Rabu, 18 Mac 2009
Pukul 3 pagi.....
Isnin, 2 Februari 2009
Bro... Tumpang Tanya Sikit, Awek Lu Mana Pergi? (Siri I)
Ahad, 1 Februari 2009
Aku Sudah Punya Kekaseh, Sejak Malam Tadi...
Hahaha...
Aku sudah ada kekaseh — selepas minggu lalu, hampa: "bunga ku puja miliknya orang".
Tidak lagi malam tadi. Aku sudah... ya SUDAH, aku ulang, SUDAH... punya kekaseh!
Hahaha...Namanya cantek dan buat orang cemburu. Namanya: Wu-Lan.
Dia muncul di beranda rumah aku: di tingkat 18, masa aku melihat ke awan. Dia memang sering datang sebelum ini, tanpa mengetuk pintu... dan terus masuk. Kami memang sudah berbual beberapa kali. Tapi, hanya malam tadi, aku menerima dia, sebagai kekaseh.
Meski, sebelum ini dia beberapa kali memujuk aku untuk menjadi kekasehnya. Beberapa kali juga, aku menolak... sampailah malam tadi.
"Ok... aku terima kau!" kata aku yang tidak memandang ke arahnya.
Dia tersenyum. Aku bersahaja, sambil tangan melukis."Kenapa kau mahu aku?" kali ini, aku yang bertanya.
Dia mahu menjawab. Dia fikir-fikir dahulu.
"Sebab kau... kau... kau...""Aku apa?" cuba menekannya."Sebab kau lelaki yang datang dalam mimpi aku," jelasnya.
Tuhan, rupa-rupanya telah lebih awal memasukkan aku dalam mimpi Wu-Lan.
"Dengar tak?" kali ini dia pula berkata, dengan bisik.
Kali ini, aku pula tak mampu bercakap apa-apa."Hey... hey... hey," tegurnya lagi.Aku menoleh ke arahnya.
Tiba-tiba dia pun meniup mata aku.
"Aduh!" jerit aku."Sakit ke?" katanya."Sakitlah!" kata aku."
Meh, aku tengokkan. Kau cedera?" katanya.
Aku pun menunjukan mata yang seperti orang menangis kepadanya. Ketika mukanya hampir dengan muka aku, "puhhh!" aku meniup matanya.
"Ah..." suaranya agak tinggi.
Semburan aku tidak tepat kepada mata. Cuma kena pada pipinya. Kali ini, dia tak marah. Dia tersenyum.Kami pun berbual tentang hidup, tentang kalau ada anak siapa nama anak kami nanti, tentang manusia-manusia yang pernah meninggalkan aku, dan melupakan dia. Tentang dunia yang tak tidak bulat di mata kami.Berbual sampai pagi. Dan apabila hampir muncul matahari, dia pun pergi.Aku akan menunggunya esok malam. Kami akan bercanda kembali. Dia berjanji akan membawa aku ke langit tinggi, terbang di celah-celah awan.Betol. Itu janjinya. Dan, aku percaya dia tak berbohong.
Apabila hampir muncul matahari, Wu-Lan pun pulang, sambil berkata, "aku rindu kau.
"Aku jawab, "ok-ok... sampai esok sahaja!"
Hari pun siang. Aku menghidupkan kipas.Beradu.Sejak malam tadi, aku sudah punya kekaseh yang selama ini memandangku. Cuma aku, yang tidak pernah peduli. Kepadanya.
Rabu, 8 Oktober 2008
Engkau Lelaki Kelantan.....
Dimana tanah dipijak
Pasti langgak gah sijantan
Berikan aku sedikit kesempatan
Engkau lelaki kelantan
Berpeluk tubuh bagai anak bentan
Menunggu kelapa menjadi santan
Menunding jari ke arah watan
Namun....
Sikapmu itu bagaikan klasik
Buah mulut semakin kersik
Kau hanya sekadar parasit
Jangan sampai kau jadi spastik
Aku juga benci wahai kau anak kelantan....
