Memaparkan catatan dengan label kudu. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label kudu. Papar semua catatan

Isnin, 4 Januari 2010

2010 Apa lu dah buat?

2010 dah? alamak! Umur aku dah muda 1 tahun! Yahoo!!!! Bila nak ejas awek sekarang dah macam janggal, sebab awek2 sebaya aku dah ramai yang dah kawin.... Terpaksa la aku cari yang muda atau yang tua sikit, mungkin yang tua dia belum ada jodoh... Itu tidak bermaksud mereka tidak laku... Yang muda.... Hmmmmmmmm.... Masalah bila nak ngorat... dah la aku tak pandai... sebagai contoh bila aku nak ngorat awek muda2 nie....

"Awak nie umur brape?" aku tanya.

"Ermm... i 19 tahun...." dia jawab..

Aku rasa macam ok la kan 19tahun.... Pastu aku pun terpikir, nak tanye dia lahir bila.... dia jawab..

"1991!"

Alamak!!!! 1991 aku dah skolah rendah! tua nye aku!!!! ARghhhhhhh!!! damn damn damn!!!! Setelah dicongak jauhnye beza umur... aku rasa macam x jauh.... Bak kata orang tua-tua (org tua mana ntah), bila kau rasa macam tu, bermaksud kau dah semakin tua dan sepatutnya kau dah kawin!

Adeh.....

Tersentap beb! Skang lom ade awek nak kawin ngan sape? Awek kau ke?

Aku masih macam dulu, kawan baik aku? dia dah ade awek! :) aku happy untuk dia... lagipun dia dah tua... Tahniah bro! Takziah pasal arwah ibu kau.... at least kau dah ade awek... aku belum... lagipun kau dah makin tua... aku muda lagi! Argh!!! Budak 19 tahun kau diam!

Sekarang aku cuma ade satu awek baru yang aku heret ke sana kemari.. Miss Gal or nama penuhnya Mitsubishi Galant VRG..... :P Aku masih sama macam dulu... macam setelah 4 tahun lepas. masih single mingle... tengok wayang sorang2... jalan sorang2... tapi seronok babe... Awek baru aku... nama dia GAL.... Miss Gal....

Sebab bila aku jalan sorang2, aku tenang nak bershopping dan melakukan gaya bebas... Contohnya hari inie... hampir 1K aku abis... Semua benda aku sapu... puas ati!

Aku masih kat sini, sama macam 2009... harap2.... 2010 akan lebih baik! Lebih baik macam mana? Lebih baik contohnya umurku semakin muda dari tahun2 yang sudah... Boleh ke?

p/s: awek kedai CASIO tu dah ada balik...... dia cakap dia cuti... berbulan2 dia xde... hish! cuti bersalin ke?

Rabu, 12 Ogos 2009

Selamat Hari Lahir Biasa-Biasa

Semalam hari lahir, seperti yang biasa2.. takde yang istimewa... Man U Kalah pulak tu. Tapi xpe... setakat Piala Sumbangsih, aku x mahu ia jadi hadiah hari lahirku...

Sorang pun dari korang2 nie takde wish aku, aku x kisah.... nak buat macamana, aku bukan ada peminat yang ingat hari jadi aku bila... Takde apa lah... aku sudah biasa.

Masih aku ingat, 4 tahun lepas... ya! itu kali terakhir ade orang yang celebrate besday aku dengan cake.... waktu itu memang hari lahirku dan disambut pada hari yang sama... 10 ogos... malam selepas kelas malam.. waktu itu aku belajar di dungun...

Masih aku ingat, ketika itu bekas teman wanita aku cuba membuat kejutan kepadaku dan meraikan besday aku dengan beberapa kawan yang lain walau waktu itu memang hubungan kami goyah... bukan gayah!

Dia tempah cake, makanan semua... dia memang baek... aku sudah lepaskan dia, dulu lagi... skarang dia dah bahagia... aku gembira... ops! bukan itu kali terakhir... dalam aku bercerita ini baru aku ingat... tapi yang itu takde cake... patut aku tak berapa ingat...tapi x surprise... itupun bekas awek aku juga... tapi tak terkejut dan trase terharu macam yang siapkan cake untuk aku...hanya makan pizza ~ waktu itu pizza dungun baru ada, aku masih ingat...

Semalam hari jadi aku, macam biasa... tiada keramaian, tiada celebration.... takpelah! aku dah biasa.....

Isnin, 8 Jun 2009

Nafisa

Dikeheningan malam ini
Aku dihimpit kenangan
Sejarah cinta mengajarku
Sepanjang hari sepanjang malam

Dibenak ku kau sentiasa
Lalu memukau jiwa
Jadi sentimental lelaki ini

Terkadang perjalanan jauh
Yang kan mampu aku menapak
Pendakian gunung yang tinggi
Lembah curam yang ngeri
Aku harungi

Sepuluh musim yang benderang
Bagai direndam perasaan
Mentari terik tak terasa
Awan mendung berlalu berganti masa

Itupun dia kehadiran
Yang tak mungkin aku lepaskan
Dakap erat sepenuh kasih
Genggam genggaman ini menambah seri

Biar dunia beredar
Rentak sama kita berlari
Menuju titik permulaan
Belum tahu dimana ia berakhir

Isnin, 25 Mei 2009

Hello Kitty di Awan


Petang itu dalam keramaian yang agak menyemak mataku, aku lihat ramai gadis-gadis yang bahagia bersama pacar mereka. Aku tidak.. Aku hanya dengan kawanku, pemuda seperti aku. Sambil menghisap rokok, aku lihat gelagat mereka yang kononnya bahagia berpimpinan tangan dengan pelbagai fesyen pakaian yang buat aku semakin tak paham dengan mereka-mereka itu. Dulu aku duduk dikampung, tak pernah pulak nampak orang berpakaian begitu.


Dipetang itu, di Shah Alam. Aku datang semata-mata nak bagi sokongan kepada kawan-kawan yang akan perform kat konsert pada sebelah malam. Suasana agak meriah bagi mereka-mereka yang hadir, aku tidak. Aku masih dengan kawan aku yang sama status dengan aku. Anak-anak kecil gembira berlari ke sana ke mari dengan memegang belon hello kitty ditangan.


Dulu, aku tidak begitu. Aku budak kecil yang tak suka permainan budak kecil. Aku suka bersendirian. Bercakap sorang-sorang diri dalam bilik yang aku kunci pabila ibu dan bapaku bertekak hari-hari. Itu sudah biasa bagiku. Tiada permainan askar2, tiada hello kitty, ataupun robot2. Waktu dulu, masih aku ingat. Ibuku beli Dendang dan Tora, aku marah. Bukannya marah maki hamun.


