Memaparkan catatan dengan label wook kundur. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label wook kundur. Papar semua catatan

Jumaat, 10 Julai 2009

Kasih suci Wook adalah cinta agong!


Kasih suci Wook Kundur, yang dulunya menjadi buah mulut semua orang dan mendapat liputan diseluruh Malaysia adalah contoh cinta paling agong dalam dunia pada hari ini. Tidak boleh dinafikan lagi kesetiaan dan sifat sabarnya boleh menjadi contoh kepada wanita-wanita diluar sana..


Gua ingin mengulas dan memberi penghormatan kepada perempuan melayu terakhir ini sebab gua terharu dengan apa jua pengorbanan yang diberikan oleh Mak Wook... Mak Wook sepatutnya di angkat taraf seperti Michael Jackson dan patut mendapat liputan dunia. Sepatutnya bukan sahaja di akhbar2 di Malaysia malahan di seluruh dunia.


Hari ini suami tersayang Wook Kundur iaitu Musa didapati bersalah kerana menagih dadah. Wook tenang menghadapinya dengan harapan Musa kembali dalam usia Isterinya itu baru 108 tahun. Gua sedar yang lu orang semua tak sedar bahawa Wook juga boleh hidup senang tanpa suaminya. Wook juga mungkin ada kaitan dengan Aril Af7 yang selalu menyebut namanya TERBAIK WOOOOOKKK!!! Dalam tak sedar royalti yang wook kundur dapat dari tagline tersebut mungkin mencecah jutaan ringgit... Dia boleh berdikari.. Gua yakin.


Hari ini populariti wook sebenarnya lebih dari michael jackson kerana ramai yang membeli METRO pada minggu ini bukannya nak melihat MJ dikebumikan tetapi ingin mengikuti perkembangan wook yang kesunyian. Mungkin ada yang mengambil kesempatan kepada mak Wook dengan mendampingi dengan apa jua cara sekalipun. Tidak mustahil wook kundur boleh menandingi kontroversi paris hilton.


Hari ini gua mengangkat apa yang diperlakukan wook... memang perlu dihargai kerana cintanya kepada Musa adalah cinta yang teragong dalam sejarah peradaban dunia. Tidak pernah kecewa dan menyesal walau sesaat dan menerima apa jua terjadi atas cinta yang diberikan.


p/s: TERBAIK WWWWWWWWWWWWWWWWWWWWWWWWWOOOOOOOOOOOKKKKKK!

Related Posts with Thumbnails