakan seorang pelakon yang paling dia minati... aku pun sama... so... apa tunggu lagi! korang pi lah tgk cepat!!!! nanti dah basi plak!!!!

p/s: SUPT. Adnan ....apa ni? hahahahahaha! pegi lah tengok woi!

Khamis, 3 Disember 2009

My SPY (PG13) - berbaloi-baloi!


Hari ini my spy di pawagam.. hari nie baru aku nak tengok... sinopsisnya seperti dibawah... bagi sinopsis yang sempat diceduk kat google la... sebab x tengok ag.. nak cite kang takut cite aku lagi bagus dari cite nie... hehehheheheh

SINOPSIS:

AJ yang liar dan buta warna. Salleh - seorang pesara polis yang cuba menjual rekaannya kepada Polis Diraja Malaysia. Kedua-duanya membenci satu sama lain.Namun, penyiasat-penyiasat persendirian ini harus bergabung tenaga untuk menyelesaikan kes terbesar mereka. AJ dan Salleh akan berdepan dengan seorang Datuk yang korup, pencuri dan pembunuh kembar, setiausaha yang seksi dan sebuah sindiket pencuri hasil seni.

Selamat Menonton Semua!

p/s: buta warna cam aku la plak hero nie... ades! sape nak join aku... jumpe kat depan fitness first IOI Mall kul 9 Malam... tq!

Selasa, 1 Disember 2009

JALANG - cerita ntah apa2...


Sebelum aku gi tengok NA yang superb tu... aku tengok cerita melayu... biasala... support our local movie la katakan... itulah biasanye aku buat... sokong cite melayu... cite malaysia... baru aku sokong cite negara lain... sebab itu aku jual DVD pirate omputeh je... hehehhehehe....

Aku tengok cite jalang.... POSTER nye menariklah kot sebab tu aku nak gi tengok... biasala... pancing gambar seksi2 mana tau cerita tu best .... hikhik! mana tau leh tengok adegan panas2 dari filem MALAYSIA yang mungkin x wujud kot... (x harap pon)

Dari awal hingga abis... overall cite ni macam HAMPEH!!! Tak yah tengok... patutla takde orang tengok sangat! Kalau sape2 nak gi tengok... Jangan lah bazirkan korangnye 8 ke 10 hengget.... nak beli tiket... cerita GAMBAR MACAM cerita 90an.... takde CLASS!

Kalau korang nak tengok jugak... jangan salahkan aku kalau korang menyesal... banyak part2 dalam cerita ini patut tak ada... BABAK yang boring banyak sangat.... yang berlakon jadi JALANG nye pulak.... memek muke je lebih... nak muntah aku....tapi xpelah... mungkin dia baru ag....

apa2 pun! aku nasehat kat korang semua... TAYAH TENGOK OK!!!!!!

p/s: 1 bintang pun susah aku nak kasi! lu pk la sendiri! aku nak pribiu sikit pun malas!

Ninja Assassin Superb!!!!!!!! 5 Stars!


Smalam aku tengok cerita aksi ninja pembunuh upahan... mmg best.... aku ni golongan yang malas nak tengok cite2 aksi nie... aku suke cite lawak je... smalam disebabkan aku cuti... aku pusing2 kat IOI Mall... last2 sebelah malam aku beli tiket cerita "Ninja Assassin". Pelakon utamanya,

"Nama saya Rain"... itulah dia... sebelum ni aku x kenal pun sapa mamat rain ni... aku ingat dia model iklan syampoo tu aje... lakonannye memang mantap dan cool.. Dia dalam cerita ini membawa watak RAIZO iaitu ninja yang belot kepada suku kaum keluarga OZUNU yang mana dia pun dikalangan mereka... Dia belot kerana hatinya masih ada kaler "PINK".... kehkeh! Preview yang aku karang ni ceritanya seperti dibawah:

Raizo seorang anak yatim yang diambil dari suku kaum OZUNU oleh keluarga ninja yang melatih anak2 yatim ini sebagai ninja pembunuh. Raizo (rain) telah berlatih sehingga menjadi ninja pembunuh yang hebat dan paling berpotensi oleh ketua ninja.

Sehinggalah dia diuji dengan beberapa pembunuhan dan akhirnya telah belot dari suku kaum ninja dan bergerak secara berseorangan sebagai pembunuh upahan. Dia tinggal diberlin.

Dalam cerita ini wujud agen penyiasat daripada mana ntah untuk menyiasat beberapa kes pembunuhan. Ninja-ninja ini dipercayai oleh beberapa orang adalah sebagai pembunuh upahan yang diupah oleh kerajaan kononnya... membunuh je kije dorang. Ramai yang tak percaya tapi mereka kene percaya selepas adanya pembunuhan ninja yang sangat dasyat yang dilaporkan.

Sehinggalah seorang agen penyiasat iaitu MIKA CORETTI yang ingin berbaik-baik dengan RAIZO setelah membaca beberapa cerita tentang ninja serta video tape cctv yang terpampang muka raizo. Akhirnya mereka bertemu dan MIKA ingin membantu RAIZO dalam menyelesaikan hal-hal OZUNU yang kejam.

Senang cerita... korang tengok je lah!! cerita ini kalau korang tengok memang tak rugi... memang best action movie la.... terbaik!

Bawah ni ada videonye sikit! layan.....



p/s: from now on, please call me raizo... tq

Related Posts with Thumbnails