Memaparkan catatan dengan label malaysia. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label malaysia. Papar semua catatan

Khamis, 8 Januari 2009

Aku dan Badminton




Oh badminton...
Kau hanya tali, bulu, dan besi
Menyelubungi siang dan malamku
Bagai nasi yang tak pernah basi
Kau sinari hidupku

Walau berdua atau berempat
Kau tetap hebat
Menjadi tempat luahan yang tepat
Sampai masa kau pasti tepat



Hari ini aku mencari dimana kamu
Kau bagaikan permata yang kumiliki
Dalang hadir bukan tetamu
Menghalang engkau untuk dijejaki
Namun...Satu hari kita berjumpa lagi
Akan ku belai ku seni lagumu
Akan ku tempah gelanggangmu
Agar dapat kami beradu...

p/s: gile ke buddhi bawak roslin ke dewan... nasib dia injured... kalau x letih gua...

Khamis, 1 Januari 2009

Kenangan 2008

kadang2 kalau mengenang kembali kenangan 2008 mungkin gua leh tersenyum... dari awal tahun sampai hujung tahun macam2 dah berlaku... bulan 7 aku accident di PD.. bulan 8 besday gua....bulan 1-5 bulan adalah bulan gua paling x berdisiplin... macam2 berlaku pada 2008.... banyak perkara2 yang berlaku pada 2008... ada yang baru berlaku dalam hidup gua seperti menaik kapal terbang, accident kereta, dan macam2 ag... gua harap 2009 lebih baik dari 2008. lupe nak cite kat lu orang... kadang2 ingat nak cite tapi bile bukak je internet... lupa nak post blog... asyik bz membuka facebook.... lupa nak post... baru2 ni dalam 2-3 minggu lepas... kereta gua telah masuk ke dalam majalah 3 tau... jadi background .... hehehhehehe lagi lama dari muka gua masuk majalah 3... biasalah org buat rencana dia adalah interview kan... so kete gua jadi background tu... gua pun ada masuk sket2... tapi korang tgk lah.... huheuhuehuheuheuheuheuh layan!!!



Isnin, 8 Disember 2008

Build your own GSM vehicle tracking device

Sorry for a long time disapeared from this blog's arena. Im quit bz with my f*****g work and business. Below are the some ideas for you guys to try... heheheh check it out! how to have the tracking device for your car?!

1) Buy a hotlink or digi prepaid sim card and insert it into your old
hand phone.
2) Activate the Friend Finder service as provided by Hotlink or Digi.
3) Hide the old hand phone in your car.
4) U got your self your very own GSM based tracking device
to track the whereabout of your car.
5) The location that u receive may not be as precise as the real GPS, but
at least this is the cheapest means to own vehicle tracking device.

How To Activate Friend Finder For Maxis

1) Buy a new Hotlink Starter or apply a supplimentary 012/017 line
(RM5/mth)
2) Insert the new sim card in an old cellphone and type sms msg
<012xxxxxxx> send it to 32001.
Note A: 012xxxxxxx is your existing HP no.
Note B: WKL9999 is your car registration no.
3) Hide the old phone in your car.
4) To track your car, from your existing phone, type or
<012xxxxxxx> and send it to 32001.

To track your car, Just type “ Find 012xxxxxxx” and send it to
the shortcode provided by telco. U will then receive a reply msg from
telco
For example:
Friend Finder: 012xxxxxxx is near Kg. Baru, KL, NATIONAL CANCER SOCIETY
JLN RAJA ABDUL MUDA AZIZ (11.25)
2) Since Friend Finder service is based on the celco BTS location,
it will only give u the location of the BTS tower that communicating with
your mobile phone hidden in your car. So, again do not compare this idea
to that of real GPS stuff. Real GPS need $$$$...every month, whereas this
one only need RM0.15 + RM0.30 = RM0.45 per tracking.
3) Not only we can track our car when it is lost, we can also track
our car at any time when we park our car at a secluded area for a long
time to make sure that our car is still there.
4) I have hide a phone in my car and it works beautifully. I get
peace of mind whenever I leave my car at a car park for a long time cos I
can check my car whenever I feel like it. For example, if u park your car
at midvalley, then u will get a msg that your car is at
midvalley.
5) Now hotlink prepaid starter has reduced to RM10 per starter.

