Selasa, 31 Mac 2009

Karipap Kueh Golongan Kaya dan Bangsawan


Karipap itu tidak boleh dijumpai dimana-mana selain di kg. Pasir. Gua mintak maaf semalam gua tak larat nak sengkang mata tulis pasal karipap. Pedih mata mengenangkan wanita cina itu yang dimarah dan dimaki oleh gua pasal karipap yang dia makan atau dia curi dalam bahasa yang lebih tepat. Nurul Amani telefon gua suh gua sambung cerita karipap gua nie...


Ya! Karipap itu bukan sebarang karipap!!!! Detik Hati Gua... tak salah gua mintak kat dia RM10! Dengan muka bersalah wanita cina itu menghulurkan note wang kertas RM10 dari tas tangannya. Gua ambil ~ muka masih merah padam, waktu itu.


"Lain kali, jangan buat macam ini!", kata akhir dari gua...


"Ok, saya minta maaf", jawab wanita cina tersebut tampak insaf atas perbuatannya...


Raut muka jatuh kebawah malu akan perbuatannya itu jelas terpampang. Hari kelmarin adalah sejarah dalam hidupnya dimarah kerna makan karipap yang gua beli... Pertama kali terjadi dalam hidupnya gua kira.


Gua masuk ke dalam bilik training lalu gua cakap dekat Fhazi (kawan gua yang trainer tu) yang karipap dan kueh-kueh sudah habis dihantam bangsa cina yang tidak bertanggungjawab. Suara-suara kecil dari kiri kanan lalu melintas telinga gua...


"abis dah?", suara-suara kecil yang semacam kecewa karena mereka tidak dapat menikmati Karipap tersebut.


"Kalau makanan mereka, kita takut nak makan sebab was-was, kalau makanan kita dorang boleh makan", jelas fazhi kepada anak-anak muridnya yang ada yang mencecah separuh abad. Kalaupun fazhi tak cakap benda macam tu, dorang mungkin lagi tahu. Tapi, gua rasa fazhi ni salah tajuk!.... argh! apa2pun gua dah POW minah cina tu RM10, jadi gua tak rugi lah kan? modal beli karipap tu RM9 jer... padan muka dia...


Setelah habis training, mereka bersurai dan gua ngan fazhi naik ke atas... seorang lagi kawan kami iaitu WAN masih diatas. Gua tak kisah wan buat apa... dia memang buat kerja... gua tahu... Gua cerita pasal kes ini kat wan dan fazhi pun cerita kat wan... Setelah dua2 cerita, wan agak konfius.... lalu wan mendedahkan bahawa salah faham telah berlaku apabila mendengar aku dan fazhi bercerita kepadanya....


Rupa2nya, anak2 murid Fazhi telah keluar untuk rehat seketika dan telah makan karipap tu! Karipap yang wanita cina itu makan cuma yang lebih! Dia makan sebiji jer!


Gua tetap relax dan tidak menyesal atas kemarahan dan kemakian yang telah terjadi tadi. Tapi...... Takkan sebijik karipap harga RM10? Kat starbucks pun x sampai harga tu...Gua masih memikirkan adakah harus gua berhenti berkerja teruk... Jual karipap lebih untung dari Jual Handphone, Walkie Talkie, DVD, atau apa2... gua mula sedar... dan masih mencari wanita cina itu... untuk memulangkan wang rm10 tersebut... Kalaupun gua pulang, jangan harap maaf gua pohon darinya. Biarlah jadi pengajaran bagi dia dan generasi akan datang...


Gua yakin! Sejak hari tersebut... Dia tidak akan makan karipap karena dia menyedari bahawa karipap bukan makanan masyarakat biasa... ia kueh golongan kaya dan bangsawan!


p/s: karipap memang gua suka gila dari kecik... karipap free hanya dapat ketika ada mesyuarat UMNO di balai raya kat kg gua waktu dolu2...

Isnin, 30 Mac 2009

Hanya Kerna Karipap...

