Hari nie My Spy dah keluar.. aku reserved 4 ticket di GSC IOI Mall jam 9.15 malam... baru ag aku abes tengok ni..
Overall......
Cerita ni memang best gile!!! Kasi pecah perut punya... Aku ketawa sampai sakit urat medula oblongata aku tadi... Yus dan irwan juga turut serta dengan aku menonton My Spy. Satu tiket terpaksa burn sebab sya x jadik join...
Nak bercerita pasal cerita ni x best lah plak sebab aku paksa korang pegi tengok! memang best! tak rugi wwwwwwwwwwwwwwwwooooooo!!! dari awal sampai abes... asyik gelak je memanjang... kudos to abang Harun Salim Bachik yang seharusnya dan sewajarnya mendapat pingat atau anugerah tahun nie... Dia memang pelakon komedi terbaik tahun ini! nak dibandingkan dengan yang lain, abang harun memang mantap!!!! ! Digandingkan dengan AC Mizal dengan aksi spontannya... memang terbaik dari ladang!
Patutla afdlin shauki pernah kuar statement yang abang harun ni adalah merupakan seorang pelakon yang paling dia minati... aku pun sama... so... apa tunggu lagi! korang pi lah tgk cepat!!!! nanti dah basi plak!!!!
p/s: SUPT. Adnan ....apa ni? hahahahahaha! pegi lah tengok woi!
Jumaat, 4 Disember 2009
My SPY (PG13) - 5++++ Stars!!!
Khamis, 3 Disember 2009
My SPY (PG13) - berbaloi-baloi!

Hari ini my spy di pawagam.. hari nie baru aku nak tengok... sinopsisnya seperti dibawah... bagi sinopsis yang sempat diceduk kat google la... sebab x tengok ag.. nak cite kang takut cite aku lagi bagus dari cite nie... hehehheheheh
SINOPSIS:
AJ yang liar dan buta warna. Salleh - seorang pesara polis yang cuba menjual rekaannya kepada Polis Diraja Malaysia. Kedua-duanya membenci satu sama lain.Namun, penyiasat-penyiasat persendirian ini harus bergabung tenaga untuk menyelesaikan kes terbesar mereka. AJ dan Salleh akan berdepan dengan seorang Datuk yang korup, pencuri dan pembunuh kembar, setiausaha yang seksi dan sebuah sindiket pencuri hasil seni.
Selamat Menonton Semua!
p/s: buta warna cam aku la plak hero nie... ades! sape nak join aku... jumpe kat depan fitness first IOI Mall kul 9 Malam... tq!