Engkau pantang kalah
Engkaulah laksamana dimata orang
Namun dimataku kau hanya maha pembelit
Menjadi tomah engkau terpalit
Sudah... engkau mengalah akhirnya
Sudah tahu mana perginya
Sudah tahu mana angkara
Sedarlah kau wahai anak kelantan
Selamat tinggal anak kelantan
p/s: sajak ini hanya ditujukan kepada anak kelantan yang dimaksudkan sahaja... segala kelantanese lain tak termasuk.... korang paham ke x paham puisi gua? gua x paham pun.... hahahahhaha
Sabtu, 13 September 2008
Wanita "Puisi ikhlas dari insan sepi"
Gua balik dari melepak... gua mengadap laptop... gua rasa nak menulis puisi... tadi gua balik dari lepak... gua ada gak berangan nak angkat satu JEEP dan make-up... tapi gua check dalam moto trader... gua tak jumpe plak jeep yang nak dijual... gua hampa... langsung gua rasa nak menulis tentang harapan dan kehampaan... gua nak menulis pasal jeep gua x pandai... langsung gua fikir apa tajuk yang sesuai... akhirnya gua nak menulis puisi tentang wanita... maklumlah... gua single(style nak promote), kengkadang terpikir plak bila ada wanita yang nak kat gua yang serba kurang ni kan.... kalau ade awek2 yang berminat... lu orang taip ON MINAT antar ke handphone gua ... Insyaallah gua akan balas minggu depan... layan!!!!!
bukan lagu siti
Jangan kau ingat aku tak menanti
Kehadirannmu entah bila ku tak pasti
Wanita...
Kau akan kujadikan buah hati
Lama sudah ku menanti
Datang dengan penuh erti
Wanita...
Aku tak kisah walaupun siti
Janji kau paham isi dihati
Pasti janjiku akan kutepati
Wanita...
Aku masih mencari erti
Yang selama kusalah erti
Kadangkalanya ia bagai tak bererti
Wanita....
Sukar kufahami hajat dihati
Walau sejuta bagaikan melati
Masih tak jumpa yang tahu erti
Wanita...
Harap kau hadir bagaikan jati
Bolehku tumpang umpama pedati
Hidup denganku sampaiku mati
p/s: aku memang pencinta wanita... namun kubukan buaya...(suara sengau). Puisi disahkan ori...bukan a.p. Jadi segala kopi mengopi atau teh mengeteh adalah dilarang tanpa kebenaran... tindakan akan diambil. Sape nampak orang lain kopi... korang tulis nama dia.
Khamis, 11 September 2008
Kaedah berguna buat semua pengguna telefon bimbit
Handphone ataupun telefon bimbit secanggih mana pun tidak berguna sekiranya coverage tak ada kan. Di dalam lif dan basement tempat parking kereta merupakan antara kawasan 'pantang' bagi handphone (hp). Ini kerana di tempat-tempat tersebut coverage hp amat rendah sehingga 1 bar dan kadang-kadang tiada langsung!
Bayangkan sekiranya anda berada dalam situasi yang yang cemas dan amat memerlukan pertolongan. Tetapi hp mahal anda itu tidak dapat melaksanakan tugasnya dengan cemerlang. Tentu anda mempunyai sebab munasabah untuk berasa kecewa dan menyesal bukan???
Ini satu informasi untuk anda dan sesiapa sahaja yang menggunakan hp 1G, 2G ataupun 3G. Dengan menggunakan wang kertas RM2 sahaja anda boleh mendapatkan full bar untuk hp walaupun di mana sahaja anda berada.
Caranya ( Perhatian sila baca dan ikuti langkah-langkah ini dengan teliti) :
Langkah 1 : Off atau matikan hp anda.
Langkah 2 : Lipatkan wang kertas RM2 menjadi sama saiz dengan bateri hp anda.Kemudian selitkan duit yang telah dilipat tadi bersama bateri hp anda.
Langkah 3 : On atau hidupkankan semula hp. Periksa bar pada hp anda. Semasa hp anda on, pastikan kod 'ID. 10T' tertera pada skrin hp anda.
Sekiranya kod 'ID. 10T' tertera di skrin, hp anda tidak akan mengalami masalah coverage lagi!
*Sila ambil perhatian;
Sekiranya kod 'ID.10T' tidak tertera pada skrin, sila periksa sebuah satelit yang besar di belakang wang kertas RM2 tersebut.
Pastikan sama ada satelit tersebut berfungsi dengan baik atau tidak.

Sekiranya masih tidak berjaya, sila ketuk-ketuk sikit hp anda dengan duit RM2 tu sekali. Sila periksa samada tengkolok Agong jatuh ataupun tidak. Kedudukan tengkolok yang tidak stabil mungkin penyebab mengapa kod 'ID.10T' tidak muncul di skrin hp anda.