Hanya kerana karipap, semalam tanggal sabtu, 28 Mac 2009 gua mengamuk bagai pahlawan melayu yang menentang kaum2 lain pada tanggal 13 May... Muka berang merah, mendengus apabila memandang kearah karipap yang dibeli untuk peserta training di office gua tinggal lagi 2 biji... Muka mula merah ~ macam singa marah.

Karipap itu gua yang beli lepas balik dari lowyat kelmarin. Gua beli RM9, dapatlah sekumpulan kueh karipap yang sedap buatan makcik yang menjual di Kg. Pasir dibelakang office gua. Makcik itu punya anak, gua tak pernah tanya nama anak dia siapa. Tapi dia tak semanis awek penjual kueh didepan 7 Eleven depan simpang sana.

Berang bengang melihat karipap itu yang belum gua jamah tinggal dua biji lagi... walau gua beli banyak untuk 12 orang peserta training. Tinggal dua! "wah! ini boleh mendatangkan marah!!!!", bisik hati gua...gua lehat apek2 yang bukan sekaum gua ada yang seperti mengunyah sambil berborak dalam bahasa Hokkien.

Dalam kepala hotak gua, apek2 dan nyonya tu dah bedal! L******!!! M*******i! Gua terus masuk ke bilik training dan tanya kawan gua yang tengah asyik memberi penerangan kepada semua pelatih.

"Dah keluar belum?", gua mencelah ditengah taklimatnya...Lalu dia tak teragak2 menjawab...

"Belum!"

Gua dengan pantasnya menutup pintu lalu memandang kearah cina-cina yang duduk diatas kerusi itu... Mata semakin merah tanda insyarat api kemarahan yang membuak2... Ya seminggu gua tahan x lepas2. Mata melilau mencari siapa yang hendak dimaki. Ya!!! Perempuan itu!

Dia yang ada dan melihat yang kueh itu kueh gua dan gua yang letakkan dalam bekas. Confirm!!! Gua dah tunggu lama nak maki orang!

"Lu sini!", gua panggil keras

Dia datang dengan muka takut... Gua x kenal dia... dan dia x kenal gua.... Lalu sesi membasuh sudah sampai, gua bebel dan marah kat cina tu... Dia acap kali minta maaf tapi gua masih pertikakan kenapa dia nak makan karipap tu tanpa aku bagi atau sesiapa bagi.... Gua marah birang sampai gua tak hengat apa yang gua buat. Dia diam sahaja tanda bersalah.

Selepas gua puas marah dan geram, rasa lega dan terus keluarkan ayat hikmah...

Oklah! Lu bayar skang!


Bersambung.......... (ngantuk!)

Jumaat, 20 Mac 2009

Kanchah Dewa Chenta


Dhul Fiqar yang cakap gua kena tunggu kanchah (awek) sebab dia pulak yang yakin bahawa awek gua akan datang hujung-hujung cerita.. Apa nenek lah kau ni dhul! Kalau hujung cerita... gua jumpa pastu abes cerita, gua dah malas menulis..


Mana boleh sabar sebab gua dah sabar lama beb. Tapi gua sabar je lah kan.. Apa teknik gua nak pakai lagi semua dah pakai.. Walau gua dah lepak sekali dengan mawi, gua tetap takde kanchah (gua nak cakap yang gua main badminton dengan mawi tetiap rabu lah... biasa la orang kampung jumpa artis..tapi artis tu kampung jugak).


Kanchah Dewa Chenta tu macamana?


Rambut kerinting ke rambut lurus? atau botak? Ramping atau kembang? Atau sama dengan bidadari syurga yang dibayangkan oleh puak-puak tabligh yang menyampaikan seruan illahi dengan meletakkan bidadari syurga yang chantek sebagai motivasi untuk berdakwah...


Gua menggelarkan gua dewa chenta dan disokong oleh segelintir pembaca blog gua. Tapi itu sebenarnya gua yang kata tapi gua bukan beb... Gua nak ejas awek pun tak reti.. Kalau tak percaya tanya lah kechup... Dia kenal sangat gua katanya! Cis! Mana kau tau kechup... Kau dengar citer dongeng!


