Dhul Fiqar yang cakap gua kena tunggu kanchah (awek) sebab dia pulak yang yakin bahawa awek gua akan datang hujung-hujung cerita.. Apa nenek lah kau ni dhul! Kalau hujung cerita... gua jumpa pastu abes cerita, gua dah malas menulis..
Mana boleh sabar sebab gua dah sabar lama beb. Tapi gua sabar je lah kan.. Apa teknik gua nak pakai lagi semua dah pakai.. Walau gua dah lepak sekali dengan mawi, gua tetap takde kanchah (gua nak cakap yang gua main badminton dengan mawi tetiap rabu lah... biasa la orang kampung jumpa artis..tapi artis tu kampung jugak).
Kanchah Dewa Chenta tu macamana?
Rambut kerinting ke rambut lurus? atau botak? Ramping atau kembang? Atau sama dengan bidadari syurga yang dibayangkan oleh puak-puak tabligh yang menyampaikan seruan illahi dengan meletakkan bidadari syurga yang chantek sebagai motivasi untuk berdakwah...
Gua menggelarkan gua dewa chenta dan disokong oleh segelintir pembaca blog gua. Tapi itu sebenarnya gua yang kata tapi gua bukan beb... Gua nak ejas awek pun tak reti.. Kalau tak percaya tanya lah kechup... Dia kenal sangat gua katanya! Cis! Mana kau tau kechup... Kau dengar citer dongeng!
Hannys! (gua tatau nak eja camne nama lu), lu jangan risau... gua tak kisah kalau jodoh gua bukan dengan awek yang lahir pada bulan 6.. Gua main-main jer... jangan pikir sampai kepala botak.. Sampai merosot prestasi kerja mahupun proses pembelajaran. Lu pun boleh jugak antar resume... :p
Gua tak kisah la... Sebab gua dah rasa sangat selesa hidup macam nie dan rasa serabut pulak skang nie sebab ada 2-3 kanchah selalu sms dan call. Gua rimas jugak, mungkin sebab dah lama tak berdua.
Kalau macam ni macamana nak buktikan gua dewa beb... balas sms pun malas! argh!!!! Tension! Tido dulu!
2 ulasan:
aku tak perlu hantar resume, sebab aku pon dah penat layan perangai lelaki yg mcm2 ni.. penat siot. tunggulah kanchah@ awek yg ko tunggu2 hantar resume. tapi kalau ko belum bersedia baik tak yah. kang sian lak awek tu ko tak layan mahupun balas sms dia.kan sadis tu..
yela... jual mahal lah anis! boo! :p
Catat Ulasan