Rabu, 24 September 2008

Bangkit lah melayu yang semakin layu

Gua orang melayu... gua memang melayu... dan gua tetap akan melayu... gua tak kisah langsung kalau amoi atau apek atau aci atau anei yang kata gua racist... gua tak kisah ... cuma gua nak menyedarkan anak2 melayu yang semakin hilang kemelayuannya.. Lebih cina daripada cina... Lebih india daripada india...Gua terpanggil untuk menulis tentang melayu oleh kesedaran yang gua ada dan juga yang rakan2 gua telah ceritakan. Gua selalu melepak dengan orang yang berumur dan pelbagai pendapat mereka yang gua terima bagi satu pengajaran untuk kita melayu semua. Gua tak kisahlah gua melayu campur ke apa... janji gua jiwa melayu dan hasrat gua nak menyedarkan anak2 melayu yang belum sedar.

1. Kenapa orang melayu menjatuhkan orang melayu? itu yang gua heran... melayu kuat hasad dengki... tapi kenapa tidak cina? Sampai bila melayu takkan maju

2. Sekiranya ada 2 orang manusia menjalankan perniagaan seorang melayu dan seorang kaum lain. Kenapa ramai melayu tidak berurusan atau membeli barang-barang dari kedai melayu... kenapa? harga mahal? kalau harga mahal cari bangsa lain yang lebih murah dan memulaukan bangsa kita tanpa hendak memajukan bangsa sendiri...bagi gua itu bukan cara yang betul... kita tegur sahabat melayu kita bukan terus lari kepada bangsa lain... itulah melayu takkan maju

3. 2 orang melayu melakukan perniagaan sama.. saling bertanding dalam perniagaan dengan mengutuk dan mengata tentang servis atau barangan yang dijual oleh melayu yang lain dan menjatuhkan orang melayu? Kenapa tidak bersatu demi kejayaan bersama?

4. Banyak kisah mandrem atau salah guna ilmu hitam demi menjatuhkan orang dan menyedihkan mereka yang melakukan perkara ini menjatuhkan bangsa sendiri... 90% perkara ini terjadi kepada orang melayu...Kenapa kita tidak sedar?

5. Setiap umat Islam telah ditentukan rezki oleh Allah taala dan telah dibuka peluang ini tetapi kenapa melayu islam malas?

6. Ramai anak2 melayu yang selalu melakukan perkara tidak berfaedah seperti merempit yang tidak membawa sebarang laba namun mendatang bala.... tapi kenapa tidak luangkan masa dengan perkara berfaedah... sedarlah wahai melayu bahawa peluang itu ada. dan sekiranya tidak digali... melayu akan terus merempat dibumi sendiri yang penuh sesak dengan rempitan melayu

7. Orang melayu mesti berani menyuarakan pendapat atau melawan bukan mengikut telunjuk bangsa lain...tapi selalunya melayu akan tunduk dan patuh kepada bangsa lain terutama majikan dan takut untuk melawan segala apa yang salah dan akan memudarkan melayu yang semakin pudar..

8. Gua heran knape kalau orang macam gua ni boleh dicop racist sebab post gua camni tapi kenapa tidak bangsa lain yang jelas2 nampak racist yang hanya akan membantu bangsanya tidak dipanggil racist. Gua suka sikap kekelantan yang ditonjolkan oleh kelantanese. Jangan sampai hilang kemelayuan yang semakin pupus... akhirnya kita menumpang dibumi sendiri...

9. Ayuh melayu sedarlah... rajin jangan malas... Jangan suka menunding jari... jangan suka berpeluk tubuh... kalau kita berani, mimpi akan jadi kenyataan.

10. Gua teringat satu lagu... lagu ini gua tak tahu apa tajuknya... tapi lagu ni mmg touching bagi gua... harap sahabat melayuku semua sedar bahawa kita perlu bangkit... sekiranya kita terus tidur... kita tidak akan maju... kita akan menumpang dibumi sendiri... layanlah lirik lagu ini... mungkin ada kesilapan... semua aku tulis semula atas ingatan yang mungkin kabur.


Akulah penyair yang turun dari gunung
Beratus tahun aku duduk disitu
Beratus-ratus tahun

Kiniku turun ke lembah
Melihat manusia
Kecil Miskin
Lagi hina
Hidup mereka melata-lata

Akan kujunjung dan kujulang ke angkasa
Akan kubisikkan kau bagai halilintar
Kebebasan abadi...

Akan kita susun perbarisan
Menjulang keadilan
Milik kita
Milik semua
Hidup kita bahagia...

p/s: Takkan melayu hilang di dunia

1 ulasan:

Peacebuy berkata...

Tumpang tanya,
siapa nyayi lagu ni,
kot boleh cari dalam youtube..

Anyway, bro dari seberang ada buat lagu untuk Melayu sejagat "Hymn Tanah Melayu" silalah lawati GEMPAMELAYU!!!

Related Posts with Thumbnails