Selamat malam... pergh... KL Jammmmm gile petang ni... banjir kilat menyebabkan jalan begitu sesak... gua sampai ke rumah dalam kul 9 dari jalan duta lebih kurang pukul 6.00 petang tadi... Sebenarnya jamm dan politik secara langsung gua rasa tidak ada kaitan... itu hanya mukadimah yang gua karang untuk memulakan kesimpulan yang nak buat... Petang tadi gua ke konti IKIM.FM untuk program company gua dalam radio tu. walaupun gua x layan radio tu tapi gua antara orang yang bertanggungjawab memastikan "talkshow" company yang gua kerja berjalan dengan lancar. Ini pun tiada kaitan dengan apa yang gua nak simpulkan sebentar lagi.. sambil bermukadimah gua memikirkan apa yang gua nak repekkan kejap lagi. Gua bukan nak sangat berpolitik tapi gua terpaksa mempolitikkan diri yang x berapa politik sebagai satu perkongsian bersama dengan rakan2 dan juga umumnya kepada seluruh rakyat Malaysia. Pilihanraya umum lepas pun gua tak mengundi walau layak mengundi. Bukan gua xnak undi. Gua malas nak balik kampung... Gua kan malim kundang. Mungkin gua juga terpengaruh dengan sinetron malin kundang. Biasalah sudah duduk di ibu kota... Sikap macam tu kene lah ada. Layan lah dan komen lah pendapat gua tentang politik di Malaysia yang kadang2 buat gua benci plak dengan media elektronik dan juga media cetak.
1. Gua pun sokong apa yang kerajaan buat tapi gua tak suka tengok kerajaan guna media sebagai medium menyebarkan benda2 yang hendak memenangi hati rakyat dan menyalahkan pembangkang. Bagi gua tak adil.
2. Gua nak bagitau bahawa rakyat sekarang dah bijak. Bukan macam dulu2 hanya apa yang disampaikan di TV dan Suratkhabar menjadi panduan. Dekat kampung gua pun orang dah mula mengenal internet, blog, streamyx dan juga friendster.
3. Gua nampak ramai pemimpin negara yang tak berfikir apabila mengeluarkan statement. Nampak sangat kebodohan. Paling gua nampak kebangangan dan kebodohan yang terserlah bila isu DNA di pertengahkan dengan ilmu yang tidak mendalam. Malu gua bila gua tahu fakta tu.
4. Gua menyampah pulak dengan isu sumpah. Macam budak kecik je plak gua tengok. Kalau orang politik ni dah macam budak kecik, baik lu orang conteng "alif lam lam ha" kat dada memasing bila tak percayakan seseorang.
5. Gua nak nasihat supaya sekiranya ingin mengatur satu rancangan mistilah rancang dengan teliti supaya tak kantoi bodo2. Orang zaman skarang sangat cerdik dan pintar untuk menilai.
6. Gua tak sebelah mana2 pihak. Mungkin ada betulnya perangai "lam ya wau alif ta" itu dilakukan oleh seseorang itu. Tapi tolong jangan paksa orang percaya tanpa bukti kukuh. Bagi gua, gua pun x sanggup terima pemimpin yang berkelakuan begitu. Rakyat amerika pun tidak dapat menerima bill clinton. Tapi betulkanlah cara dan cara tuduhan dibuat. Jangan jadikan rakyat sebagai mangsa.
7. Gua lihat goncangnya satu pemimpin adalah keluarga. Jadi para pemimpin jaga lah keluarga anda. Jangan kerana nak jaga nama keluarga sampai melibatkan keluarga gua dan keluarga rakyat malaysia. Setiap konflik yang berlaku semua atas masalah keluarga. Kalau x caya cuba semua kaji macam mana setiap konspirasi dan juga kes2 yang melibatkan mereka.
8. Gua harap jangan lah pikir pasal diri sendiri sahaja sebab rakyat melantik seorang pemimpin bukan untuk keuntungan sendiri tetapi untuk keuntungan bersama.
9. Gua hairan kenapa negara Malaysia tidak sama dengan negara demokrasi yang lain yang mana negara lain rakyat berkuasa hendak menaikkan pemimpin dan menjatuhkan pemimpin. Apa telah jadi kepada thaksin. kepada pemimpin yang lain yang telah diguling. tetapi kenapa di Malaysia lain? adakah kita terlaku makmur.
10. Gua nampak tahun ni kurang Jalur Gemilang dikibarkan bahkan gua tak nampak langsung sebenarnya di kereta2 di lebuhraya mahupun di jalan-jalan dimana lebuhraya tamat. adakah kurang kesedaran rakyat Malaysia. Adakah harga minyak yang naik menjadikan rakyat tidak mampu mengibarkan bendera. Apa yang gua simpulkan bahawa ini satu petanda bahawa perpaduan kita semakin rapuh. Ini harusnya dijadikan satu perkara yang perlu dikaji sebabnya. Hidup kerajaan! sedarlah dan bangun!
11. Gua ikhlas kata gua sokong kerajaan tapi gua tak sokong individu yang memimpin yang mana suka mengenepikan kepentingan atau hati rakyat. Gua tak suka pemimpin yang hanya nak tunjuk dia baik. Gua pun tak paham. adakah pemimpin boleh disamakan dengan lelaki gila kuasa?
12. Komen gua tentang pr di permatang pauh sama macam chedet cakaplah.. gua tak fikir anwar menang, gua tak cakap PKR menang kat sana tapi apa yang penting, BN KALAH. So berubahlah!
13. Gua nampak politik sekarang sangat kotor. Pembangkang dan kerajaan sangat kotor dan hanya boleh membuktikan kebersihan mereka sekiranya apa2 yang sebaliknya berlaku. Apa yang sudah dijangka akan diubah kepada sebaliknya kerana takut sangkaan itu benar. Kira macam semua taktik sudah diketahui. Jadi kaburi mata orang ramai dengan sikap dan keputusan yang baik. Gua pun dah tak paham. Apa yang gua harap adalah harga minyak akan turun dan gua rasa itu lah harapan yang lain yang tidak mahu Malaysia sama seperti negara yang mana orang kaya akan terus kaya... orang miskin akan terus miskin.... Ini adalah permulaanya sekiranya tiada perubahan akan dilakukan. Bagi aku, aku sokong kerajaan kerana bukan senang nak bangunkan negara dan menangkan semua pihak. Dan aku juga sokong pembangkang kerana dapat memperbetulkan apa yang tidak betul dibuat oleh kerajaan. I LOVE MALAYSIA
-Harapan dari seorang Anak Melayu Malaysia.
Rabu, 27 Ogos 2008
Politik Malaysia... Kesimpulan dari Pemerhatian
Labels:
malaysia,
others,
pemerhatian
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan