Sabtu, 30 Ogos 2008

The terrible scholes "Hand of God"





He dont play like maradona, he dont play like messi. But he do the terrible hand of god i ever watch today. I just came back from watching Man U vs Zenit St. Petersburg. Zenit beat Man U 2-1. For you information i am the MAN UNITED Die Hard fan. But tonight Zenit play better than Man U and the injury of Christiano Ronaldo give the big impact to the whole team. I think if ronaldo can play, Man U can play better. I just disappointed because the terrible skill from Scholes who want to put the ball into the goal using his hand. May be he thought he can do like Maradona but at the end of the action. The referee without any doubt give him a good present. It was a red card. He sent off by the stupid skill done by himself. The stupid skill cannot be accept by me because it can be caught by all the people without playing back from a camera... huhuuhuh. I thought Paul Scholes needs go to school and learn it from maradonna and the maradona's clone "Messi" on how to use "Hand of God". Probably he want to quit from playing soccer and join a brazil or cuba team in VOLLEYBALL... heheheheh 73 88..

p/s: glory2 man united! paul scholes! u're suck! u're too old! Take a resttttttttttttttttttt....

Rabu, 27 Ogos 2008

Politik Malaysia... Kesimpulan dari Pemerhatian


Selamat malam... pergh... KL Jammmmm gile petang ni... banjir kilat menyebabkan jalan begitu sesak... gua sampai ke rumah dalam kul 9 dari jalan duta lebih kurang pukul 6.00 petang tadi... Sebenarnya jamm dan politik secara langsung gua rasa tidak ada kaitan... itu hanya mukadimah yang gua karang untuk memulakan kesimpulan yang nak buat... Petang tadi gua ke konti IKIM.FM untuk program company gua dalam radio tu. walaupun gua x layan radio tu tapi gua antara orang yang bertanggungjawab memastikan "talkshow" company yang gua kerja berjalan dengan lancar. Ini pun tiada kaitan dengan apa yang gua nak simpulkan sebentar lagi.. sambil bermukadimah gua memikirkan apa yang gua nak repekkan kejap lagi. Gua bukan nak sangat berpolitik tapi gua terpaksa mempolitikkan diri yang x berapa politik sebagai satu perkongsian bersama dengan rakan2 dan juga umumnya kepada seluruh rakyat Malaysia. Pilihanraya umum lepas pun gua tak mengundi walau layak mengundi. Bukan gua xnak undi. Gua malas nak balik kampung... Gua kan malim kundang. Mungkin gua juga terpengaruh dengan sinetron malin kundang. Biasalah sudah duduk di ibu kota... Sikap macam tu kene lah ada. Layan lah dan komen lah pendapat gua tentang politik di Malaysia yang kadang2 buat gua benci plak dengan media elektronik dan juga media cetak.

1. Gua pun sokong apa yang kerajaan buat tapi gua tak suka tengok kerajaan guna media sebagai medium menyebarkan benda2 yang hendak memenangi hati rakyat dan menyalahkan pembangkang. Bagi gua tak adil.

2. Gua nak bagitau bahawa rakyat sekarang dah bijak. Bukan macam dulu2 hanya apa yang disampaikan di TV dan Suratkhabar menjadi panduan. Dekat kampung gua pun orang dah mula mengenal internet, blog, streamyx dan juga friendster.

3. Gua nampak ramai pemimpin negara yang tak berfikir apabila mengeluarkan statement. Nampak sangat kebodohan. Paling gua nampak kebangangan dan kebodohan yang terserlah bila isu DNA di pertengahkan dengan ilmu yang tidak mendalam. Malu gua bila gua tahu fakta tu.

4. Gua menyampah pulak dengan isu sumpah. Macam budak kecik je plak gua tengok. Kalau orang politik ni dah macam budak kecik, baik lu orang conteng "alif lam lam ha" kat dada memasing bila tak percayakan seseorang.

5. Gua nak nasihat supaya sekiranya ingin mengatur satu rancangan mistilah rancang dengan teliti supaya tak kantoi bodo2. Orang zaman skarang sangat cerdik dan pintar untuk menilai.

6. Gua tak sebelah mana2 pihak. Mungkin ada betulnya perangai "lam ya wau alif ta" itu dilakukan oleh seseorang itu. Tapi tolong jangan paksa orang percaya tanpa bukti kukuh. Bagi gua, gua pun x sanggup terima pemimpin yang berkelakuan begitu. Rakyat amerika pun tidak dapat menerima bill clinton. Tapi betulkanlah cara dan cara tuduhan dibuat. Jangan jadikan rakyat sebagai mangsa.