Kalau masih tidak berjaya hentakkan hp di dahi anda 10 kali.
Mungkin kod 'ID.10T' dah bertukar menjadi 'IDIOT' ! Sape tahu yer tak??
Jgn marah kalau dah terkena......Nasib baik duit RM2 tak dicetak lagi. Kalau tidak, lagi ramai yg fikir benda ni betul-betul...tapi cobaan.....selamat berbuka puasa...
p/s: renung-renungkan dan selamat beramal!!!
Selasa, 26 Ogos 2008
Hijrah "Satu Lembaran Sejarah"
Dalam rock2 gua ni... lu orang kene tahu asal usul gua... gua dulu adalah vokalis simpanan nasyid. Gua ni dulu ala rock nasyid kontemporari. Dalam nasyid gua ada selitkan sedikit rock.. biasalah kadang2 bukan nak nasyid sangat atau terpaksa atau memang gua berbakat dalam bidang nasyid. Gua nak tulis balik lirik yang gua pernah tulis dolu2... zaman skolah... gua pernah nyanyi sebagai vokalis lagu ni beberapa pertandingan... sekolah mahupun universiti.... sape nak cilok lirik ni. bagitau gua... mana tau kan... hijjaz ke nak amik lirik gua.... gua dah kansel gua nye hasrat nak jadi penyanyi nasyid.. kalau lu orang nak nyanyikan dan masukkan dalam album korang (tidak termasuk album kawin) . Gua izinkan tapi jangan lupa kredit nama gua.... Layanlah lirik ini dan insaplah wahai lelaki gila kuasa serta makhluk2 yang menyusahkan orang serta pembaca blog gua yang tegar...
Dunia menyanjung... Budaya ilmu
Memimpin Ummah
Sari dan budi...
Demi menyanjung agungnya Illahi
Rasulullah.. Pembawa obor duniawi
Rasulullah.. Pembawa obor Ukhrawi
Memimpin tingkah sari dan seri
Sari dan seri.. Pahala dan Dosa
Menyingkap erti kehidupan
Meniti hari kematian...
Hijrah mengukir sejarah agama
Tabah menjadi pakaian hidup
Pembimbing mustika bakti
Khairul Ummah memimpin tingkah
Amal makruf.. mengundang laba
Nahi Mungkar... menolak bala
Didakap tertib... sepanjang usia...
Hijrah membongkar rahsia demi rahsia
Quran dan sunnah landasan budaya
Yang membuka jendela dunia...
Menyanjung nilai ulama
Menyingkap kabus pemimpin
Meneraju nilai guru merintih
Bakti ibunda....
Demi menyanjung mustika susila
Di mercu menara ternama
Berpaut kukuh hukum ad-din
Sampai bila2.....
Kerana... Rabbul Alamin
Yang memeliharanya....
p/s : Jangan lupa undi gua di akademi nasyid musim durian tahun hadapan.... blog gua dah jadi blog mat bunga disebabkan award yang korang bagi yang berbunga2...
Khamis, 21 Ogos 2008
Misteri hantu penggali kubur...

Gua masih lagi payah nak tido dan ubatnya blog ni la... lalau gua menaip... kadang2 gua tido dengan autonya... gua boring gua ingat gua nak menyampaikan satu kisah seram lebih seram lagi dari MISTERI rancangan tv3 yang mengetengahkan cerita2 seperti "PAU SURI" dan banyak lagi.... lu orang baca la... mana tau boleh jadi ubat penahan tido... layan......!!!
Kisah ini berlaku di sebuah perkampungan kecil di Pahang pada tahun 1973 Ia nya diceritakan oleh Iqbal Mohd faizal (penduduk kat kamnpung gua) kepada gua untuk pedoman semua pembaca budiman. Kisah berlaku di sebuah Pekan yang bernama Kampung Pulau Tawar, Jerantut . Seorang lelaki yang bernama Mamat (nama sebenar dirahsiakan bagi menjaga nama baik keluarga tersebut ) . Mamat adalah seorang bomoh di kampung tersebut. Beliau merupakan seorang bomoh yang agak disegani oleh kerana setiap kali apabila beliau mengubati setiap penyakit yang pelik , beliau akan berjaya.