"Membazir je... bukan best pun! Tayah beli lah lain kali", ujar aku ketika itu.


Ibu aku paham, sampai sudah dia tak beli dah benda macam tu. Dia suka beli aku baju, dan apam balik ketika pekan sari hujung minggu untuk aku.


Petang itu, di shah alam. Anak kecil itu tidak berlari. Hanya memegang hello kitty ditangannya tanpa apa2 perasaan yang berlebihan. Tiada rasa seronok atau teruja memegang belon gas hello kitty. Dia aku lihat seperti aku dulu-dulu. Aku perhatikan anak kecil itu yang mencelah perhatianku walau keadaan bising bangar di sekeliling agak membingitkan.


Anak kecil itu terlepas belon itu bebas terbang terus ke atas. Dia itu seperti tenang melihat belon itu pergi. Tidak menangis atau merengek kerana belon sudah terbang. Aku melihat ke awan, hello kitty semakin tinggi, bebas terbang ke awan. Terbanglah kau bebas, jangan kau datang ke sini lagi! Tiada bahagia yang kau bawa, cuma muslihat menipu diri.


p/s: apa mesej? apa yang cuba aku sampaikan? lu pikir lah sendiri!

Selasa, 12 Mei 2009

Dia Bukan Gadisku





Amaran! Sila baca post sebelum ini terlebih dahulu.... ini catatan 27 april 2009


Waktu itu kelam gelap aku terjaga semacam tidak dapat tidur lena. Aku jeling telefon bimbitku yang menunjukkan jam 5.00 pagi. Hari masih gelap sunyi diselangi bunyi dengkuran dari mana entahnya datang.


Aku menjeling ke arah TV, dia masih disana memakai baju tidur berwarna puteh. Pasti dia lena ~ aku tidak. Mungkin juga dia buat-buat lena dan juga fikir tentang aku disini.


Pagi itu dingin seperti di atas bukit yang tinggi. Hampir aku tidak percaya aku tidur dirumah orang yang aku baru kenal tadi. Kalaupun baru kenal, aku yakin tiada orang yang nak berbuat jahat disini. Semua baik-baik.


Aku cuba tidur... ya! kali ini aku berjaya....


Bunyi semacam riuh rendah! Tangisan dan jeritan anak kecil mengejutku dari lena. Ya! Jam 7.30 pagi. Sah aku tak solat subuh pagi itu ~ itu hanya perkara normal bagiku.


"Ada orang dalam bilik air?", tanya aku kepada wanita tua yang juga aku baru kenal.


"Takde!", jawapnya ringkas.


Aku terus mencapai tuala mandi terus menuju ke bilik mandi. Dia tidak lagi didepan TV. Aku curi-curi mencari gadis itu. Aku jumpa! Dia didapur.


Tidak sempat aku melihat apa yang dibuatnya disitu. Mungkin dia masak atau buat-buat masak.


Selepas mandi, aku terus mengenakan baju melayu JOHOR bersamping serta bersongkok. Siap sedia untuk pergi ke Masjid. Bukan ada urusan-urusan nikah kawin cuma dipaksa pakai bagi tugas tersebut. Aku duduk ~ Dia lalu depan aku.


Ditangannya ada Mee Hoon.. Dia datang lagi.... Ditangannya ada lempeng... Dia lalu depan aku lagi... Ditangannya ada Soto!


"Aih! Bukan main rajin kau arini!", sapa kak Y kepada gadis itu...


Dia berlalu saja... Aku terus tertanya-tanya. Adakah sebab aku dia jadi rajin? atau memang dia macam itu..


Hidangan pagi itu terlalu banyak untuk kudapan pagi. Agak keterlaluan banyaknya bagi aku. Aku hanya menjamah semua makanan itu. Memang sedap. Tapi... Aku tak makan banyak...


Sejak dari semalam, aku tidak pernah menegur dia. Dari depan TV, bilik mandi, dapur ke ruang tamu. Aku masih lagi diam memerhati... Aku cuma memerhati... Memerhati dia bukan gadisku...


bersambung...

Isnin, 11 Mei 2009

Dia yang berbaju tidur


Sewaktu itu, aku tidak tahu dimana aku berada. Selepas jalan itu cerah, ia gelap dan semakin gelap. Ini bukan tempat aku. Aku hanya pandu kereta merah bersama 2 penumpang yang aku baru kenal baru beberapa jam lalu dan tuan kereta merah.

"Jauh lagi?", tanya aku.

Hari makin kelam — esok aku ada tugas. Malam ini aku akan tidur dirumah si Y yang sudah berumahtangga yang aku kenal baru 2 jam lalu.

"Adik beradik akak berapa orang?", tanya aku lagi.

"ENAM BELAS! 8 laki 8 perempuan. 3 perempuan single. sorang muda pada kau 23 thn", panjang jawapnya.

"Terima kasih kak!", seloroh aku.

1 jam lebih perjalanan kami sampai. Wanita tua dipintu menjemput masuk. Sebelum aku masuk aku dengar wanita tua itu berkata aku ini seperti seseorang. Aku rak dengar dan memang tak mahu dengar.

Langkah pertama kaki kananku masuk ke dalam terus mata terpandang ke arah tv — gadis itu cantik sedang berbaring berpakaian tidur.

Aku buat-buat tak pandang. Aku letak beg dikerusi.

"Boleh tidur sini?", wanita tua itu tunjuk tempat tidur yg disediakan untuk aku diseberang gadis yang juga tidur dilantai dengan wanita tua itu.

"Saya tak kisah. luar tu pun boleh. Boleh saya pinjam seterika?", aku cuba mengubah topik.

Salah seorang wanita dalam rumah 2 tingkat itu menghulur aku seterika.

Aku mula menggosok baju melayu oren — hadiah bekas awek aku 5 tahun lepas. Wanita tua bertanya beberapa soalan kepadaku. Aku menjawab dengan yakin. Sehingga selesai seterika aku duduk mengadap si tua itu dan sambung berborak.

Ya! aku menjeling gadis didepan tv tadi dan dia seperti tidur. gebu. chinese look. Banyak kali aku curi-curi pandang. Ya! memang lengkap!

Tiba-tiba dia bangun tanpa aku sedar dia didepan aku dengan menghulur air kotak.

"Encik, air encik", lembut berbaju tidur. aku tergamam.

"Yang ni lah akak cakap tadi!", kata kak Y.

Sejak tadi aku terfikir bagaimana cara untuk mendekat dia yang berbaju tidur itu.

