Jumaat, 13 Jun 2008

Tafsiran Lelaki Gila Kuasa

Selamat malam semua... Aku menulis lagi... hari ini aku nak menulis tentang ciri2 orang gila kuasa dan ingin berkuasa... ini adalah pemerhatian yang telah aku perhatikan hampir berkurun lama2. Pelbagai2 ragam, individu yang aku jumpai dan mempunyai karektor yang agak berbeda (ala2 indon sket!) yang telah aku temui dan aku perhatikan disekelilingku... Awas!!!! Individu seperti ini sangat bahaya dan menyusahkan kita lebih2 lagi ditempat kerja... Aku tulis lelaki sebab general... Lelaki yang aku maksudkan merangkumi semuanya termasuk golongan hawa ok. Ciri2 manusia yang gilakan kuasa yang kumaksudkan adalah sejenis individu yang asyik nak tunjuk dia bagus depan orang yang bagus dan ingin jadi berkuasa dari yang lain walau kerja atau hakikatnya dia ni seorang yang ampeh dan tidak berguna satu sen pun di mata aku. Berikut adalah ciri2 atau tafsiran individu gila kuasa maksimalis:

1. Tak perlu hensem dan kaya, cuma perlukan bakat menipu yang amat tinggi. Percakapan teratur apabila bertutur adalah kelebihan si gila kuasa

2. Tidak akan mengaku kalah walau kelemahannnya terpampang dan biasanya akan menceritakan tentang ke"power"an nye sahaja.

3. Suka "memetik" nama individu lain sekiranya dimarah oleh bos asalkan dia terlepas dr kesilapan yang dilakukan bersama rakan yang lain.

4. Suka menunjuk2 kerjanya yang tak seberapa tetapi dilakukan bagaikan best gile sekiranya didepan orang yang boleh menaikkan kuasa nye... naik mana lah sangat kuasa ko? 3000 HP?

5. Suka memandang rendah idea orang lain walau dia bodoh tentang itu. Biasanya orang seperti ini akan diam sekiranya ditanya ideanya tetapi biasa meng"kondem" idea orang lain. apa yang boleh aku perkatakan adalah jenis manusia ini adalah antara orang yang paling aku benci. Dan apa yang aku nak hadiahkan kepada orang macam ni adalah seperti yang makcik lawa bagi bawah nie... hehehehhe



6. Biasanya, mesti ada orang yang ada persamaan dengan dirinya, tetapi manusia jenis gila kuasa ini akan menjatuhkan seorang lagi makhluk yang gila kuasa ini dengan meng"kondem" antara satu sama lain.. Biasanya aku akan berdiri bagai lalang mendengar rintihan mereka... Aku x nak dengar pun

7. Dia akan berlakon begitu perfect didepan bos tetapi dibelakang boss malas nak mampus... satu benda kerja pun tanak buat.. dan mereka ini nak buat kerja yang boss buat je... kerja2 peon meon, clerk tanak buat walau takde orang nak buat

8. Mereka ini juga tidak perlu mempunyai ciri2 seperti lelaki ampang. Mereka perlu pandai jaga hati orang yang berkuasa sbb dia nak rampas kuasa yang ada.

9. Selalu melekehkan kerja2 yang membosankan dan tidak "KELLAS" seperti yang dilakukan oleh orang bawahan.

10. Mereka ini bercita2 tinggi tapi usaha dijalan yang betul tiada. Baru masuk kerja dah bercita2 nak jadi MD. Kalau boleh nak naik MD dulu tanpa melalui rasa kepayahan dan keperitan duduk dibawah...

11. Orang macam ni juga selalu menceritakan kebaikannya pada boss dan akan membuka pekung orang lain dengan cara sindiran tanpa berterus terang sehinggakan timbul tanda tanya dari boss.

12. Kalau boleh semua kerjanya dilakukan oleh orang lain dan dia boleh bersenang lenang walau belum menjadi boss. ini mungkin satu latihan untuk menjadi orang yang berkuasa... Gila betul lah orang gila kuasa ni

13. Akan dibenci ramai dan akan dapat pahala umpatan atas segala perbuatannya yang diumpat oleh orang lain. Pegi mampus lah kau dengan pangkat yang kau kejar!!!


Itu saja buat kali ini. Lepas ini mungkin aku akan menulis tentang macam2 lagi... apa yang aku terpikir aku akan tulis untuk tatapan semua... On BOSAN dan hantar ke 36999 sekiranya anda bosan dengan sikap manusia yang sebegini! 73 88.

5 ulasan:

13may berkata...

kamu telah berjaya melepaskan geram dgn cara yang amat sopan.

Tahniah dari saya!

:D

Cujie berkata...

adalah akak kenal akan orang itu wahai adikku kudu...

Kudu berkata...

siapa makan cili dialah rasa pedasnya tergigit lada pedasnya menusuk tulang.... karamsingh walia melaporkan dari tv3

Unknown berkata...

semua catitan kudu benar belaka...sesungguhnya kita sedang mengalaminya...

Tanpa Nama berkata...

kat opis saya pun ada yang macam ni... betul lah awk kudu... semua macam sejenis je dorang ni kan?

Related Posts with Thumbnails