7. Gua lihat goncangnya satu pemimpin adalah keluarga. Jadi para pemimpin jaga lah keluarga anda. Jangan kerana nak jaga nama keluarga sampai melibatkan keluarga gua dan keluarga rakyat malaysia. Setiap konflik yang berlaku semua atas masalah keluarga. Kalau x caya cuba semua kaji macam mana setiap konspirasi dan juga kes2 yang melibatkan mereka.

8. Gua harap jangan lah pikir pasal diri sendiri sahaja sebab rakyat melantik seorang pemimpin bukan untuk keuntungan sendiri tetapi untuk keuntungan bersama.

9. Gua hairan kenapa negara Malaysia tidak sama dengan negara demokrasi yang lain yang mana negara lain rakyat berkuasa hendak menaikkan pemimpin dan menjatuhkan pemimpin. Apa telah jadi kepada thaksin. kepada pemimpin yang lain yang telah diguling. tetapi kenapa di Malaysia lain? adakah kita terlaku makmur.

10. Gua nampak tahun ni kurang Jalur Gemilang dikibarkan bahkan gua tak nampak langsung sebenarnya di kereta2 di lebuhraya mahupun di jalan-jalan dimana lebuhraya tamat. adakah kurang kesedaran rakyat Malaysia. Adakah harga minyak yang naik menjadikan rakyat tidak mampu mengibarkan bendera. Apa yang gua simpulkan bahawa ini satu petanda bahawa perpaduan kita semakin rapuh. Ini harusnya dijadikan satu perkara yang perlu dikaji sebabnya. Hidup kerajaan! sedarlah dan bangun!

11. Gua ikhlas kata gua sokong kerajaan tapi gua tak sokong individu yang memimpin yang mana suka mengenepikan kepentingan atau hati rakyat. Gua tak suka pemimpin yang hanya nak tunjuk dia baik. Gua pun tak paham. adakah pemimpin boleh disamakan dengan lelaki gila kuasa?

12. Komen gua tentang pr di permatang pauh sama macam chedet cakaplah.. gua tak fikir anwar menang, gua tak cakap PKR menang kat sana tapi apa yang penting, BN KALAH. So berubahlah!

13. Gua nampak politik sekarang sangat kotor. Pembangkang dan kerajaan sangat kotor dan hanya boleh membuktikan kebersihan mereka sekiranya apa2 yang sebaliknya berlaku. Apa yang sudah dijangka akan diubah kepada sebaliknya kerana takut sangkaan itu benar. Kira macam semua taktik sudah diketahui. Jadi kaburi mata orang ramai dengan sikap dan keputusan yang baik. Gua pun dah tak paham. Apa yang gua harap adalah harga minyak akan turun dan gua rasa itu lah harapan yang lain yang tidak mahu Malaysia sama seperti negara yang mana orang kaya akan terus kaya... orang miskin akan terus miskin.... Ini adalah permulaanya sekiranya tiada perubahan akan dilakukan. Bagi aku, aku sokong kerajaan kerana bukan senang nak bangunkan negara dan menangkan semua pihak. Dan aku juga sokong pembangkang kerana dapat memperbetulkan apa yang tidak betul dibuat oleh kerajaan. I LOVE MALAYSIA

-Harapan dari seorang Anak Melayu Malaysia.

Selasa, 26 Ogos 2008

Hijrah "Satu Lembaran Sejarah"

Dalam rock2 gua ni... lu orang kene tahu asal usul gua... gua dulu adalah vokalis simpanan nasyid. Gua ni dulu ala rock nasyid kontemporari. Dalam nasyid gua ada selitkan sedikit rock.. biasalah kadang2 bukan nak nasyid sangat atau terpaksa atau memang gua berbakat dalam bidang nasyid. Gua nak tulis balik lirik yang gua pernah tulis dolu2... zaman skolah... gua pernah nyanyi sebagai vokalis lagu ni beberapa pertandingan... sekolah mahupun universiti.... sape nak cilok lirik ni. bagitau gua... mana tau kan... hijjaz ke nak amik lirik gua.... gua dah kansel gua nye hasrat nak jadi penyanyi nasyid.. kalau lu orang nak nyanyikan dan masukkan dalam album korang (tidak termasuk album kawin) . Gua izinkan tapi jangan lupa kredit nama gua.... Layanlah lirik ini dan insaplah wahai lelaki gila kuasa serta makhluk2 yang menyusahkan orang serta pembaca blog gua yang tegar...

