Ahad, 1 Februari 2009

Aku Sudah Punya Kekaseh, Sejak Malam Tadi...

Hahaha...

Aku sudah ada kekaseh — selepas minggu lalu, hampa: "bunga ku puja miliknya orang".

Tidak lagi malam tadi. Aku sudah... ya SUDAH, aku ulang, SUDAH... punya kekaseh!

Hahaha...Namanya cantek dan buat orang cemburu. Namanya: Wu-Lan.

Dia muncul di beranda rumah aku: di tingkat 18, masa aku melihat ke awan. Dia memang sering datang sebelum ini, tanpa mengetuk pintu... dan terus masuk. Kami memang sudah berbual beberapa kali. Tapi, hanya malam tadi, aku menerima dia, sebagai kekaseh.

Meski, sebelum ini dia beberapa kali memujuk aku untuk menjadi kekasehnya. Beberapa kali juga, aku menolak... sampailah malam tadi.

"Ok... aku terima kau!" kata aku yang tidak memandang ke arahnya.

Dia tersenyum. Aku bersahaja, sambil tangan melukis."Kenapa kau mahu aku?" kali ini, aku yang bertanya.

Dia mahu menjawab. Dia fikir-fikir dahulu.

"Sebab kau... kau... kau...""Aku apa?" cuba menekannya."Sebab kau lelaki yang datang dalam mimpi aku," jelasnya.

Tuhan, rupa-rupanya telah lebih awal memasukkan aku dalam mimpi Wu-Lan.

"Dengar tak?" kali ini dia pula berkata, dengan bisik.

Kali ini, aku pula tak mampu bercakap apa-apa."Hey... hey... hey," tegurnya lagi.Aku menoleh ke arahnya.

Tiba-tiba dia pun meniup mata aku.

"Aduh!" jerit aku."Sakit ke?" katanya."Sakitlah!" kata aku."

Meh, aku tengokkan. Kau cedera?" katanya.

Aku pun menunjukan mata yang seperti orang menangis kepadanya. Ketika mukanya hampir dengan muka aku, "puhhh!" aku meniup matanya.

"Ah..." suaranya agak tinggi.

Semburan aku tidak tepat kepada mata. Cuma kena pada pipinya. Kali ini, dia tak marah. Dia tersenyum.Kami pun berbual tentang hidup, tentang kalau ada anak siapa nama anak kami nanti, tentang manusia-manusia yang pernah meninggalkan aku, dan melupakan dia. Tentang dunia yang tak tidak bulat di mata kami.Berbual sampai pagi. Dan apabila hampir muncul matahari, dia pun pergi.Aku akan menunggunya esok malam. Kami akan bercanda kembali. Dia berjanji akan membawa aku ke langit tinggi, terbang di celah-celah awan.Betol. Itu janjinya. Dan, aku percaya dia tak berbohong.

Apabila hampir muncul matahari, Wu-Lan pun pulang, sambil berkata, "aku rindu kau.

"Aku jawab, "ok-ok... sampai esok sahaja!"

Hari pun siang. Aku menghidupkan kipas.Beradu.Sejak malam tadi, aku sudah punya kekaseh yang selama ini memandangku. Cuma aku, yang tidak pernah peduli. Kepadanya.


JANJI... esok malam Wu-Lan akan datang dan membawa aku terbang. Itu katanya.


3 ulasan:

khasyikelvin_ berkata...

dia kata nak dtg lagi kan?
heheheh
kirim salam tau!
wu-lan!ekekekeke

sharamli berkata...

tebang lekl0k...

pakis berkata...

baik punyer wu lan..

Related Posts with Thumbnails