now we can have a RM20 vs RM2K-3K tracking system
+
oliginal immo
+
steering lock
+
break lock

now our RM70,000 car should be fitted with extra security now!!

it working with GSM and GPRS, which more to IBTS station
locations.. It can pinpoint to the vehicle to the nearest IBTS station as ..far as 100m

p/s: now everyone can fly... eh.... now everyone can have this type of security...

Khamis, 11 September 2008

Kaedah berguna buat semua pengguna telefon bimbit

Handphone ataupun telefon bimbit secanggih mana pun tidak berguna sekiranya coverage tak ada kan. Di dalam lif dan basement tempat parking kereta merupakan antara kawasan 'pantang' bagi handphone (hp). Ini kerana di tempat-tempat tersebut coverage hp amat rendah sehingga 1 bar dan kadang-kadang tiada langsung!


Bayangkan sekiranya anda berada dalam situasi yang yang cemas dan amat memerlukan pertolongan. Tetapi hp mahal anda itu tidak dapat melaksanakan tugasnya dengan cemerlang. Tentu anda mempunyai sebab munasabah untuk berasa kecewa dan menyesal bukan???
Ini satu informasi untuk anda dan sesiapa sahaja yang menggunakan hp 1G, 2G ataupun 3G. Dengan menggunakan wang kertas RM2 sahaja anda boleh mendapatkan full bar untuk hp walaupun di mana sahaja anda berada.

Ini kerana wang kertas RM2 mempunyai satu elemen untuk 'boost up' coverage hp anda. Mungkin anda berasa sedikit hairan. Tetapi percayalah ini merupakan satu kenyataan yang tidak boleh dinafikan!!!

Kaedah ini sesuai untuk semua pengguna 013, 016, 019, 012, 017 dan sebagainya.
Caranya ( Perhatian sila baca dan ikuti langkah-langkah ini dengan teliti) :


Langkah 1 : Off atau matikan hp anda.


Langkah 2 : Lipatkan wang kertas RM2 menjadi sama saiz dengan bateri hp anda.Kemudian selitkan duit yang telah dilipat tadi bersama bateri hp anda.


Langkah 3 : On atau hidupkankan semula hp. Periksa bar pada hp anda. Semasa hp anda on, pastikan kod 'ID. 10T' tertera pada skrin hp anda.
Sekiranya kod 'ID. 10T' tertera di skrin, hp anda tidak akan mengalami masalah coverage lagi!


*Sila ambil perhatian;


Sekiranya kod 'ID.10T' tidak tertera pada skrin, sila periksa sebuah satelit yang besar di belakang wang kertas RM2 tersebut.
Pastikan sama ada satelit tersebut berfungsi dengan baik atau tidak.




Sekiranya masih tidak berjaya, sila ketuk-ketuk sikit hp anda dengan duit RM2 tu sekali. Sila periksa samada tengkolok Agong jatuh ataupun tidak. Kedudukan tengkolok yang tidak stabil mungkin penyebab mengapa kod 'ID.10T' tidak muncul di skrin hp anda.
Kalau masih tidak berjaya hentakkan hp di dahi anda 10 kali.
Mungkin kod 'ID.10T' dah bertukar menjadi 'IDIOT' ! Sape tahu yer tak??
Jgn marah kalau dah terkena......Nasib baik duit RM2 tak dicetak lagi. Kalau tidak, lagi ramai yg fikir benda ni betul-betul...tapi cobaan.....selamat berbuka puasa...
p/s: renung-renungkan dan selamat beramal!!!