Hijrah.. Mengimbau hari yang tinggi
Dunia menyanjung... Budaya ilmu
Memimpin Ummah
Sari dan budi...
Demi menyanjung agungnya Illahi

Rasulullah.. Pembawa obor duniawi
Rasulullah.. Pembawa obor Ukhrawi
Memimpin tingkah sari dan seri
Sari dan seri.. Pahala dan Dosa

Menyingkap erti kehidupan
Meniti hari kematian...

Hijrah mengukir sejarah agama
Tabah menjadi pakaian hidup
Pembimbing mustika bakti
Khairul Ummah memimpin tingkah

Amal makruf.. mengundang laba
Nahi Mungkar... menolak bala
Didakap tertib... sepanjang usia...

Hijrah membongkar rahsia demi rahsia
Quran dan sunnah landasan budaya
Yang membuka jendela dunia...

Menyanjung nilai ulama
Menyingkap kabus pemimpin
Meneraju nilai guru merintih
Bakti ibunda....

D
emi menyanjung mustika susila
Di mercu menara ternama
Berpaut kukuh hukum ad-din
Sampai bila2.....

Kerana... Rabbul Alamin
Yang memeliharanya....


p/s : Jangan lupa undi gua di akademi nasyid musim durian tahun hadapan.... blog gua dah jadi blog mat bunga disebabkan award yang korang bagi yang berbunga2...

2 Award dalam satu masa


Artis kah gua sampai diberi award sampai dua.. award yang sama lak tu... abis gua nak bagi sapa? xnak bagi orang lain boleh... anyway tq eida dan putrimie for the awards. thanks .... 88 to both u....gua pass blog ni kat list bawah ni

1. Kak Cujie
2. Jamie
3. Tasya

itu je la... kalau gua bagi kat eida or putri kang macam dorang buruk siku lak... anyway... gua tengah mencari idea apa yang nak ditulis untuk gua lelapkan mata... chow!

Khamis, 21 Ogos 2008

Misteri hantu penggali kubur...




Gua masih lagi payah nak tido dan ubatnya blog ni la... lalau gua menaip... kadang2 gua tido dengan autonya... gua boring gua ingat gua nak menyampaikan satu kisah seram lebih seram lagi dari MISTERI rancangan tv3 yang mengetengahkan cerita2 seperti "PAU SURI" dan banyak lagi.... lu orang baca la... mana tau boleh jadi ubat penahan tido... layan......!!!

Kisah ini berlaku di sebuah perkampungan kecil di Pahang pada tahun 1973 Ia nya diceritakan oleh Iqbal Mohd faizal (penduduk kat kamnpung gua) kepada gua untuk pedoman semua pembaca budiman. Kisah berlaku di sebuah Pekan yang bernama Kampung Pulau Tawar, Jerantut . Seorang lelaki yang bernama Mamat (nama sebenar dirahsiakan bagi menjaga nama baik keluarga tersebut ) . Mamat adalah seorang bomoh di kampung tersebut. Beliau merupakan seorang bomoh yang agak disegani oleh kerana setiap kali apabila beliau mengubati setiap penyakit yang pelik , beliau akan berjaya.

Satu hari diwaktu senja ada seorang budak melalui rumah Mamat budak itu adalah Atan pencerita kisah ini ). Atan terdengar seseorang sedang bercakap dalam bahasa yang agak pelik dan tidak pernah didengarinya sebelum ini. Atan cuba mengendap dari celah lubang dinding yang agak usang . Beliau melihat Mamat bercakap mengadap sekeping cermin . Oleh kerana lubang tersebut agak kecil Atan tidak nampak keseluruhan cermin tersebut. Atan cuba mencari lubang yang agak besar.Akhir nya dia ketemu,dia mengintai dan melihat bayangan pada cermin tersebut bukan lah Mamat tetapi sebatang tubuh yang sungguh ngeri wajahnya. Mata nya kelihatan tersebul dan pipinya kelihatan berlubang . Tubuh makhluk itu dibaluti oleh kain putih yang berwarna coklat seperti warna tanah Tiba -tiba Atan melihat mahkluk itu seperti memandang kearahnya.Bulu romanya meremang . Tanpa membuang masa Atan terus melarikan diri . Sampai saja dirumah beliau terus menemui bapanya dan menceritakan kepada bapanya . Bapanya sekadar tersenyum seraya memberitahu dia sudah lama mengetahui perihal Mamat . Bapanya mengatakan bahawa Mamat menggunakan hantu peliharaanya untuk merasuk orang dan apabila orang tersebut sakit beliau akan datang dan mengubati orang tersebut. Dengan cara ini beliau akan lebih mendapat duit dan orang kampung akan menghormatinya Bapanya berkata dia hanya menunggu masa untuk membuktikan pada orang kampung.

Pada malam tersebut Atan berasa seperti tidak sedap badan , tubuhya seperti merasa lemah . Mungkin kerana terkejutkan peristiwa yang dilihatnya tadi membuat kan dia rasa bergitu kata hatinya. Selepas makan Atan terus masuk tidur . Apabila dia cuba hendak biliknya . Dia cuba membuka mata nya tetapi berasa amat berat sekali . Atan pun cuba bertempik untuk memanggil bapanya tapi suara tersekat dikerongkong sahaja. Dia cuba membaca ayat suci yang diingatinya . Akhirnya beliau dapat berteriak memanggil bapanya . Kemudian beliau pengsan .

Apabila dia membuka matanya dia dapati rumahnya penuh dengan orang dan mendengar orang menyebut nama Mamat Dia melihat bapanya menghampiri nya sambil terseyum dan berkata sabar segalanya telah berakhir . Dia kembali terlelap.

Pagi besok nya apabila dia sedar dia melihat bapanya berjalan diiringi ibunya dengan pakaian seperti orang ingin ke masjid . Dia menanya bapanya apa yang berlaku . Bapanya menjawap nanti dia akan ceritakan sebelum itu kita pergi menziarahi kubur Mamat . Atan terkejut mendengarnya dan penuh dengan persoalan bermain dibenaknya sambil mengorak langkah kebilik mandi. Setelah segalanya selesai dia pun mengikuti bapanya.

Sesampai ditanah perkuburan dia melihat orang sedang mengali kubur. Tiba - tiba dia tedengar orang didalam lubang bertempik ....apa ni !!! Atan berlari untuk melihat tetapi dihalang oleh bapanya dia cuma melihat dari jarak kaki dari kubur tesebut.Dia melihat orang - orang dewasa seperti mengangkat sesuatu .

Melihat dari memek muka mereka benda yang kelihatan seperti UBI yang sangat besar jadi sesiapa yang ingin beli UBI tersebut boleh lah menghubungi saya di talian bebas tol :

1-800-333-55
atau layari laman web kami www.kerepekpenggalikubur.com

Kerepek Ubi Sira - RM 2.00 sebungkus
Kerepek Ubi Perisa kicap - RM 2.30 sebungkus
Kerepek Ubi(standard) - RM 1.50 sebungkus
Kerepek Ubi Mentah - RM 0.50 sebungkus
Penghantaran percuma kepada kawasan di Lembah Kelang sahaja. Cukai perkhidmatan sebanyak 2% akan dikenakan. Untuk pelanggan kami diluar lembah kelang, anda perlu membayar RM10 sebagai caj penghantaran produk.

UBI......UBI...SAPER NAK BELI UBIIIII!!! apa laga? beli la woi!

Rabu, 20 Ogos 2008

Gua bengang.. gua ni hina sangat ker?

Hallo semua... sorry gua dah beberapa hari tak online... banyak perkara dah berlaku buat gua macam xde mood. Gua xtau lah macamana nak lupe peristiwa yang macam ni berlaku kat gua... apa salah gua.... dah lah awek xde... kene plak bende camni.. Meh lah gua cite sket kat lu orang... harap lu orang sudi baca rintihan atau cerita gua yang menyakitkan hati... kalau lu orang baca pun lu orang sakit ati... benda ni berlaku baru je time sabtu aritu... gua jalan2 kat area sungai wang dengan brother gua... Gua kuar jalan2 cari handphone dekat lowyat... then gua rasa lapar gua cari mcd berdekatan... Time gua masuk mcd tu gua pun cam biasa lah akan order double cheese burger lah kan dan kalau gua beli set harganya around rm9.78 macam tu la... gua rasa cukup kalau gua order. brother gua ntah kemana hilang...beratur punya lah panjang.... depan gua ni ade lah pompuan dan anaknye beratur sama... perempuan ni nampak cam awal 30an... tapi ala2 datin gitu.. muka boleh tahan.. body pun leh tahan... kire tak boring gak la gua beratur... sambil2 tengok bini orang kan.... hehehehhe sekali dia pandang gua... dia senyum... gua pun dengan rileks nye menyapa... "anak ke kak?" gua tanya kat dia... dia pun slamber jer jawab "knape? nampak cam adik ker?" dia jawab... cis!! perasan lebih plak aku tengok datin ni... aku rasa lama jugak aku bersembang dengan dia... tapi sembang kosong2 dan bukan sembang dengan ramahnye... tapi kire macam sikit2 je la tanya kan... kang kene pelangkong dengan laki dia saja je..