Satu hari diwaktu senja ada seorang budak melalui rumah Mamat budak itu adalah Atan pencerita kisah ini ). Atan terdengar seseorang sedang bercakap dalam bahasa yang agak pelik dan tidak pernah didengarinya sebelum ini. Atan cuba mengendap dari celah lubang dinding yang agak usang . Beliau melihat Mamat bercakap mengadap sekeping cermin . Oleh kerana lubang tersebut agak kecil Atan tidak nampak keseluruhan cermin tersebut. Atan cuba mencari lubang yang agak besar.Akhir nya dia ketemu,dia mengintai dan melihat bayangan pada cermin tersebut bukan lah Mamat tetapi sebatang tubuh yang sungguh ngeri wajahnya. Mata nya kelihatan tersebul dan pipinya kelihatan berlubang . Tubuh makhluk itu dibaluti oleh kain putih yang berwarna coklat seperti warna tanah Tiba -tiba Atan melihat mahkluk itu seperti memandang kearahnya.Bulu romanya meremang . Tanpa membuang masa Atan terus melarikan diri . Sampai saja dirumah beliau terus menemui bapanya dan menceritakan kepada bapanya . Bapanya sekadar tersenyum seraya memberitahu dia sudah lama mengetahui perihal Mamat . Bapanya mengatakan bahawa Mamat menggunakan hantu peliharaanya untuk merasuk orang dan apabila orang tersebut sakit beliau akan datang dan mengubati orang tersebut. Dengan cara ini beliau akan lebih mendapat duit dan orang kampung akan menghormatinya Bapanya berkata dia hanya menunggu masa untuk membuktikan pada orang kampung.
Pada malam tersebut Atan berasa seperti tidak sedap badan , tubuhya seperti merasa lemah . Mungkin kerana terkejutkan peristiwa yang dilihatnya tadi membuat kan dia rasa bergitu kata hatinya. Selepas makan Atan terus masuk tidur . Apabila dia cuba hendak biliknya . Dia cuba membuka mata nya tetapi berasa amat berat sekali . Atan pun cuba bertempik untuk memanggil bapanya tapi suara tersekat dikerongkong sahaja. Dia cuba membaca ayat suci yang diingatinya . Akhirnya beliau dapat berteriak memanggil bapanya . Kemudian beliau pengsan .
Apabila dia membuka matanya dia dapati rumahnya penuh dengan orang dan mendengar orang menyebut nama Mamat Dia melihat bapanya menghampiri nya sambil terseyum dan berkata sabar segalanya telah berakhir . Dia kembali terlelap.
Pagi besok nya apabila dia sedar dia melihat bapanya berjalan diiringi ibunya dengan pakaian seperti orang ingin ke masjid . Dia menanya bapanya apa yang berlaku . Bapanya menjawap nanti dia akan ceritakan sebelum itu kita pergi menziarahi kubur Mamat . Atan terkejut mendengarnya dan penuh dengan persoalan bermain dibenaknya sambil mengorak langkah kebilik mandi. Setelah segalanya selesai dia pun mengikuti bapanya.
Sesampai ditanah perkuburan dia melihat orang sedang mengali kubur. Tiba - tiba dia tedengar orang didalam lubang bertempik ....apa ni !!! Atan berlari untuk melihat tetapi dihalang oleh bapanya dia cuma melihat dari jarak kaki dari kubur tesebut.Dia melihat orang - orang dewasa seperti mengangkat sesuatu .
Melihat dari memek muka mereka benda yang kelihatan seperti UBI yang sangat besar jadi sesiapa yang ingin beli UBI tersebut boleh lah menghubungi saya di talian bebas tol :
1-800-333-55
atau layari laman web kami www.kerepekpenggalikubur.com
Kerepek Ubi Sira - RM 2.00 sebungkus
Kerepek Ubi Perisa kicap - RM 2.30 sebungkus
Kerepek Ubi(standard) - RM 1.50 sebungkus
Kerepek Ubi Mentah - RM 0.50 sebungkus
Penghantaran percuma kepada kawasan di Lembah Kelang sahaja. Cukai perkhidmatan sebanyak 2% akan dikenakan. Untuk pelanggan kami diluar lembah kelang, anda perlu membayar RM10 sebagai caj penghantaran produk.
UBI......UBI...SAPER NAK BELI UBIIIII!!! apa laga? beli la woi!