Rabu, 27 Ogos 2008

Politik Malaysia... Kesimpulan dari Pemerhatian


Selamat malam... pergh... KL Jammmmm gile petang ni... banjir kilat menyebabkan jalan begitu sesak... gua sampai ke rumah dalam kul 9 dari jalan duta lebih kurang pukul 6.00 petang tadi... Sebenarnya jamm dan politik secara langsung gua rasa tidak ada kaitan... itu hanya mukadimah yang gua karang untuk memulakan kesimpulan yang nak buat... Petang tadi gua ke konti IKIM.FM untuk program company gua dalam radio tu. walaupun gua x layan radio tu tapi gua antara orang yang bertanggungjawab memastikan "talkshow" company yang gua kerja berjalan dengan lancar. Ini pun tiada kaitan dengan apa yang gua nak simpulkan sebentar lagi.. sambil bermukadimah gua memikirkan apa yang gua nak repekkan kejap lagi. Gua bukan nak sangat berpolitik tapi gua terpaksa mempolitikkan diri yang x berapa politik sebagai satu perkongsian bersama dengan rakan2 dan juga umumnya kepada seluruh rakyat Malaysia. Pilihanraya umum lepas pun gua tak mengundi walau layak mengundi. Bukan gua xnak undi. Gua malas nak balik kampung... Gua kan malim kundang. Mungkin gua juga terpengaruh dengan sinetron malin kundang. Biasalah sudah duduk di ibu kota... Sikap macam tu kene lah ada. Layan lah dan komen lah pendapat gua tentang politik di Malaysia yang kadang2 buat gua benci plak dengan media elektronik dan juga media cetak.

1. Gua pun sokong apa yang kerajaan buat tapi gua tak suka tengok kerajaan guna media sebagai medium menyebarkan benda2 yang hendak memenangi hati rakyat dan menyalahkan pembangkang. Bagi gua tak adil.

2. Gua nak bagitau bahawa rakyat sekarang dah bijak. Bukan macam dulu2 hanya apa yang disampaikan di TV dan Suratkhabar menjadi panduan. Dekat kampung gua pun orang dah mula mengenal internet, blog, streamyx dan juga friendster.

3. Gua nampak ramai pemimpin negara yang tak berfikir apabila mengeluarkan statement. Nampak sangat kebodohan. Paling gua nampak kebangangan dan kebodohan yang terserlah bila isu DNA di pertengahkan dengan ilmu yang tidak mendalam. Malu gua bila gua tahu fakta tu.

4. Gua menyampah pulak dengan isu sumpah. Macam budak kecik je plak gua tengok. Kalau orang politik ni dah macam budak kecik, baik lu orang conteng "alif lam lam ha" kat dada memasing bila tak percayakan seseorang.

5. Gua nak nasihat supaya sekiranya ingin mengatur satu rancangan mistilah rancang dengan teliti supaya tak kantoi bodo2. Orang zaman skarang sangat cerdik dan pintar untuk menilai.

6. Gua tak sebelah mana2 pihak. Mungkin ada betulnya perangai "lam ya wau alif ta" itu dilakukan oleh seseorang itu. Tapi tolong jangan paksa orang percaya tanpa bukti kukuh. Bagi gua, gua pun x sanggup terima pemimpin yang berkelakuan begitu. Rakyat amerika pun tidak dapat menerima bill clinton. Tapi betulkanlah cara dan cara tuduhan dibuat. Jangan jadikan rakyat sebagai mangsa.

7. Gua lihat goncangnya satu pemimpin adalah keluarga. Jadi para pemimpin jaga lah keluarga anda. Jangan kerana nak jaga nama keluarga sampai melibatkan keluarga gua dan keluarga rakyat malaysia. Setiap konflik yang berlaku semua atas masalah keluarga. Kalau x caya cuba semua kaji macam mana setiap konspirasi dan juga kes2 yang melibatkan mereka.

8. Gua harap jangan lah pikir pasal diri sendiri sahaja sebab rakyat melantik seorang pemimpin bukan untuk keuntungan sendiri tetapi untuk keuntungan bersama.

9. Gua hairan kenapa negara Malaysia tidak sama dengan negara demokrasi yang lain yang mana negara lain rakyat berkuasa hendak menaikkan pemimpin dan menjatuhkan pemimpin. Apa telah jadi kepada thaksin. kepada pemimpin yang lain yang telah diguling. tetapi kenapa di Malaysia lain? adakah kita terlaku makmur.