Lampu telah ditutup, kelibat gadis berbaju tidur itu aku nampak di seberang sana, depan tv. Aku ambil keputusan untuk cuba tidur. Dia akan hadir malam ini ditepi atau dalam mimpi, akan mengenali antara satu sama lain.

Dia masih disana, depan tv.


RR,Sebuah kampong di johor. (catatan 26 April 2009)

Selasa, 31 Mac 2009

Karipap Kueh Golongan Kaya dan Bangsawan


Karipap itu tidak boleh dijumpai dimana-mana selain di kg. Pasir. Gua mintak maaf semalam gua tak larat nak sengkang mata tulis pasal karipap. Pedih mata mengenangkan wanita cina itu yang dimarah dan dimaki oleh gua pasal karipap yang dia makan atau dia curi dalam bahasa yang lebih tepat. Nurul Amani telefon gua suh gua sambung cerita karipap gua nie...


Ya! Karipap itu bukan sebarang karipap!!!! Detik Hati Gua... tak salah gua mintak kat dia RM10! Dengan muka bersalah wanita cina itu menghulurkan note wang kertas RM10 dari tas tangannya. Gua ambil ~ muka masih merah padam, waktu itu.


"Lain kali, jangan buat macam ini!", kata akhir dari gua...


"Ok, saya minta maaf", jawab wanita cina tersebut tampak insaf atas perbuatannya...


Raut muka jatuh kebawah malu akan perbuatannya itu jelas terpampang. Hari kelmarin adalah sejarah dalam hidupnya dimarah kerna makan karipap yang gua beli... Pertama kali terjadi dalam hidupnya gua kira.


Gua masuk ke dalam bilik training lalu gua cakap dekat Fhazi (kawan gua yang trainer tu) yang karipap dan kueh-kueh sudah habis dihantam bangsa cina yang tidak bertanggungjawab. Suara-suara kecil dari kiri kanan lalu melintas telinga gua...


"abis dah?", suara-suara kecil yang semacam kecewa karena mereka tidak dapat menikmati Karipap tersebut.


"Kalau makanan mereka, kita takut nak makan sebab was-was, kalau makanan kita dorang boleh makan", jelas fazhi kepada anak-anak muridnya yang ada yang mencecah separuh abad. Kalaupun fazhi tak cakap benda macam tu, dorang mungkin lagi tahu. Tapi, gua rasa fazhi ni salah tajuk!.... argh! apa2pun gua dah POW minah cina tu RM10, jadi gua tak rugi lah kan? modal beli karipap tu RM9 jer... padan muka dia...


Setelah habis training, mereka bersurai dan gua ngan fazhi naik ke atas... seorang lagi kawan kami iaitu WAN masih diatas. Gua tak kisah wan buat apa... dia memang buat kerja... gua tahu... Gua cerita pasal kes ini kat wan dan fazhi pun cerita kat wan... Setelah dua2 cerita, wan agak konfius.... lalu wan mendedahkan bahawa salah faham telah berlaku apabila mendengar aku dan fazhi bercerita kepadanya....


Rupa2nya, anak2 murid Fazhi telah keluar untuk rehat seketika dan telah makan karipap tu! Karipap yang wanita cina itu makan cuma yang lebih! Dia makan sebiji jer!


Gua tetap relax dan tidak menyesal atas kemarahan dan kemakian yang telah terjadi tadi. Tapi...... Takkan sebijik karipap harga RM10? Kat starbucks pun x sampai harga tu...Gua masih memikirkan adakah harus gua berhenti berkerja teruk... Jual karipap lebih untung dari Jual Handphone, Walkie Talkie, DVD, atau apa2... gua mula sedar... dan masih mencari wanita cina itu... untuk memulangkan wang rm10 tersebut... Kalaupun gua pulang, jangan harap maaf gua pohon darinya. Biarlah jadi pengajaran bagi dia dan generasi akan datang...


Gua yakin! Sejak hari tersebut... Dia tidak akan makan karipap karena dia menyedari bahawa karipap bukan makanan masyarakat biasa... ia kueh golongan kaya dan bangsawan!


p/s: karipap memang gua suka gila dari kecik... karipap free hanya dapat ketika ada mesyuarat UMNO di balai raya kat kg gua waktu dolu2...

Jumaat, 20 Mac 2009

Kanchah Dewa Chenta


Dhul Fiqar yang cakap gua kena tunggu kanchah (awek) sebab dia pulak yang yakin bahawa awek gua akan datang hujung-hujung cerita.. Apa nenek lah kau ni dhul! Kalau hujung cerita... gua jumpa pastu abes cerita, gua dah malas menulis..


Mana boleh sabar sebab gua dah sabar lama beb. Tapi gua sabar je lah kan.. Apa teknik gua nak pakai lagi semua dah pakai.. Walau gua dah lepak sekali dengan mawi, gua tetap takde kanchah (gua nak cakap yang gua main badminton dengan mawi tetiap rabu lah... biasa la orang kampung jumpa artis..tapi artis tu kampung jugak).


Kanchah Dewa Chenta tu macamana?


Rambut kerinting ke rambut lurus? atau botak? Ramping atau kembang? Atau sama dengan bidadari syurga yang dibayangkan oleh puak-puak tabligh yang menyampaikan seruan illahi dengan meletakkan bidadari syurga yang chantek sebagai motivasi untuk berdakwah...


Gua menggelarkan gua dewa chenta dan disokong oleh segelintir pembaca blog gua. Tapi itu sebenarnya gua yang kata tapi gua bukan beb... Gua nak ejas awek pun tak reti.. Kalau tak percaya tanya lah kechup... Dia kenal sangat gua katanya! Cis! Mana kau tau kechup... Kau dengar citer dongeng!


Hannys! (gua tatau nak eja camne nama lu), lu jangan risau... gua tak kisah kalau jodoh gua bukan dengan awek yang lahir pada bulan 6.. Gua main-main jer... jangan pikir sampai kepala botak.. Sampai merosot prestasi kerja mahupun proses pembelajaran. Lu pun boleh jugak antar resume... :p


Gua tak kisah la... Sebab gua dah rasa sangat selesa hidup macam nie dan rasa serabut pulak skang nie sebab ada 2-3 kanchah selalu sms dan call. Gua rimas jugak, mungkin sebab dah lama tak berdua.


Kalau macam ni macamana nak buktikan gua dewa beb... balas sms pun malas! argh!!!! Tension! Tido dulu!


Rabu, 18 Mac 2009

Pukul 3 pagi.....


Sekarang pukul 3 pagi — gua terjaga... Ada satu private number call gua... Gua dengan relaxnye angkat...