Sambil gua borak ngan dia... anak dia ni duk men lari2 celah2 mak dia dan juga celah barisan.. gau pun rileks je la... bukan anak gua pun... kalau anak gua tu ade yang kene penyepak... Borak punya borak, tunggu punya tunggu. Datin tu punya giliran nak order... gua pun mengakhiri perbualan dengan begitu sahaja dan kembali memikirkan apa yang gua nak makan... pastu gua nampak datin muda tu selup2 handbag dia... then dia paling belakang dia tengking gua. Dengan selambernye dia berkata kat gua dengan kuatnya. "WOI MANA PURSE AKU, KAU CURI YER?" dengan kuatnya dia cakap. Mana tak malunye gua... tibe2 je dia tengking aku depan orang2 awam. gua pun cakap gua mana amik... Dia cakap "Aku dah agak dah ko ni memang pencuri, pulang purse aku sekarang!!!" . Suasana makin kecoh. gua pun macam terkedu bila dia cakap macam tu. Tapi gua buat sabar je lagi sebab gua tahu gua x salah. Tapi datin ni semakin kecoh dan sampai manager MCD kuar dengan 2 orang guard yang aku sendiri tatahu mana arah datangnya. Pergi kat gua dan cakap kat gua suruh gua pulangkan balik purse datin tu... Perghh!!!! masa ni gua rasa macam orang bodo je dia buat gua. Mmg cilake nye pompuan gua rasa ni.

Muka gua ni muka perompakker? Damn!!! aku cuba lepaskan diri dari guard tu.. tapi bapak besonye guard tu selamber je dia pegang aku dan sambil2 tu datin muda tu cakap kat manager suh call polis kalau gua x pulang purse dia... Gua nye temp dah naik kat kepala dah ni... Sekejap lagi gua dengar suara anak kecil berkata " Mummy!! mummy !!! look at this!!", sambil ketawa riang dan memegang purse kulit berwarna coklat. Gua dengan terkedu sekali lagi melihat mukanya slamber je ambil purse tersebut dan bayar hidangan mcd yang tersedia untuknya. Manager dan guard tu pun mintak maaf kat gua dan blah dari situ. Yang gua herannya datin muda ni mmg x tau adab. Langsung dia buat bodo je kat aku... Gua rasa x puas ati gua tepuk blakang dia... dan berkata "Hoi perempuan!!! lu buat tataw je ye? Lu tuduh gua curi lu punye purse, padahal anak lu yang ambek! lu buat bodo je kan? Fuck off lah!!!" kata gua dengan nada yang agak menahan kemarahan. Lalu dia berkata kat gua "abes u nak apa?". Pergh..... gua skali lagi menyirap je tengok muka datin ni... dari mencuci mata rasa nak meludah je muka dia... Lalu dia buka purse dia dan keluarkan note RM10 lalu berkata " Nah!!! amek duit ni dan pergi jauh2... ok?". Pergh!!! gua rasa nak koyak je duit tu... pastu gua pun cakap " Lu x pandai mintak maaf ker?". Dia menjawab "kalau rm10 x cukup! Nah amek neh!" sambil mengeluarkan note RM50 dan diberinya kepada aku. Gua mmg x puas ati kalau dah sampai tahap menghhina gua sampai ingat gua ni boleh dibeli gua nye kemarahan kan... gua terdiam skali lagi menahan kemarahan sambil menenung mata beliau. Dia bukak purse dan hunjukkan RM200 kepada aku lalu berkata "ambillah! jangan lah sombong sangat!". Dia pikir gua ni miskin sangat ker? takda duit ker? silap lah wei! gua x makan rasuah punye!! gua tengking dia dan gua cakap "lu mintak maaf skarang!". Datin tu macam xnak mintak maaf kat gua dan dah semakin benci tengok muka dia... Lalu dia buka purse dia lagi lalu keluarkan sejumlah RM1000 duit cash! wow!!!! dalam hati gua kata... then dengan eksyennnye dia kipaskan2 duit2 tersebut depan aku... gua teruskan ego gua!!! Dalam pada itu, gua lupa gua kat tempat awam. gua terdengar suara2 asing cakap kat gua dari jauh... "Take it lah bro!!! dont be stupid!!!". "Ambil je woi!!!!". Semakin lama babak ini berlaku makin banyak suara2 yang cakap suh gua amek duit tu. Bukan senang nak dapat duit banyak ni... tapi ini rasuah namanya.... hati gua dah berkecamuk. Persekitaran agak bising dan masih ada suara2 yang sumbang dari org yang x kukenali yang ingin menasihatkan gua supaya mengambil wang tersebut... Tiba2 gua rasa macam gua dipukul dengan kuat. Pastu sayup terdengar suara mengatakan "woi bangun lah!!! chong wei nak main dah ni!!!". Gua rasa gua tahu suara sapa... Gua tengok atas, muka abang gua la plak!!! cilake... gua mimpi rupernye... gua x sangka pun, macam2 plan nak buat dalam mimpi tu.... rupernye gua kat Kampung... Buat julung2 kalinya gua balik kampung.... Selepas kejadian yang x realiti tersebut, gua sambung tengok kekalahan malaysia di olimpik.... Harap korang semua dapat anugerah pembaca blog yang tegar kerana baca gua nye topik ni...

