INI kali mesti lu orang tak setuju dengan gua. Apa lagi, lu orang pun akan tuduh gua sesat. Tuduh gua pengikut extrem syiah, yang percaya Ali sebagai Nabi, dan bukannya Muhammad.
Tetapi gua mahu bertegas, Muhammad memang bukan nabi.
Sebabnya? Sebab malam tadi gua dengar tiga kisah oleh tiga orang kawan, yang pernah kecewa bercinta. Ketiga-tiga kawan gua itu Muhammad. Ketiga-tiganya Melayu.
Kisah pertama:
Muhammad 1 itu ditinggalkan kekasehnya karena ada lelaki lain yang menghadiah kereta BMW Z3 kepada kekasehnya. Kebetulan masa itu, pelajarannya di universiti tertangguh setahun."Dia ingat gua sudah tak ada masa depan... jadi miskin," kata Muhammad.
Dia hanya pakai kereta Suzuki Vitara yang barangkali harganya tak sampai seratus ribu ringgit. Dia ke rumah sang kekaseh, suatu hari. Di harapan mak-bapak kekasehnya itu, sang kekaseh melemparkan wang seribu ringgit ke mukanya."Nah! Buat cat kereta lu tu!" kata sang kekaseh.Sial! Memang macam sial!
Kisah kedua:
Muhammad 2 ini sudah berkahwin. Anak dua. Tiba-tiba bisnis dia merudum. Jadi, sang isteri minta untuk kerja. Dia izinkan. Anak, tahun hadapan hendak masuk sekolah. Jadi, kalau bini dia kerja, boleh kumpul duit, untuk, anak masuk sekolah.
Hari-hari dia hantar bini dia pergi kerja, di sebuah kawasan pejabat agak kelas elit. Di Mount Kiara.Dia tak pernah minta duit minyak. Dia tuang minyak sendiri.Suatu hari, minyak kereta dia, ngam-ngam sampai ke pejabat bini dia.
Dia masuk ke dalam stesyen minyak. Dalam poket langsung tak ada duit. Dia beritahu bini dia, dia tak ada duit. Bini dia buat diam, sedangkan...Sedangkan bini dia baru sahaja dapat gaji. Gaji bulan pertama pun dia tak nampak. Yang dia nampak, sejak bini dia dapat gaji, tukar baju dan handphone baru.
Duit untuk anak sekolah, belum tahu lagi.Kawan-kawan hubungi dia. Kawan-kawan kata, orang rumah dia ada skandal dengan seorang mamat. Dia tak percaya. Muhammad hendak pukul kawan dia yang beritahu yang bini dia itu ada hubungan gelap dengan mamat lain.
Di syarikat tempat dia bekerja juga sudah heboh cerita keretakan rumah tangga dia ~ mungkin lebih hangat daripada kisah keretakan rumah tangga Siti Nurhaliza-Dato' K...Dunia, bagi Muhammad, waktu itu, rasa macam sial.Suatu hari, dia pergi pejabat bini dia. Tengah hari. Budak-budak pejabat kata, bini dia cuti."Cuti!? Baru pagi tadi gua hantar dia kerja!"Jeng-jeng-jeng...
"Apa jenis perempuan ini? kata gua. Dalam hati. Tak berani cakap, dengan Muhammad, karena Muhammad itu kawan gua ~ dia bukan nabi."Lu tahu dia keluar dengan siapa? Dia bercinta dengan siapa?"Kawan-kawan dia. Tak boleh boleh duga."Dengan budak syarikat gua! Yang kat pejabat, duduk depan gua..." kata Muhammad, "patutlah tiap-tiap masalah rumah tangga gua, di pejabat gua jadi heboh."Sudah jam tiga pagi... Mereka bergaduh."Lu kemas baju-baju lu. Esok lepas subuh, gua hantar lu rumah abang lu!" kata Muhammad kepada bini dia — kini bekas bini dia.
Kisah ketiga:
Jeng-jeng-jeng...Muhammad 3 buat kerja yang payah dapat duit. Dia minat barang-barang seni. Dia kahwin muda. Teruskan minat walaupun perit dapat duit.Jadi, payahlah dia untuk kasi duit kepada bini dia. Mereka belum ada anak. Mereka gaduh sebab kurang duit. Walaupun tidak seperti Nabi Muhammad, Muhammad bersabar jugalah.Muhammad sabar tiap kali bertengkar. Sampai, di suatu hari, bini dia kata ~ gua memang tak suka lu, sebab lu tak ada duit!"Itulah perkataan yang menyebabkan gua [setuju] ceraikan dia," kata Muhammad.
Oleh itu,Hanya ada seorang Muhammad yang tidak pernah kecewa bercinta dengan Siti Hadijah, yakni Nabi Muhammad S.A.W.Muhammad yang lain, bukan nabi!
credit to buddhi hekayat, yogjakarta
Sabtu, 31 Januari 2009
Muhammad Bukanlah Nabi
Labels:
diari rogayah,
others,
pemerhatian,
perempuan,
scenario,
skandal,
wanita
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
3 ulasan:
Tulislah tajuk
dengan sesuai..
Apa salah tajuk tu kak? Kan I dah kata, Muhammad yang seoarang sahaja nabi, yang lain-lain tu bukan...
Apa salah tajuk tu kak? Tolonglah saya :+)
Buddhi Hekayat
terima kasih penasihat blog... gua dah ada penasihat blog dan penaong blog beb.... nama dia buddhi hekayat.... dia kata dia hensem
Catat Ulasan