"Hello!!! Kudu ke ni?", suara macam kenal...


Gua terfikir2 siapa...


"Siapa ni?", gua tanye...


Rupanya lelaki yang bersuara garau itu mengenalkan dirinya.. Aku Munir...


Ya! Munir memang kawan gua dari terengganu. Boleh dikatakan orang yang banyak membantu masa gua hidup merempat di kolej dahulu. Umurnya agak berusia namun dia ketika itu masih meneruskan pengajian diploma walau umur meningkat tua. Masa itu gua degree. Dia memang pandai berniaga...Dia cakap kat gua dia sekarang jual Kokain! Argh! Gua tahu dia berseloroh...


Gua baru sedar orang yang sibuk macam dia pun boleh ingat kat gua. Rupanya gua masih lagi ramai kawan. Gua lupa gua ada kawan, bukan hanya di KL, tapi ramai kawan2 di luar sana yang gua lupakan. Gua bukan nak lupa, tapi terlupa dek kesibukan kerja.


Bulan ini, ramai kawan gua kawin... Antaranya Eddy & Nana, Ilah, Fazhi(budak opis gua), Baini (kawin dengan lect ktorang), dan beberapa orang. Semua dah settle kecuali fazhi... semua yang dah settle semua gua tak pergi...gua tak tahu nak pergi yang mana satu.... huh... Paling terkilan bila x dapat pergi kawin Eddy & Nana... Petang jumaat, gua dapat sms yang berbunyi macam ini:


"Lan, Eddy ni... jmput dtg chenor sok.. aku kawen.. xpn dtg ahad kntan..dtg tau.. ko org pnting.. mintak maaf x sempat anta kad... klm kabut.."


Gua baca sms nie, gua rasa nak menangis kerana gembira. Sebab dia cakap gua orang penting... Alamak! apa pentingnye gua nie?


Sebenarnya, dia dan wife dia berkenalan disebabkan gua. Gua yang suruh dia ejas Nana dalam telefon Kopstel (telefon percuma bilik ke bilik di UiTM)... Gua pun x kenal Nana ni sebenarnya... Gua suh dan paksa eddy ejas... Sampai diorang kawin rupenyer... terharu beb gua dengar bila dorang nak kawin...


Ini berarti gua ini dewa cinta!!!!!


Tapi gua masih belum jumpa cinta yang sejati dan sebenarnya... bila gua pikir benda nie... awek bulan 6 atau 12 ke tak muncul juga. Rasa hampa... Lalu kuterus sambung tidur dengan harapan gadis impian hadir dalam mimpi pendek ku.

Ahad, 15 Mac 2009

Macam-macam cerita

Gua baru balik dari ampang.... ayah neves & Jay pretty ugly meninggal dunia... al-fatihah... sebagai kawan gua rasa gua patut melawat.... mereka nampak tabah dan kuat...muka neves nampak kewl dengan berbaju lusuh yang gua tak penah nampak dia dressing macam itu sebelum ini. Gua x paham, astro awani pun datang... ntah sape panggil dan untuk apa... biarlah mereka kerja mereka.. apa2pun... takziah kepada mereka...

Gua lama x menulis bukan malas... tapi bz... banyak cerita patutnye tuiis tapi tak sempat... Dari sebelum gua ke Indonesia sampai lah gua balik ke Malaysia banyak cerita... banyak gambar2 hidup dunia yang patut dikongsi... Biarlah.. gua simpan cerita itu jadi sejarah...

Akan tetapi... masih awek bulan jun atau mana2 bulan gua tak temui walau dah cari hingga ke indonesia... Mungkin dhiean (cewek jakarta yang gua berkenalan di KFC Mangga 2, Jakarta)... tapi gua lupa plak nak tanye bila dia lahir... mungkin jua sape2... gua x kesah la... Skang dah nak abis bulan 3... 3 bulan lagi... aduh... penat... bila?

Rabu, 18 Februari 2009

Port Dickson ~ Ipoh ~ Kota Bharu ~ Bandung

TEGAS... Gua tengah menegaskan bahawa minyak yang gua tengah jual tu bagus... 2 orang awek ini bersetuju dengan kata2 gua. Mereka hampir membeli minyak yang gua jual.


Port Dickson

Ya... gua baru jugak balik dari pd. Ada family day dengan bebudak office. Dia datang sekali walau dah tak seopis, bagai satu rancangan yang sudah diatur oleh tuhan. Ya gua seronok sangat.. tapi itu sudah lepas. Gua susah dah nak jumpa dia, sebab dia bukan awek bulan Jun. Tapi gua mmg suka dia. Gua call dia x angkat, ya gua pasti dia bukan tak nak angkat.

Ipoh

Masa dekat PD, gua dah dapat berita yang gua kena ikut CEO gua pergi IPOH. Ya, gua tak bantah, gua akur menjadi supir. Gua akan pergi ke Ipoh pagi ni. Ya! gua yakin gua boleh tercacak pukul 7.30 depan rumah CEO. Walau gua masuk opis pun slalu lewat, tapi kalau sebut saje pasal janji dengan CEO, hanya sekali gua lewat. Itupun masa gua mula2 masuk kerja dulu.


Kota Bharu

Ya! gua dikejutkan lagi dengan berita yang gua kena pergi Kota Bharu. Cis! Bosannya! Tapi gua tak dapat elak sebab musababnya gua pandai kecek klate... apa kejadahnya. Gua orang KL siot! Nate sungguh. Menyesal plak menguasai bahasa kelantan. Tapi gua akur. Gua memang pasti pergi sebab gua dah book tiket. Khamis jam 10.35 pagi kalau x silap. Balik Jumaat malam. Ya! Gua x akan jejak awek bulan Jun di kelantan. Sebab musabab gua mmg x sempat cari.

Bandung

Ya! Baru petang tadi gua berjaya buat passport dan dapat pada hari yang sama. Walau terpaksa tukar I/C, gua gigih dan akhirnya berjaya. Ya!!!! Gua pasti akan pergi ke bandung! Dengan paspot yang sah sehingga 2014... ya! pasti selepas ini gua akan kuat melancong! Gua yakin awek bulan Jun ada dikota Bandung! Gua tengah fikirkan bagaimana gua nak bawa dia ke Malaysia. Sampai saat ini gua fikir, mengantuk... dan terus tidur.


p/s: kawan2, tolong kejut gua pukul 5 pagi nie.

Jumaat, 6 Februari 2009

Awek Bulan Jun itu Wujud!!!

