Memaparkan catatan dengan label lirik lagu. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label lirik lagu. Papar semua catatan

Selasa, 9 Februari 2010

Spider - Ajaib


Hei jauh sangatkah engkau hendak pergi, dan sembunyi tak mahu jumpa-jumpa aku
Laju sangatkah engkau hendak cabut lari, hendak cabut dari kata-kata yang dulu
Lututmu itu betulkan dulu
Kencangmu itu pastikan dulu

Ke mana
Nak kau pergi
Ke mana
Nak kau lari
Sedang kau tak mampu lari dari ajaibnya cintaku

Ajaibnya
Tak kau tahu
Engkau sangka bulan-bintang tempat yang sudah habis tinggi

Ajaibnya
Tak kau tahu
Engkau sangka sepinya mimpi aku tak akan dapat tembusi

***

Bulan yang satu
Bintang seribu
Di manapun ada kekanda

Mahu ke mana
Pergilah dinda
Pasti kanda akan siap menunggu… mu… ooo-ooo emmm-emmm

***

Bila malam
Rebah tidurlah adindaku
Di ranjangmu
Pasti kekanda muncul di dalam mimpi… aaa-aaa-aaa oh-aaaaa

***

Hei jauh sangatkah engkau hendak pergi, dan sembunyi tak mahu jumpa-jumpa aku
Laju sangatkah engkau hendak cabut lari, hendak cabut dari janji-janjimu dulu
Cintamu itu betulkan dulu
Rindumu itu pastikan dulu

Ke mana
Nak kau pergi
Ke mana
Nak kau lari
Sedang kau tak mampu lari dari ajaibnya cintaku

Ajaibnya
Tak kau tahu
Di manapun aku pasti akan tiba dahulu

Ajaibnya
Tak kau tahu
Cinta aku yang pasti akan sampai dahulu… ooooo


Lagu | Tam
Lirik | Buddhi Hékayat

p/s: satu lagi lirik yang boleh jadi lirik yang berharga mahal sebab konpius dan dipertandingkan dalam rancangan Jangan Lupa Lirik! Lirik harga 1 juta kot

Khamis, 28 Januari 2010

Februari dalam lagu


Aku tulis entri ni bukan untung menjiwang...Post ini dikarang sempena bulan februari yang akan muncul beberapa hari lagi... tahun nie bukan tahun lompat.... kan? so kesian kawan aku yang lahir 29 februari... Bukan itu yang nak direpekkan kali ini. Akhir2 ini aku dengar balik lagu kumpulan alleycats sebab aku beli cd ORI kompilasi lagu-lagu mereka... Eh! bukan nak cite aku beli cd ori... ok?! aku memang akan beli cd lagu ori ok! Ada lebih kurang 30++ lagu dalam album tu dan ada lagu yang aku x pernah dengar.....

Aku dengar lirik2 lagu alleycats nie... dalam CD 1 ada memuatkan 3 buah lagu yang berkait tapi kebanyakan orang tak perasan aku rasa yang lagu-lagu tu ada kaitan. 2 lagu daripada itu memang pemes cuma satu lagu je yang aku rasa macam ramai orang belum pernah tahu pasal kewujudan lagu tersebut. Lagu-lagu tersebut adalah:


1. Sekuntum Mawar Merah (pemes)
2. Setahun Sudah Berlalu (pemes jugak)
3. Hanya tinggal Memori (kurang pemes)


Lagu 1

Lagu pertama iaitu sekuntum mawar merah menceritakan pasal kehangatan cinta si hero dan aweknye... dalam lagu tu dia pun break ngan awek dia pasal apa ntah mana aku tahu kan... mungkin malam valentine (februari... sebab tu dia guna bulan februari) dia lupe nak datang jumpe awek dia ke aku tatau... korang ramai yang tau lirik lagu nie...so aku rasa tayah aku sediakan

Lagu 2

Lagu pun dah nama setahun sudah berlalu kan? maksudnya dia dah setahun break ngan awek dia... kira valentine kali ini dia sambut dalam keadaan dirinya sebagai looser.. takde awek... bunga mawar still standby tapi kali ni takde sape dia nak bagi..... korang check lirik dia kat google... ada jugak cite camni.... lawa sangat ke awek dia ni? best ke?