Jumaat, 15 Ogos 2008
Buat gadis yang bernama "NURUL"
Ini sebuah lagu yang dicipta tahun 2002. lagu ni dah lama...kalau gua nak nyanyi boleh... tapi ramai plak yang lentok jap ag... skang gua nak taip lirik je lah kan.... lagu ni korang xkan jumpa dimana2 kedai cd speed mahupun pasar malam. Kalau lu orang tak caya lagi, lu pegi la pasar yang pelik sket macam wakaf che yeh ker cari lagu ni... lagu ini ku kategorikan sendiri dalam irama balada... diciptakan khas buat awek2 yang namanya Nurul. Apa2 nurul lah! Terimalah lirik yang x seberapa ini dari gua. Bila gua teringat lagu ini, gua pun nak berterima kasih kat gitaris seangkatan gua yang bernama joe kambeng yang slalu jadi gitaris time gua nak nyanyi lagu ni. Terima lah... Nurul... (panjang lak ucapan permulaan, macam nak kasi tazkirah plak kan)
Setia Menunggumu
Diteratak cinta yang usang
Namun kurelakan
Mengubat kesedihan
Dengan bayangan percintaan
Masa telah berganti
Meninggalkan diriku sepi
Dimanakah oh deraian cintamu
Meronta hatiku meronta
Menanti kehadiranmu itu
Cukup lama penantian yang kau berikan...
Oh Nurul ... Mengertilah
Cinta setia yang kuberikan
Moga ia kekal sepanjang zaman
Itu kuharapkan
Oh Nurul ... Kuhadiahkan
Senyuman kemesraan buatmu
Menjadi pengubat duka lara
Bersamamu
Oh Nurul ... Menemani
Hidupku dalam kesepian
Mengulit lena kerinduan
Buat selamanya..
Oh sayang....
p/s: Amaran! Lirik ini adalah Hak Cipta Terpelihara. Segala penyalahgunaan dan peniruan senikata lagu tanpa kebenaran dari pemilik adalah salah dari segi undang-undang.
Awek gua yang 1st dulu namanya pun nurul... tapi biasalah... pepatah mengatakan cinta pertama itu terlalu indah sehingga ianya tidak sesuai untuk dijadikan kehidupan realiti. Realiti kehidupan bukanlah seindah itu.. Cinta pertama hanya untuk dijadikan kenangan kerana biasanya kenangan itu teramatlah indah. Tulah korang jangan sampai gua bermadah... walau gua ni rock... kadang2 gua nye tahap jiwang gua sendiri plak yang rasa memualkan... Kepada awek2 yang bernama nurul di luar sana. Jangan lupa komen lagu/lirik ini dan jangan lupa afundi abang kudu dalam AF ke-20. Adios Amigos!!!
Khamis, 14 Ogos 2008
Big Stan "The comedy film not to be missed!"

I just watched a comedy film directed by my favorite comedy actor Rob Schneider which is BIG STAN. I bought this dvd together with 4 other comedy dvds at OUG Plaza off Jalan Klang Lama. I thought I sound stupid when i tried to write in English. Since all of you can understand what im trying to story, i'll try my best to write it in english. After met my client who boughts 2 Yaesu FT60R, i go back to my home and play the dvd titled "BIG STAN". There are the list of the actor who act in this film:
1. Rob Schneider (Stan)
2. David Carradine
3. Others.... (malas aku nak tulis)
The story about a real estate artist named Stan (Rob Schneider) panics when he learns that he's going to prison for fraud. He try to find the alternative to avoid become raped in a jail by an existing prisoners. Finally, he met the mysterious guru named "The Master" and start learn the special technique in martial art from the guru. The weird mysterious guru sucessfully transform him from a nerd people into a creative martial art experts. After his incarceration, Stan uses his newfound skills to intimidate his fellow prisoners. He Banned Rapped among prisoners! The other prisoners respect him and obey what he say. They called stan BIG STAN because he is the most powerful person in that jail because of the skill learned from the master. Stan gains their respect, and eventually becomes their leader, bringing peace and harmony to the prison yard. But the corrupt warden has an elaborate plan that could help him turn a profit by turning the prison into a war zone, and Stan is the only thing standing in the way. The warden have another plan to kill all the prisoners and transform the jail into a lake city. Because of STAN felt responsible to the other prisoners, finally he changed the other prisoners mind to live in peace in the jail and the warden plan was totally failed... after 3 years, Stan free from the jail and have a better life with his family. That's all. If you want to know more... just watch it! (berlipat dah aku speaking english.... help2!!!!!!)