Hari ini adalah satu hari dalam minggu2 pertama penjejakan awek bulan Jun. Gua tak paham bukan gua yang sekarang beria mencari, gua bagaikan ada pembantu atau pembantu peribadi yang sentiasa membantu gua mencari dan menjejak dimanakah awek bulan Jun itu berada...



Kata kakak2 di opis! 6x2 itu boleh... gua fikir memang boleh... tapi gua macam dah main kelat... nanti jumpa awek bulan 7 gua bukak pulak formula 6+1 pulak... Jadi matematik itu mudah ~ tak boleh dijadikan asas pencarian ini.


Hari ini, gua berjalan2 sambil mencari barang2 di Jusco, Midvalley bersama dua orang ibu iaitu yang sedang mengandung dan baru nak test2 dia mengandung ke tidak (dia beli pregnancy test tool kat watson). Ternyata ibu yang mengandung itu tidak betul firasatnya.. ditanyanya mana2 awek yang boleh dia tanya dengan selamber... Mungkin sebab dia ini orang Kuala Berang atau memang dia selamber....


"adik, adik lahir bulan brape?", ibu mengandung itu bertanyakan kepada cashier jusco.



"Kenapa? nak beli hadiah ker?", jawabnya maintain... gua makin tak paham dan buat2 cool.


"Bulan 1....", Jawabnya macam bunyi kecewa...





Mungkin kerana dia tahu yang bukan dia yang gua cari. Gua dah pasti sebelum ibu mengandung itu bertanya. Gua punye firasat tahap tinggi, gua yakin. ya! gua sangat yakin. Kalau dipandang dari segi kecomelannya, memang ada ciri2 awek bulan Jun tapi ada sebab apa yang gua pasti dia bukan awek bulan Jun. Gua saja yang tahu....

Dalam perjalanan pulang, sambil menolak troli dan gua ada jugak mengushar kanchah2 sekeliling, mungkin wujud awek bulan Jun tetapi semua dengan panchang masing2. Gua tahu, mereka juga seperti gua... tahu apa itu awek bulan Jun.


Sempat lagi sebelum pulang berselisih dengan seorang awek menjaga tiket kaunter bayaran parking... Ya! kali ini mungkin tapi gua tidak bertanya sebab dia belum masuk shift kerja nanti gua takut kejap lagi dia jawab! "saya tak masuk kirja lagi la!".

Mungkin bila nanti, dalam hati berkata2....

2 Jam kemudian... setelah sampai rumah...

Gua bukak facebook sorang minah nie... memang dah ada dalam facebook gua dah lama, gua tak ingat dia siapa.... gua tengok .... "alamak!!! awek bulan jun lah pulak!!!" ,gua taip kat wall dia...

Selang beberapa minit... dia tanya, "Alamakkk ..apo masalah eh ngan bulan jun??", bunyi macam orang nogori sembilan... gua terus kasi blog gua tapi gua tatahu dia baca ke tidak... tapi gua yakin dia pasti baca... dan saat ini keyakinan gua tentang kewujudan awek bulan Jun itu tidak boleh disangkal!

Ya!!! Dia memang wujud!

p/s: ternyata awek bulan Jun yang kujumpa hari ini lebih chantek dari Wu-Lan yang kujumpa dalam taksi kelmarin...

Selasa, 3 Februari 2009

Gua pasti dapat awek yang lahir bulan Jun

Gua pasti gua akan dapat... pada bulan 6 atau pun Jun, gua akan dapat kanchah/ awek yang juga lahir pada bulan Jun. Kenapa bulan 6? Ada rahasia disebalek bulan 6.

Gua selalu tegaskan kepada Kak Suzi, Kak Ujie, Kak Ijan, (semua ni akak2/bini2 orang kat opis gua) dan beberapa orang lain yang gua nak awek lahir pada bulan 6.

Gua pasti awek yang lahir pada bulan Jun akan muncul menjadi awek gua. Orangnya puteh gebu, pakai tudung (kadang2 x), pandai bergaya, penuh kelembutan, paham gua dan tinggal disekitar lembah klang~senang nak dating. Seperti buddhi hekayat juga, gua punya kanchah nanti pasti cantik dari wu-lan yang digembar-gembur slalu dijendela. Karena Wu-Lan itu lahir pada bulan April tahun apa gua tak pasti. mungkin tahun naga atau monyet.

Pastinya Fasha Sandha bukan lahir pada bulan Jun sebab dia lahir pada bulan Mac, gua benci


Gua tegaskan sekali lagi! gua pasti akan menyukai bakal awek gua yang lahir bulan Jun. Tatkala itu gua akan jumpa dia sekali seminggu (cukup la) dan akan membawa dia jalan2. Dia pasti suka gua bawak dia jalan2 dan shopping di Sunway Piramid, IOI (dekat dengan rumah), Pavilion (gua taknah plak masuk), One Utama, Mid Valley dan tidak lupa juga OUG Plaza sebab dekat dengan office gua.

Kami akan berjalan berpimpinan tangan ~ kalaupun dia tidak suka mesti ada caranya yang menampak kami mesra seperti couple2 diluar sana yang sebenarnya tidak tahu mana arah tuju hubungan mereka... gua percaya, awek yang lahir bulan Jun ini memang best. Cuma kadang2, mereka ini mungkin ada sedikit ego. Gua akan mula melanggan majalah remaja dan membaca ruangan zodiak untuk membaca apa keinginannya pada setiap bulan. Tapi gua x suka pulak membaca buku.

Dengan harapan awek itu muncul diblog ~ tak main internet pun xpa yang penting memberi sinaran kepada gua. Tetapi tidak perlu terlalu cerah hinggakan ramai yang silau dek sinaran yang bakal awek gua pancarkan. Wahai awek bulan Jun, Hadirlah engkau pada bulan Jun ini, gua sudah bersedia menerimalu tapi bukan menerima malu sekali lagi.

Yang sudah, pasti gua kenang. Mana lu sekarang?

Gua telefon lu tak angkat, gua tak paham macam gua plak yang tinggalkan lu. Lu pigi mana dengan panchang baru yang kononnya kawan lu tapi gua tak kisah sebab itu pilihan lu. Dulu wa sampah dimatalu. Cuma satu, sebelum awek bulan Jun hadir, gua berterima kasih kepada yang pertama kerana mengajar gua dalam bab2 kanchah dan chenta. Moga lu bahagia sebab lu tak salah, lu bagus, lu memang patut dapat dia. Coma gua memang tak sesuai dengan lu sebab lu lahir bulan September. Moga lu jadi pendidik anak bangsa.....

