Memaparkan catatan dengan label rockers united. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label rockers united. Papar semua catatan

Selasa, 20 Januari 2009

Tangkis Untuk Palestin



Perlawanan badminton persahabatan terhebat di abad ini yang bertujuan untuk mengecam kekejaman zionis di palestin dengan penyaluran dana amal terus ke palestin melalui kerjasama dari MERCY Malaysia.

Tarikh : 24 Januari 2009

Tempat: Dewan Pusat Komuniti dan Sukan, Bukit Damansara

Masa: 4.00 pm- 6.00 pm (klinik badminton oleh Dato' Misbun Sidek dan Roslin Hashim)

: 8.00 pm- 11.30 pm (perlawanan persahabatan KBMM vs Rockers United)

Antara yang hadir memeriahkan acara adalah selebriti dan artis terkenal tanah air seperti Wings, Slam, Def-Gab-C, 6ixth Sense, Pretty Ugly, Farouk Hussain, Azrul (Raja Lawak 2), Adi Fashla, dan ramai lagi. Datanglah sambil menderma ke tabung "tangkis untuk palestin...

p/s: gua pun ada memeriahkan suasana di opening games menentang Joe Wings dan pasangan...

Ahad, 18 Januari 2009

KBMM VS Rockers United "Tangkis untuk Palestin"


VS

Perlawanan Badminton persahabatan ini dinamakan "Tangkis Untuk Palestin". Atas dasar keinsafan ke atas apa yang telah berlaku di palestin, KBMM sebagai sebuah pertubuhan swardaya masyarakat dengan kerjasama Majlis Perbandaran Ampang Jaya dan MERCY Malaysia, akan mengadakan perlawanan persahabatan amal yang mana perlawanan persahabatan ini terbuka bagi semua rakyat Malaysia untuk hadir memberi sokongan.

Tarikh: 24 Januari 2009
Tempat : Dewan Sukan dan Komuniti, Bukit Damansara

Masa : 4 petang -6 petang (klinik badminton)/ 8 mlm -11 mlm (perlawanan persahabatan)

Klinik badminton tersebutakan dikendalikan oleh lagenda badminton tanah air iaitu Dato' Misbun Sidek yang akan dibantu oleh Roslin Hashim dan rakan2..Pada hari perlawanan tersebut, KBMM atau kesatuan bulutangkis melayu muda diwakili oleh selebriti tanah air seperti Farouk Hussain, Azrul Zaidi (Raja Lawak), Adi Fashla, 6ixth sense, dan beberapa lagi pemain yang datang dari pelbagai latar belakang dan profesion. Manakala, Rockers United diwakili oleh Lagenda Rock Malaysia iaitu Wings, Def Gab C, Slam, dan juga sayap2 wings. Perlawanan dijangka sangat menarik apabila semua perlawanan antara regu di undi secara rawak....

Berikut adalah senarai nama pemain dan jadual perlawanan persahabatan diantara Rockers United dan KBMM:

1. Joe Wings/ Hafiz (RU) VS Azahari Jaafar/ Roslan Rashid-tuan blog (KBMM)

2. CAIO/ Eddy Hasbullah (RU) VS Adi Fashla -dj era/ Muaz (KBMM)

3. Shah Slam/ Black Wings (RU) VS Izanee/ Irwan Abu Zahar (KBMM)

4. Zamri/ Eddie Wings (RU) VS Faizal Saban- pemain import/ Asry Mohd (KBMM)

5. Kamal/ Mat Noor (RU) VS Farouk Hussain- anak mami/ Azrul Zaidi- Raja Lawak 2 (KBMM)

6. Eddie def-gab-C / Sasz VS GG-6ixthsense / Atan- 6ixthsense (KBMM)

7. Madi/ Ijan (RU) VS Ammar Ghazali/ Azlan Ramly (KBMM)

Diharapkan semua kawan2, sahabat handai, awek2, makcik2, pakcik2, mat rempit2, rockers2, hihoppers2, abang2, adik2, dato2, datin2, dan sebagainya dapat meluangkan masa menyokong kami sambil menderma ke tabung keamanan palestin yang akan disalurkan terus oleh kami kepada pihak MERCY Malaysia pada hari tersebut. Gua sebagai wakil KBMM menjemput anda semua hadir ke dewan komuniti dan sukan, bukit damansara pada 24 jan 09 ini. Pada hari tersebut rockers united juga akan membuat jualan amal baju t-shirt "tangkis untuk palestin" yang berharga RM25 yang mana rM15 akan disalurkan ke tabung keamanan palestin.