Movie classification: 18PL
Movie Rate : 4 and a half!!!
p/s: kalau x paham aku cakap inggeris... sorry lah banyak2... aku saje nak cube try test!!! tapi jangan klupe nonton ya!!! you'll never regret!!!
*post ni aku karang pukul 3 pagi tapi aku post kul 8 pagi... tertido boring mengarang bahasa omputeh ni...
Selasa, 12 Ogos 2008
Teka-teki yang nak kena penampor
Gua boring2... gua bukak web2 macam gua.com.my atau guatempurung.com atau guarana.net ... Gua takde ape nak buat... gua listkan teka-teki yang menyakitkan hati gua sehingga gua post dalam blog gua... Dan teka-teki macam ni la slalu gua dengar dari mulut kawan2 gua bila diajak berteka-teki... tak ilmiah langsung! heheheheheh ok layan....
1) Lubang ape yang rasanye hangat, nikmat dan nyaman?
Jawapan: LUBANGun pagi2, tarik selimut pastu lu tido balik....
2) Minyak ape yang disukai oleh lelaki?
Jawapan: MINYAKsikan pertandingan bolasepak Liga-M opp!!! salah EPL laaa
3) Kuih ape yang bungkusnya di dalam, isinya di luar?
Jawapan: Kuih salah bikin.
4) Binatang ape yang power dlm bab berKarate?
Jawapan: Kuda belang....cube kira brape black belt dia ade.
5) Siape yang menemukan dompet kulit?
Jawapan: Yang menemukan dompet kulit tersebut tolong pulangkan kepada saye.
6) Pintu ape yang walaupun dengan 10 org pun tak leh nak tolak?
Jawapan: Pintu yang ade tulis 'TARIK'
7) Saya ade 3 kepala,4 tangan dan 5 kaki...siapakah saya?
Jawapan: Pembohong...
8) Apa dia 'Jauh di mata, dekat di hati'?
Jawapan: Usus
9) Binatang ape yang seluruh anggota tubuhnya kat kepala?
Jawapan: Kutu rambut
10) Nenek sape jalannya meloncat-loncat?
Jawapan: Neneknye si katak
11) Kenape lelaki jarang kene penyakit anjing gila?
Jawapan: Sbb lelaki ni kan 'buaya'
12) Ape beza sekretari baik ngan sekretari kurang baik?
Jawapan:Sekretari baik........ ......... .'Selamat pagi Boss'
Sekretari kurang baik........ ...'Dah pagi ni Boss'
13) Ape persamaan Michael Jordan ngan Michael Jackson?
Jawapan: Dua-dua tak kenal korang...heheheh
14) Tukang ape yang kalau dipanggil, die menjenguk ke atas?
Jawapan: Tukang gali kubur
15) Nak mencari sikit punye susah, bile dah dapat buang, ape bendanya?
Jawapan: Tahi hidung
16) Ape persamaan kain jemuran ngan telefon?
Jawapan: Dua-dua kalau dah 'kringgg' bole diangkat...
17) Knape pokok kelapa kat depan rumah harus ditebang?
Jawapan: Mestilah kene tebang, sape nak cabut pokok kelapa ....gile
ape...
18) Gajah terbang dengan ape?
Jawapan: Dengan susah payah......
p/s: gua tak bertanggungjawab atas lempang2 atau penumbuk yang korang akan dapat dengan teka-teki ini... mungkin anda akan dimaki hamun... harap maklum.
Isnin, 11 Ogos 2008
Nitrus terkantoi dalam Wakenabeb
Nitrus.. Kumpulan rock yang ditubuhkan pada zaman 90an lagi. Tapi kurang publisiti kerana mungkin mereka ini low profile atau macam2 kemungkinan. Gua kenal ngan diorang ni dah 4-5 tahun dah. Memang low profile dan dorang ni best samada di luar atau di atas pentas. Sekarang album ke 2 mereka telah mula dijual di pasaran. Nak dijadikan cerita, baru2 ni gua dah terlibat dalam wakenabeb untuk mengenakan dorang ni. Satu pengalaman yang best jugak lah bila nak prank kawan2 ni.. Bukan senang pakcik2 makcik2 oi! gua dan juga kawan2 lain letih jugak lah menunggu dorang ni turun dari studio... sehinggalah mereka di prank! hahahah kalau korang x tengok, sekarang gua kasi tgk... Gua ada jugak lah dalam scene last2 sebagai pelakon pensibuk! memalukan je...huhuhuhu