Lagu 3

Lagu yang ini mengisahkan dia (si hero) walau dah lama berpisah dengan awek dia tu... masih lagi ingat.... tapi kali ini dia macam dah cool sikit.. maybe dia dah kawin dan dah beranak pinak... cuma x leh lupe awek dia yang tu.... kesian dia.... tapi still harap beb... cuma dalam lirik lagu nie dia ada tanya awek tu... adakah awek tu masih bergetah seperti dulu ke tidak.... antu betol la! korang layan lirik dibawah nie... aku rasa aku dah cari dalam tenet takde... ni aku taip salin pakai kaset.... pastu terlepas lirik reverse cam style dulu2 beb!


Alleycats - Hanya Tinggal Memori

Sekian lama
Mawar terbiar
Ditengah rimba pembangunan yang mencabar

Masihkah kau sesegar dulu
Masihkah kau ingat kepadaku
Andai cinta yang merindu

P
ulang tak bersinar sedekad lama
Lenaku sepi dan puisi tak menjadi
Namun aku tewas dengannya
Mengenali cinta dan berjalan dengan jiwa

Ohhhh
Pada suatu ketika
Kehidupan yang kita lalui

Sekuntum mawar merah
Dan sebuah puisi
Hanya tinggal memori


p/s:okle... aku chow dulu... cari mawar merah yang best sangat yang diwar-warkan oleh macha ni...

Rabu, 29 Julai 2009

Awan Nano

Lihat ke arah sana
Serakan warna dan berarakan...awan

Pabila terik-panas
Segera hadirnya memayungi.. diri

Pabila kau dahaga
Sesegera turun hujan melimpahkan... kasehnya
Pabila kau katakan
Akulah awan itu yang kau mahu

Begitulah awan nano
Setia melindungi diri
Tika panas mencuba menggores pipi ...
dan bibirmu

Begitulah awan nano
Sering saja tak terduga hadir
Dan tak akan tercapai... jejarimu

Kasehnya
Kaseh tiada banding setia tiada tara
Bagaimanapun jua

Awan kekaseh sebenarmu sayang
Walaupun tak akan tercapai jejarimu... ooooo-ooo

Lihat diriku ini
Yang sesekali pernah kau bagaikan... awan
Sehingga tak mungkin terlupa
berikan belas sedari... dulu

Sehingga tak mungkin termampu saksi
Setitispun air matamu...kasehku
Sehingga kau katakan
Akulah awan itu yang kau rindu

Akulah awanmu yang sedia
Melindungi dirimu tika panas mencuba menggores pipi..
Dan bibirmu

Akulah awanmu yang sering kau rindu
dan tak terduga hadirmu walau tak tercapai... jejarimu

Kasehku
Kaseh tiada banding setia tiada tara
Bagaimanapun jua

Aku pelindung dirimu sayang
walaupun tak akan tercapai jejarimu... oooo-oooo

Begitulah awan nano
Setia melindungi diri tika panas mencuba menggores pipi ...
Dan bibirmu

Begitulah awan nano
Sering saja tak terduga hadir
Dan tak akan tercapai.. jejarimu

Kasehku
Kasih tiada banding setia tiada tara
Bagaimanapun jua

Aku pelindung dirimu sayang
Walaupun tak akan tercapai jejarimu...woooo-woo..


Lirik : Buddhi Hekayat

Lagu : M.Nasir

Penyanyi : Hafiz AF7



p/s: penat menyalin balik lirik nie... dah macam hotel california nye lirik... panjang kedaong! kudos to buddhi and M.Nasir... Hafiz pun bagus!


Related Posts with Thumbnails