Isnin, 25 Mei 2009

Hello Kitty di Awan


Petang itu dalam keramaian yang agak menyemak mataku, aku lihat ramai gadis-gadis yang bahagia bersama pacar mereka. Aku tidak.. Aku hanya dengan kawanku, pemuda seperti aku. Sambil menghisap rokok, aku lihat gelagat mereka yang kononnya bahagia berpimpinan tangan dengan pelbagai fesyen pakaian yang buat aku semakin tak paham dengan mereka-mereka itu. Dulu aku duduk dikampung, tak pernah pulak nampak orang berpakaian begitu.


Dipetang itu, di Shah Alam. Aku datang semata-mata nak bagi sokongan kepada kawan-kawan yang akan perform kat konsert pada sebelah malam. Suasana agak meriah bagi mereka-mereka yang hadir, aku tidak. Aku masih dengan kawan aku yang sama status dengan aku. Anak-anak kecil gembira berlari ke sana ke mari dengan memegang belon hello kitty ditangan.


Dulu, aku tidak begitu. Aku budak kecil yang tak suka permainan budak kecil. Aku suka bersendirian. Bercakap sorang-sorang diri dalam bilik yang aku kunci pabila ibu dan bapaku bertekak hari-hari. Itu sudah biasa bagiku. Tiada permainan askar2, tiada hello kitty, ataupun robot2. Waktu dulu, masih aku ingat. Ibuku beli Dendang dan Tora, aku marah. Bukannya marah maki hamun.


"Membazir je... bukan best pun! Tayah beli lah lain kali", ujar aku ketika itu.


Ibu aku paham, sampai sudah dia tak beli dah benda macam tu. Dia suka beli aku baju, dan apam balik ketika pekan sari hujung minggu untuk aku.


Petang itu, di shah alam. Anak kecil itu tidak berlari. Hanya memegang hello kitty ditangannya tanpa apa2 perasaan yang berlebihan. Tiada rasa seronok atau teruja memegang belon gas hello kitty. Dia aku lihat seperti aku dulu-dulu. Aku perhatikan anak kecil itu yang mencelah perhatianku walau keadaan bising bangar di sekeliling agak membingitkan.


Anak kecil itu terlepas belon itu bebas terbang terus ke atas. Dia itu seperti tenang melihat belon itu pergi. Tidak menangis atau merengek kerana belon sudah terbang. Aku melihat ke awan, hello kitty semakin tinggi, bebas terbang ke awan. Terbanglah kau bebas, jangan kau datang ke sini lagi! Tiada bahagia yang kau bawa, cuma muslihat menipu diri.


p/s: apa mesej? apa yang cuba aku sampaikan? lu pikir lah sendiri!

Tiada ulasan:

Related Posts with Thumbnails