Hannys! (gua tatau nak eja camne nama lu), lu jangan risau... gua tak kisah kalau jodoh gua bukan dengan awek yang lahir pada bulan 6.. Gua main-main jer... jangan pikir sampai kepala botak.. Sampai merosot prestasi kerja mahupun proses pembelajaran. Lu pun boleh jugak antar resume... :p


Gua tak kisah la... Sebab gua dah rasa sangat selesa hidup macam nie dan rasa serabut pulak skang nie sebab ada 2-3 kanchah selalu sms dan call. Gua rimas jugak, mungkin sebab dah lama tak berdua.


Kalau macam ni macamana nak buktikan gua dewa beb... balas sms pun malas! argh!!!! Tension! Tido dulu!


Rabu, 18 Mac 2009

Pukul 3 pagi.....


Sekarang pukul 3 pagi — gua terjaga... Ada satu private number call gua... Gua dengan relaxnye angkat...


"Hello!!! Kudu ke ni?", suara macam kenal...


Gua terfikir2 siapa...


"Siapa ni?", gua tanye...


Rupanya lelaki yang bersuara garau itu mengenalkan dirinya.. Aku Munir...


Ya! Munir memang kawan gua dari terengganu. Boleh dikatakan orang yang banyak membantu masa gua hidup merempat di kolej dahulu. Umurnya agak berusia namun dia ketika itu masih meneruskan pengajian diploma walau umur meningkat tua. Masa itu gua degree. Dia memang pandai berniaga...Dia cakap kat gua dia sekarang jual Kokain! Argh! Gua tahu dia berseloroh...


Gua baru sedar orang yang sibuk macam dia pun boleh ingat kat gua. Rupanya gua masih lagi ramai kawan. Gua lupa gua ada kawan, bukan hanya di KL, tapi ramai kawan2 di luar sana yang gua lupakan. Gua bukan nak lupa, tapi terlupa dek kesibukan kerja.


Bulan ini, ramai kawan gua kawin... Antaranya Eddy & Nana, Ilah, Fazhi(budak opis gua), Baini (kawin dengan lect ktorang), dan beberapa orang. Semua dah settle kecuali fazhi... semua yang dah settle semua gua tak pergi...gua tak tahu nak pergi yang mana satu.... huh... Paling terkilan bila x dapat pergi kawin Eddy & Nana... Petang jumaat, gua dapat sms yang berbunyi macam ini:


"Lan, Eddy ni... jmput dtg chenor sok.. aku kawen.. xpn dtg ahad kntan..dtg tau.. ko org pnting.. mintak maaf x sempat anta kad... klm kabut.."


Gua baca sms nie, gua rasa nak menangis kerana gembira. Sebab dia cakap gua orang penting... Alamak! apa pentingnye gua nie?


Sebenarnya, dia dan wife dia berkenalan disebabkan gua. Gua yang suruh dia ejas Nana dalam telefon Kopstel (telefon percuma bilik ke bilik di UiTM)... Gua pun x kenal Nana ni sebenarnya... Gua suh dan paksa eddy ejas... Sampai diorang kawin rupenyer... terharu beb gua dengar bila dorang nak kawin...


Ini berarti gua ini dewa cinta!!!!!


Tapi gua masih belum jumpa cinta yang sejati dan sebenarnya... bila gua pikir benda nie... awek bulan 6 atau 12 ke tak muncul juga. Rasa hampa... Lalu kuterus sambung tidur dengan harapan gadis impian hadir dalam mimpi pendek ku.

Ahad, 15 Mac 2009

Macam-macam cerita

Gua baru balik dari ampang.... ayah neves & Jay pretty ugly meninggal dunia... al-fatihah... sebagai kawan gua rasa gua patut melawat.... mereka nampak tabah dan kuat...muka neves nampak kewl dengan berbaju lusuh yang gua tak penah nampak dia dressing macam itu sebelum ini. Gua x paham, astro awani pun datang... ntah sape panggil dan untuk apa... biarlah mereka kerja mereka.. apa2pun... takziah kepada mereka...

Gua lama x menulis bukan malas... tapi bz... banyak cerita patutnye tuiis tapi tak sempat... Dari sebelum gua ke Indonesia sampai lah gua balik ke Malaysia banyak cerita... banyak gambar2 hidup dunia yang patut dikongsi... Biarlah.. gua simpan cerita itu jadi sejarah...