Jangan lupa utuk hadir memeriahkan acara dan juga kutipan amal nanti ya! Jom menonton perlawanan persahabatan yang menarik sambil menderma untuk keamanan palestin!!!!

Antara Gambar Sidang Media "Tangkis Untuk Palestin"



p/s: sapa nak tgk kehebatan tuan blog main badminton kena datang awal... game pembukaan... hikhik!

Sabtu, 17 Januari 2009

Perlawanan Persahabatan badminton antara KBMM Lawan Rock United : “Tangkis Untuk Palestin ”.



1. Hari ini, Kesatuan Bulutangkis Melayu Muda ( KBMM ) bersama menyertai gelombang bantahan segenap rakyat Malaysia; mengecam apa jua bentuk brutaliti dan kekejaman bala tentera rejim Zionis Israel yang menyerang, mengeroyok dan membunuh umat Palestin. Sama sekali sanubari kita tidak terbayangkan bagaimana kanak-kanak, wanita dan golongan yang tidak berdaya berpanjangan menempuh ketakutan dan azab derita, di sana.


2. Atas keinsafan ini, maka KBMM — sebagai sebuah kelab swardaya masyarakat non-government organization ( NGO ) yang minat berkegiatan dan mempromosi riadah “ badminton untuk komuniti ” — akan menganjurkan sebuah kejohanan badminton persahabatan antara KBMM berhadapan ROCKERS UNITED. Solidariti dan inisiatif ini kami namakan sebagai “ TANGKIS UNTUK PALESTIN ”.


3. Konflik berleretan 6 dekad di bumi Palestin itu adalah antara krisis dan jenayah kemanusiaan teramat dahsyat dan antara yang paling menghanyirkan dalam sejarah moden ~ walhal Palestin merupakan wilayah yang penuh dengan sejarah janji dan kasih Tuhan untuk sekian manusia; selain di sana pernah mekar-harumnya kehidupan pruralisme beragama yang meliputi umat Islam, Kristian dan Yahudi.


4. Meskipun objektif tugas amal ini adalah untuk mengumpul dana, namun lebih utama adalah untuk menciptakan kepedulian atau awareness masyarakat membantu sedaya mungkin kepada watan Palestin. Antara tanda keikhlasan itu nantinya ialah jumlah ringgit yang inshaalah dapat kita serahkan terus kepada Mercy Malaysia bagi tujuan membantu mangsa perang di Palestin dalam apa jua kaedah. Kita wajar percaya bahawa tidak cukup sekadar mengecam seraya berpeluk tubuh menunggu kekuasaan besar seperti Amerika Syarikat atau badan dunia PBB mahupun OIC untuk menangani isu ini.


5. KBMM akan dibarisi pemain daripada beberapa nama selibriti sementara ROCKERS UNITED yang ditungjangi oleh band rock Wings dan kelab peminatnya, SAYAP-SAYAP WINGS. Program ini juga sokongan lagenda badminton negara, Dato’ Haji Misbun Sidek, saudara Haji Jailani Sidek dan pemain kebangsaan, Roslin Hashim yang akan memberikan talk serta klinik badminton kepada peminat yang hadir. Pada hemat saya, belum pernah ada kelompok daripada artis, selibriti sehinggalah golongan profesional muda, bergabung dan bersatu demi menyatakan simpati kepada nasib malang rakyat Palestin.


6. Kami yakin bahawa sukan badminton wajar disemarakkan di peringkat akar umbi kerana Malaysia mempunyai sejarah yang bergemalapan di dalam sukan ini. Meskipun ada sukan-sukan lain yang popular, namun rekod pencapaian badminton kebangsaan di peringkat tertinggi dunia adalah lambang kemegahan Malaysia.
7. Program “ Tangkis Untuk Palestin ” sebagai usaha kecil tentunya beriringan dengan keputusan Parlimen dan rakyat Malaysia untuk mencemoh Rejim Zionis dan ayuh kita mengaminkan semoga Illahi memberi kekuatan dan menyelamatkan bangsa Palestin.
Sekian. Terima kasih.


HASMI HASHIM (Penaong)


ISMAIL MOHD SHARIFF (Presiden)

Kesatuan Bulutangkis Melayu Muda.

Jawatankuasa Penaja KBMM.

Related Posts with Thumbnails