p/s: jangan bunuh diri akibat membaca blog gua. tq

Jumaat, 15 Ogos 2008

Buat gadis yang bernama "NURUL"

Ini sebuah lagu yang dicipta tahun 2002. lagu ni dah lama...kalau gua nak nyanyi boleh... tapi ramai plak yang lentok jap ag... skang gua nak taip lirik je lah kan.... lagu ni korang xkan jumpa dimana2 kedai cd speed mahupun pasar malam. Kalau lu orang tak caya lagi, lu pegi la pasar yang pelik sket macam wakaf che yeh ker cari lagu ni... lagu ini ku kategorikan sendiri dalam irama balada... diciptakan khas buat awek2 yang namanya Nurul. Apa2 nurul lah! Terimalah lirik yang x seberapa ini dari gua. Bila gua teringat lagu ini, gua pun nak berterima kasih kat gitaris seangkatan gua yang bernama joe kambeng yang slalu jadi gitaris time gua nak nyanyi lagu ni. Terima lah... Nurul... (panjang lak ucapan permulaan, macam nak kasi tazkirah plak kan)

Masih tetap aku
Setia Menunggumu
Diteratak cinta yang usang

Namun kurelakan
Mengubat kesedihan
Dengan bayangan percintaan

Masa telah berganti
Meninggalkan diriku sepi
Dimanakah oh deraian cintamu
Meronta hatiku meronta
Menanti kehadiranmu itu
Cukup lama penantian yang kau berikan...

Oh Nurul ... Mengertilah
Cinta setia yang kuberikan
Moga ia kekal sepanjang zaman
Itu kuharapkan

Oh Nurul ... Kuhadiahkan
Senyuman kemesraan buatmu
Menjadi pengubat duka lara
Bersamamu

Oh Nurul ... Menemani
Hidupku dalam kesepian
Mengulit lena kerinduan
Buat selamanya..
Oh sayang....

p/s: Amaran! Lirik ini adalah Hak Cipta Terpelihara. Segala penyalahgunaan dan peniruan senikata lagu tanpa kebenaran dari pemilik adalah salah dari segi undang-undang.

Awek gua yang 1st dulu namanya pun nurul... tapi biasalah... pepatah mengatakan cinta pertama itu terlalu indah sehingga ianya tidak sesuai untuk dijadikan kehidupan realiti. Realiti kehidupan bukanlah seindah itu.. Cinta pertama hanya untuk dijadikan kenangan kerana biasanya kenangan itu teramatlah indah. Tulah korang jangan sampai gua bermadah... walau gua ni rock... kadang2 gua nye tahap jiwang gua sendiri plak yang rasa memualkan... Kepada awek2 yang bernama nurul di luar sana. Jangan lupa komen lagu/lirik ini dan jangan lupa afundi abang kudu dalam AF ke-20. Adios Amigos!!!

Related Posts with Thumbnails