"Gua pasti bulan Jun ini gua dapat awek yang lahir bulan Jun!!!!!"


p/s: kalau awal bulan Julai atau hujung bulan Mei kira boleh la... kaw-tim! hehe

Isnin, 2 Februari 2009

Bro... Tumpang Tanya Sikit, Awek Lu Mana Pergi? (Siri I)

lakaran sosok wu-lan yang selalu muncul dijendelaku


KAU ada kanchah(awek)? Aku tanya sebab aku terdengar suara dia itu, mengejek-ejek.

"Looser!" katanya.

Kau tahu maksud looser?

Maksudnya: "gagalis." Maksudnya: "orang-orang yang sendiri." Tak punya kanchah atau 'steady'. Tak ada bini atau laki. Tak ada keluarga.
Suara itu seperti yang pernah aku dengar adalah, bukan sahaja menghina, tetapi membuatkan rasa lemah untuk terus hidup.

"Kau looooser," kata suara itu lagi.

Ada yang marah.Aku tidak.Aku tak marah. Mungkin cuma sedih.

Dia bermegah kerana dia punya segalanya dalam hidup ini ~ macam itulah yang coba dia bayangkan. Juga, bagi perempuan itu, dia punya kekaseh yang akan dia nikahi hujung tahun. Mungkin bulan Disember. Time cuti sekolah. Dia sudah berfikir-fikir, baju dan color tema yang akan dia pakai, juga design kad kahwin, dan berapa tingkat kek. Bla-bla-bla..

Kemudian, bermulan madu. Mungkin ke Melbourne, Australia kalau pun tidak ke London. Mungkin ke Bali kalau pun tak ke Tokyo. Mungkin ke Langkawi kalaupun tidak ke Bukit Tinggi. Mungkin ke Genting Highland kalau pun tak ke Pulau Tioman.

Katanya, dia mencintai pasangannya sekarang. "Aku bahgia dengan dia... kau faham tak!?" begitu jawabnya di satu malam ketika kau menelefon.

Dia telah mencari alasan, mengapa dia tinggalkan engkau seorang diri di tepi jalan, malam itu. Macam biasa, alasan, walaupun tidak logik dan tidak masuk akal, tetapi dia tetap pergi juga. Kepada engkau, dia tinggalkan... alasan.

Tiap malam, kau bayangkan dia memeluk pasangannya, di sebuah apartment atau kondo, atau rumah teres dua tingkat di Damansara, atau Petaling Jaya, atau di Johor Bahru, atau Singapura. Setiap malam kau bayangkan mereka berasmara dan mungkin bersetubuh -- walaupun belum bernikah secara resmi. Atau mendaftarkan perkahwinan dengan jabatan pendaftaran: bagi yang bukan Islam.
Sesekali mereka tidur hotel, karena syarikat pasangannya ada buat seminar dan dapat bilik free satu: sepatutnya kongsi dengan seorang lagi budak office, tetapi karena dia nak bawa pasangannya, officemate itu kena tidur bilik lain! Kalau hujung tahun, ada private party... menyambut hari lahir atau ulang tahun percintaan dengan wine merah di pub atau kelab di Mont Kiara, atau Taman Tun. Betapa romantis dan wow-nya hidup mereka selepas meninggalkan kau.
Hati terbakar. Semakin terbakar apabila kau bayangkan, sewaktu dia susah sampai nak makan pun tak ada uang, engkau yang beri dia uang. Seolah-olah, engkaulah yang beri dia nyawa. Tetapi, dasar manusia tak tahu diuntung... Dia pergi, meninggalkan engkau, dengan alasan yang sama sekali tak munasabah. Dan tutup peluang, untuk engkau membetulkan kelemahan diri, kalaupun ada.

Apabila kau menelefonnya, dia angkat, dan jawab... "looser!!!" Lalu mematikan telefon. Bila kau sms, dia tidak menjawab. Kalau pun dia jawab, dia akan katakan sekarang dia bersama kekasehnya di Pulau Redang, sedang bercuti. Bila kau email, dia hanya foward-kan alamat portal di mana kau lihat foto-foto mereka bersama, mungkin di pantai, seksi, gelak hilau (mungkin sambil memegang botol beer Heineken, dan bercumbu sewaktu matahari turun redup, kala ombak menyanyikan lagu sorga.

Kau, kononnya mahu setia. Dia pula bergumbira.

Lalu, kau pun cuba bangun semula daripada 'kehancuran'. Bertahun-tahun lamanya. Daripada sampah, kau naik, perlahan-lahan. Macam Lee Chong Wei: mula-mula dapat gangsa, kemudian perak... emas, dan mahu jadi juara All England. Dahulu, kau terpaksa pindah rumah sebab rumah lama sudah empat bulan tak bayar sewa, akibat hilang kerja. Tapi, ini bukan soal uang... bukan cerita duit. Ia soal semangat untuk terus hidup dan harga diri yang dia letakkan di bawah duli telapak kaki.

Suatu waktu, kau dapat tahu, kekasehnya meninggalkan dia. Berkahwin dengan orang lain, mungkin bekas kekaseh yang di universiti dahulu.

Dia tentu malu untuk datang semula. Mungkin terus ego. Lalu, jadi pemabuk jalanan; konon untuk fun. Menyerahkan diri kepada tauke-tauke dan cokong korporat yang menawarkan dia kerja tetapi sebenarnya hanya berminat meniduri dia buat beberapa kali, atau menghubungi dia apabila isteri tauke-tauke itu period. Malah, dia hanya jadi habuan anak-anak mahasiswa tahun akhir yang baru-baru hendak belajar berzina...
Hidupnya luluh lantak. Hancur.

Dia menangis. Dia mengetuk pintu rumah. Engkau membukanya. Apakah engkau akan maafkan dia? Apakah engkau akan terima dia semula? Dan salah satu bahasanya, "aku sayang kau!" alih-alih.

Naik bulu tengkuk.Aku cuma mahu bertanya :+) Walaupun Wu-Lan sudah memberitahu aku, jawapannya.

Kata Wu-Lan (awek baru aku tu), kanchah yang tinggalkan kau tu pun bukannya bahagia pun... Dia ye-ye-o jer cam bahgia! Hehehe...

Ahad, 1 Februari 2009

Aku Sudah Punya Kekaseh, Sejak Malam Tadi...

Hahaha...

Aku sudah ada kekaseh — selepas minggu lalu, hampa: "bunga ku puja miliknya orang".

Tidak lagi malam tadi. Aku sudah... ya SUDAH, aku ulang, SUDAH... punya kekaseh!

Hahaha...Namanya cantek dan buat orang cemburu. Namanya: Wu-Lan.