Akan tetapi... masih awek bulan jun atau mana2 bulan gua tak temui walau dah cari hingga ke indonesia... Mungkin dhiean (cewek jakarta yang gua berkenalan di KFC Mangga 2, Jakarta)... tapi gua lupa plak nak tanye bila dia lahir... mungkin jua sape2... gua x kesah la... Skang dah nak abis bulan 3... 3 bulan lagi... aduh... penat... bila?

Isnin, 23 Februari 2009

Awan Berarak Nano

Awan berarak nano... gua terbang banyak akhir2 ini.. awan nano? apa itu awan nano? gua agak-agak maksudnya awan itu bergerak gila, tak tentu arah... perkataan nano itu gua baru je dengar beberapa bulan lalu dari mulut buddhi dan jugak farouk hussin.

Bila gua agak kerap naik flight barulah gua rasa tahu maksud yang mungkin membawa erti nano itu... Sempat gua tulis sebuah tulisan yang tidak berapa kreatif tentang awan-awan pecah bila kapal terbang melanggar kepolan awan.




Awan pecah hancur
Ungkap kenangan yang lebur
Madahnya tak bertutur
Pada jiwa yang luhur

Kabur bagai kabus
Hati tidak tertebus
Mengganti cinta yang pupus
Mustika awan tertembus

Hilang segala kepolan
Bila dihempas pukulan
Pedihnya bagai dirotan
Sang petir jadi igauan
Awan nano...
Hadirnya bagai misteri
Misteri yang tak akan pasti




p/s: gambar tu gua snap senirik pakai hp secara curi2...

Khamis, 19 Februari 2009

Jakarta ... gua hampir lupa

Ya! gua akan ke Jakarta juga... hampir kulupa seminggu jua gua akan ke indonesia... sekarang gua di LCCT sedang menunggu boarding nak ke Kota Bharu..

Jam 4.00 petang, Benji telah menangguhkan"appointment" dengan seorang dato yang mungkin menteri atau taukei kedai emas atau kain. Ya... gua akan jumpa orang kaya petang ini, malam dan seterusnya... ini semua urusan kerja...

Kalaupun orang kaya itu mempunyai anak gadis, mungkin gua takkan berbuat apa2... sebab gua dah tekad tak nak cari awek disana...

Jakarta, lain pula...

Jakarta penuh dengan awek-awek yang chantek... seperti bandung juga... awek Sunda... Sundra ke sunda gua dah x ingat... Orang kata awek sunda itu chantek. Kalaupun chantek mesti dia lahir pada bulan Jun. :) seperti juga awek yang duduk didepan gua di Coffee Bean ini, gua yakin dia lahir bulan Jun juga.... sosoknya menarik seperti yang diceritakan dalam dongeng awek bulan Jun yang gua baca sewaktu dulu.

Boarding pukul 1... gua pasti pulang ke KL esok... gua fobia dengan kelantan walaupun asal-usul keluarga memang dari kelantan.

Gua fobia dengan suasana di kampung disana. Waktu gua kecil, api tiada, air kadang2 ada... kena mandi sungai.. argh! gua memang jarang balik kelantan.. bab kata memang dah jadi orang pahang.. gua lahir juga dipahang..

Bandung mungkin sama dengan kelantan. Jakarta mungkin tidak... Ia mungkin sama dengan ipoh tapi mungkin tak banyak tempat urut kaki seperti di IPOH. Matahari terik di Malaysia menyebabkan gua rasa tak sabar untuk ke Indonesia. Mungkin disana ada salji. Kalaupun tiada, ia tidaklah seterik di Malaysia. Semalam sangat panas di Ipoh, hampir hitam kulit cerah gua. Ipoh menyebabkan kaki gua sakit akibat dipicit oleh pengurut kaki lelaki itu. Ya! Ipoh bukan sehebat KL mahupun Jakarta.

p/s: semalam bos gua blanje urut kaki... sebab jadi supir...

Related Posts with Thumbnails