Semalam aku naik lagi taksi dia.
Budak bawa teksi itu macam juru selamat.
Bulan Ramadhan lepas... bulan puasa adalah antara bulan-bulan yang cilaka kepada penumpang teksi — terutama pada waktu petang, lepas office hour.
Haus. Dahaga. Puasa atau tak, itu cerita lain. Tapi, aku Melayu, dan orang Islam di Malaysia tak boleh makan-minum depan orang ramai pada bulan Ramadhan. Lainlah di Jerman atau, Britain, China, Indonesia atau Amerika. Boleh 'menketedarah' depan Barrack Obama pun tak apa.
Aku tunggu taksi, dah sejam lebih. Bila ada yang berhenti, dia tanya... "nak ke mana?"
Aku jawab, "Telawi... Bangsar."
Dia 'terkezut' (terkejut), "hahhh... tak pergi-tak pergi, nak ambik anak sekolah."
Nak ambik anak sekolah? Kalau macam tu, jangan berhenti tadi.
Tapi, Tuhan turunkan bagai malaikat.
Tiba-tiba ada sebuah teksi membelok dengan ghairah. Mem-break betul-betul depan batang hidung aku.
"Mana bang?" kata driver-nya yang agak gelap. Mungkin dia bukan Melayu. Maka dia bukan Islam. Mungkin dia tak puasa.
"Telawi... Bangsar!" kata aku.
"OK! naik," katanya.
Siapa dia ini? Pelik. Sanggup angkat aku di saat semua driver taksi lain berpuasa daripada angkat aku... jangan-jangan dia ni malaikat yang berupa manusia. Tapi, ahhh... di mana pula malaikat ni beli kereta tuk buat taksi?
Dalam taksi, begini kami bualkan:
~ Dah lama bawa taksi?~ Baru tiga hari...
Hahaha... hahaha. "Malaikat ni lauk!" dalam hati aku berkata.
Dia kemudiannya jadi kawan. Tiap petang, 30 minit sebelum keluar office, aku telefon dia.
Tepat, dia datang. Tunggu bawah pejabat.
"Tin-tin..." dia bunyikan hon bila sampai.
Semalam aku naik taksi dia lagi, selepas berbulan aku hilang tak datang office.
"Mana lama tak telefon, saya ingat abang dah berhenti kerja ke?" kata malaikat itu, "atau dah beli kereta ker?"
"Tak! Ada hal sikit... aku nak beli kuda!" jawab aku.
"Hahaha, " dia ketawa, "hal apa? Gaduh dengan kanchah?" kata dia.
Aku tak cakap apa-apa. Cuma angguk.
"Kau pulak, dah ramai kenal kanchah sejak bawa taksi?" aku tanya.
"Ada lah sesikit," jawab dia.
"Ada yang cun?" kata aku.
"Ada bang, seorang... tiap hari saya ambik dan hantar dia balek," kata dia.
"Cun sangat ker?"
"Puteh bang... pehhh bibir dia, muka dia... semua orang tengok, cair," kata dia lagi.
"Ye ke? Bolehlah kenalkan dengan aku..." aku kecek, "siapa nama dia?"
"Nama? Emmm... kalau tak silap... Wu-Lan!"
"Wu-Lan?" bisik aku, dalam hati.
"Sebelum ambik abang ni, saya baru jer hantar dia," katanya tanpa aku tanya.
"Dia seorang?"
"Tak, dia dengan seorang lelaki... selalunya dia seorang!"
Aku terdiam. Mengenggam telefon. Perlukah aku sms dia? Patutkah?
Buddhi Hekayat harapkan taksi itu ada tangkal untuk menghalau setan
Tiada ulasan:
Catat Ulasan