Dia muncul di beranda rumah aku: di tingkat 18, masa aku melihat ke awan. Dia memang sering datang sebelum ini, tanpa mengetuk pintu... dan terus masuk. Kami memang sudah berbual beberapa kali. Tapi, hanya malam tadi, aku menerima dia, sebagai kekaseh.

Meski, sebelum ini dia beberapa kali memujuk aku untuk menjadi kekasehnya. Beberapa kali juga, aku menolak... sampailah malam tadi.

"Ok... aku terima kau!" kata aku yang tidak memandang ke arahnya.

Dia tersenyum. Aku bersahaja, sambil tangan melukis."Kenapa kau mahu aku?" kali ini, aku yang bertanya.

Dia mahu menjawab. Dia fikir-fikir dahulu.

"Sebab kau... kau... kau...""Aku apa?" cuba menekannya."Sebab kau lelaki yang datang dalam mimpi aku," jelasnya.

Tuhan, rupa-rupanya telah lebih awal memasukkan aku dalam mimpi Wu-Lan.

"Dengar tak?" kali ini dia pula berkata, dengan bisik.

Kali ini, aku pula tak mampu bercakap apa-apa."Hey... hey... hey," tegurnya lagi.Aku menoleh ke arahnya.

Tiba-tiba dia pun meniup mata aku.

"Aduh!" jerit aku."Sakit ke?" katanya."Sakitlah!" kata aku."

Meh, aku tengokkan. Kau cedera?" katanya.

Aku pun menunjukan mata yang seperti orang menangis kepadanya. Ketika mukanya hampir dengan muka aku, "puhhh!" aku meniup matanya.

"Ah..." suaranya agak tinggi.

Semburan aku tidak tepat kepada mata. Cuma kena pada pipinya. Kali ini, dia tak marah. Dia tersenyum.Kami pun berbual tentang hidup, tentang kalau ada anak siapa nama anak kami nanti, tentang manusia-manusia yang pernah meninggalkan aku, dan melupakan dia. Tentang dunia yang tak tidak bulat di mata kami.Berbual sampai pagi. Dan apabila hampir muncul matahari, dia pun pergi.Aku akan menunggunya esok malam. Kami akan bercanda kembali. Dia berjanji akan membawa aku ke langit tinggi, terbang di celah-celah awan.Betol. Itu janjinya. Dan, aku percaya dia tak berbohong.

Apabila hampir muncul matahari, Wu-Lan pun pulang, sambil berkata, "aku rindu kau.

"Aku jawab, "ok-ok... sampai esok sahaja!"

Hari pun siang. Aku menghidupkan kipas.Beradu.Sejak malam tadi, aku sudah punya kekaseh yang selama ini memandangku. Cuma aku, yang tidak pernah peduli. Kepadanya.


JANJI... esok malam Wu-Lan akan datang dan membawa aku terbang. Itu katanya.


Khamis, 29 Januari 2009

Perempuan: Dunia tidak adil?

Gua hampir tak paham kenapa tajuk post gua kali ni macam panas... Lately gua banyak berkawan dengan kawan2 baru yang gua tatau background mereka. Semua nampak happy, semua nampak gila2. Tapi satu demi satu kisah gua korek dan semuanya lebih kurang sama... semua ada masalah dengan wanita? apa seorang wanita nak? gua tak paham.... kahwin dengan lelaki baik tapi main belakang dengan jantan lain... couple dengan orang baik tapi knape main blakang dengan jantan lain? Gua baca kisah2 dalam surat kabar atau majalah banyak perempuan derita disebabkan lelaki... tapi realiti gua kenal semua kene kencing dengan perempuan! anak dah 2 tapi main jantan lain! Kadang2 gua bertanya pada tuhan kenapa? gua belum dapat jawapnya walau gua slalu sangat bertanya... apa yang sorang pompuan nak? kasih sayang? duit? harta benda? kekacakan? gua tak paham setelah banyak mendengar kisah2 kawan2 gua... ada yag dihina betina... ada yang nak kereta besar, ada yang nak duit, ada yang gua tak paham apa yang dia nak... gua selak kehidupan penuh ceria kawan2 gua ini rupanya banyak berselindung dari duka yang pahit rasanya. Gua pun sama macam dorang cuma gua nya kes gua tak paham... wahai wanita/perempuan atau betina diluar... korang ada jawapan... tolong kami karena kami tak paham........

p/s: dulu time blaja wa ada awek... wa takda duit.... wa x hensem.... wa x paham.... wa skang sunyi dan tak paham....

Ahad, 18 Januari 2009

KBMM VS Rockers United "Tangkis untuk Palestin"


VS

Perlawanan Badminton persahabatan ini dinamakan "Tangkis Untuk Palestin". Atas dasar keinsafan ke atas apa yang telah berlaku di palestin, KBMM sebagai sebuah pertubuhan swardaya masyarakat dengan kerjasama Majlis Perbandaran Ampang Jaya dan MERCY Malaysia, akan mengadakan perlawanan persahabatan amal yang mana perlawanan persahabatan ini terbuka bagi semua rakyat Malaysia untuk hadir memberi sokongan.

Tarikh: 24 Januari 2009
Tempat : Dewan Sukan dan Komuniti, Bukit Damansara

Masa : 4 petang -6 petang (klinik badminton)/ 8 mlm -11 mlm (perlawanan persahabatan)

Klinik badminton tersebutakan dikendalikan oleh lagenda badminton tanah air iaitu Dato' Misbun Sidek yang akan dibantu oleh Roslin Hashim dan rakan2..Pada hari perlawanan tersebut, KBMM atau kesatuan bulutangkis melayu muda diwakili oleh selebriti tanah air seperti Farouk Hussain, Azrul Zaidi (Raja Lawak), Adi Fashla, 6ixth sense, dan beberapa lagi pemain yang datang dari pelbagai latar belakang dan profesion. Manakala, Rockers United diwakili oleh Lagenda Rock Malaysia iaitu Wings, Def Gab C, Slam, dan juga sayap2 wings. Perlawanan dijangka sangat menarik apabila semua perlawanan antara regu di undi secara rawak....