10. Gua nampak tahun ni kurang Jalur Gemilang dikibarkan bahkan gua tak nampak langsung sebenarnya di kereta2 di lebuhraya mahupun di jalan-jalan dimana lebuhraya tamat. adakah kurang kesedaran rakyat Malaysia. Adakah harga minyak yang naik menjadikan rakyat tidak mampu mengibarkan bendera. Apa yang gua simpulkan bahawa ini satu petanda bahawa perpaduan kita semakin rapuh. Ini harusnya dijadikan satu perkara yang perlu dikaji sebabnya. Hidup kerajaan! sedarlah dan bangun!

11. Gua ikhlas kata gua sokong kerajaan tapi gua tak sokong individu yang memimpin yang mana suka mengenepikan kepentingan atau hati rakyat. Gua tak suka pemimpin yang hanya nak tunjuk dia baik. Gua pun tak paham. adakah pemimpin boleh disamakan dengan lelaki gila kuasa?

12. Komen gua tentang pr di permatang pauh sama macam chedet cakaplah.. gua tak fikir anwar menang, gua tak cakap PKR menang kat sana tapi apa yang penting, BN KALAH. So berubahlah!

13. Gua nampak politik sekarang sangat kotor. Pembangkang dan kerajaan sangat kotor dan hanya boleh membuktikan kebersihan mereka sekiranya apa2 yang sebaliknya berlaku. Apa yang sudah dijangka akan diubah kepada sebaliknya kerana takut sangkaan itu benar. Kira macam semua taktik sudah diketahui. Jadi kaburi mata orang ramai dengan sikap dan keputusan yang baik. Gua pun dah tak paham. Apa yang gua harap adalah harga minyak akan turun dan gua rasa itu lah harapan yang lain yang tidak mahu Malaysia sama seperti negara yang mana orang kaya akan terus kaya... orang miskin akan terus miskin.... Ini adalah permulaanya sekiranya tiada perubahan akan dilakukan. Bagi aku, aku sokong kerajaan kerana bukan senang nak bangunkan negara dan menangkan semua pihak. Dan aku juga sokong pembangkang kerana dapat memperbetulkan apa yang tidak betul dibuat oleh kerajaan. I LOVE MALAYSIA

-Harapan dari seorang Anak Melayu Malaysia.

Ahad, 10 Ogos 2008

Kedai Radioku

Ini hanya iklan semata2...

Sesiapa yang ingin menyewa atau membeli peralatan radio amatur atau komersil dan aksesori, bolehlah hubungi kami. Pelbagai produk yang boleh didapati dari pelbagai jenama radio yang terkenal seperti Motorola, Kenwood, Yaesu, Icom, MFJ, OPEK, Hustler, Cushcraft, Skyprobe, Kirisun, dan banyak lagi. Kami juga adalah pemegang lesen radio amatur yang diiktiraf di Malaysia. Sekiranya berminat untuk mendalami dunia radio amatur atau ingin menggunakan alat komunikasi walkie-talkie, boleh hubungi kami. Kami telah menjalankan bisnes dalam bidang ini lebih dari 5 tahun. Berpengalaman dan sedia untuk memberi khidmat nasihat kepada rakan2 yang masih baru atau ingin mengenali dan mendalami hobi ini. Kami juga menjual dan menyediakan:

  • Perkhidmatan penyewaan walkie-talkie
  • Semua aksesori yang berkaitan dengan radio/walkie-talkie
  • Khidmat nasihat yang terbaik
  • Harga yang berpatutan
  • Layanan yang mesra

Sekiranya anda perlukan khidmat dan peralatan komunikasi radio ini. Sila hubungi roslan/kudu ditalian 016-6026036 . Semua sms dan call dijamin akan dilayan. Pembelian adalah secara online atau C.O.D. Untuk maklumat lanjut mengenai produk serta promosi terkini, sila ke laman web rasmi kami http://www.onecommunications.com.my . Terima kasih.

Related Posts with Thumbnails