Berikut adalah senarai nama pemain dan jadual perlawanan persahabatan diantara Rockers United dan KBMM:

1. Joe Wings/ Hafiz (RU) VS Azahari Jaafar/ Roslan Rashid-tuan blog (KBMM)

2. CAIO/ Eddy Hasbullah (RU) VS Adi Fashla -dj era/ Muaz (KBMM)

3. Shah Slam/ Black Wings (RU) VS Izanee/ Irwan Abu Zahar (KBMM)

4. Zamri/ Eddie Wings (RU) VS Faizal Saban- pemain import/ Asry Mohd (KBMM)

5. Kamal/ Mat Noor (RU) VS Farouk Hussain- anak mami/ Azrul Zaidi- Raja Lawak 2 (KBMM)

6. Eddie def-gab-C / Sasz VS GG-6ixthsense / Atan- 6ixthsense (KBMM)

7. Madi/ Ijan (RU) VS Ammar Ghazali/ Azlan Ramly (KBMM)

Diharapkan semua kawan2, sahabat handai, awek2, makcik2, pakcik2, mat rempit2, rockers2, hihoppers2, abang2, adik2, dato2, datin2, dan sebagainya dapat meluangkan masa menyokong kami sambil menderma ke tabung keamanan palestin yang akan disalurkan terus oleh kami kepada pihak MERCY Malaysia pada hari tersebut. Gua sebagai wakil KBMM menjemput anda semua hadir ke dewan komuniti dan sukan, bukit damansara pada 24 jan 09 ini. Pada hari tersebut rockers united juga akan membuat jualan amal baju t-shirt "tangkis untuk palestin" yang berharga RM25 yang mana rM15 akan disalurkan ke tabung keamanan palestin.




Jangan lupa utuk hadir memeriahkan acara dan juga kutipan amal nanti ya! Jom menonton perlawanan persahabatan yang menarik sambil menderma untuk keamanan palestin!!!!

Antara Gambar Sidang Media "Tangkis Untuk Palestin"



p/s: sapa nak tgk kehebatan tuan blog main badminton kena datang awal... game pembukaan... hikhik!

Khamis, 8 Januari 2009

Aku dan Badminton




Oh badminton...
Kau hanya tali, bulu, dan besi
Menyelubungi siang dan malamku
Bagai nasi yang tak pernah basi
Kau sinari hidupku

Walau berdua atau berempat
Kau tetap hebat
Menjadi tempat luahan yang tepat
Sampai masa kau pasti tepat



Hari ini aku mencari dimana kamu
Kau bagaikan permata yang kumiliki
Dalang hadir bukan tetamu
Menghalang engkau untuk dijejaki
Namun...Satu hari kita berjumpa lagi
Akan ku belai ku seni lagumu
Akan ku tempah gelanggangmu
Agar dapat kami beradu...

p/s: gile ke buddhi bawak roslin ke dewan... nasib dia injured... kalau x letih gua...

Sabtu, 3 Januari 2009

Payung...Relevan dan Sinonim




Huh... letih beb malam ni main badminton... lepak kat pelita dengan geng2 FBBC / kesatuan bulu tangkis melayu muda sampai kul 5.00 pagi... macam2 yang direpekkan oleh geng2 gua lebih2 lagi saudara budi... lawak gile mamat ni... sakit perut dan KENG aku gelak x abis2...pagi ni gua nak bercakap tentang relevan dan sinonim sebuah payung atau 480 payung yang aku berjaya order untuk merchandise marketing company aku dan payung2 lain....


1. Payung selalu dikaitkan dengan raja... iaitu raja itu payung negara..berarti raja memerintah rakyat dengan kuasanya dengan adil


2. Selalu dikaitkan dengan pepatah Melayu yang berbunyi sediakan payung sebelum hujan... ini berarti sediakanlah persediaan sebelum berlaku perkara2 yang tidak diingini...


3. Dikaitkan juga dengan artis hollywood yang bernama Rihanna.... dia ada lagu bertajuk "Umbrella" berarti payung... ini mungkin dia fobia atau ada sejarah buruk dengan payung


4. Payung juga ada dikaitkan dengan makanan... atau restoran... perkataan keramat biasanya adalah seperti contoh: beb!! hari ni lu payung gua! gua x bawak duit!


5. Ia juga cukup sinonim dengan hadiah atau cenderamata apabila pelanggan membeli sesuatu barang atau perkhidmatan... contohnya perkhidmatan insurans, perbankan, dan lain2... kerana semua orang gunakan payung walau apa jua status mereka.


6. Salah satu barangan yang wajib dalam perkahwinan... biasanya pengantin akan diarak dan akan dipayungi oleh pengapit... sekiranya tiada payung mungkin pengantin akan pitam dan majlis perkahwinan akan ditangguh


7. Selalu dikaitkan dengan isu2 perkahwinan dengan mak janda atau duda yang kaya apabila ianya digelar payung emas.... gua pun samar2 maksudnya... tak silap gua kaitannye seseorang itu mendapat atau disara oleh seorang yang kaya dan biasanya duda atau janda.


8. Tidak ada kaitan dengan kumpulan band indie iaitu HUJAN... walau logonya ada lambang payug akan tetapi kadar relevannya payung dengan kumpulan ini amat rendah.


9. Ada juga menjadi satu revolusi sekiranya parti bebas yang bertanding di pilihanraya yang suka menggunakan logo payung, gunting... stapler jarang digunakan...


10. Isu payung juga boleh menjadi besar apabila payung yang di order tak sampai2...(akak2 opis gua je yang paham)


11. asyik gua je yang kasi idea... lu orang pulak kasi... wa dah tatahu apa nak tulis... wa tido dulu... nanti sambung... sekian...

p/s: post ini special tribute to my CEO... hahahhahahahahha

Khamis, 1 Januari 2009

Homebrew Echolink Server






Kepada semua warga radio amatur yang berkelayakan dan berminat atau yang memegang lesen dan mempunyai akaun yang berdaftar untuk menggunakan echolink. Disini saya memperkenalkan "Homebrew Echolink Server" .... Server ini boleh disampung terus ke antenna dan juga internet dan dilengkapi dengan interface. Server ini didatangkan dengan CPU Pentium III dan juga interface. Anda semua diberi pilihan samada menggunakan "kotak hitam" atau rig mobile anda untuk diubahsuai dan digabungkan menjadi echolink server atau membeli full set echolink server termasuk rig (basic) didalamnya. Tempahan boleh dibuat dan kami akan menyiapkannya dalam masa 2 minggu. Kepuasan hasil kerja terjamin.... disini ada dikepilkan beberapa gambar untuk tatapan rakan2 semua.Sesiapa yang berminat boleh lah menghubungi saya 9w2kdu - 0166026036/ 0129222829. untuk barangan lain sila layari http://www.onecommunications.com.my ... credit card accepted!

Full set echolink server = RM1500 (nego)
echolink server (rig sendiri) = RM900 (nego)


chario 73 de 9w2kdu .

Related Posts with Thumbnails