Memaparkan catatan dengan label buddhi hekayat. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label buddhi hekayat. Papar semua catatan

Isnin, 30 Januari 2012

Tahniah Buddhi Hekayat : Awan Nano lu menang AJL26

gambar di atas - yang lu kurang kenal itulah Buddhi Hekayat


3 tahun lepas, gua ajak kawan-kawan dengar lagu awan nano... gua preview kat kawan-kawan lagunya... ada yang percaya lagu ni akan top. Ada yang tidak, tapi sekarang diorang kena akui firasat gua hebat salepas buddhi, m.nasir dan hafiz berjaya menjulang trofi juara lagu AJL26 malem tadi.

Lepas bertahun lagu ini keluar, barulah dipasang dicorong2 radio. Gua tahu, lagu ini akan famous...tapi sepatah haram manusia pun tak tahu apa maksud awan nano tu walau dorang minat gile~~ gua ada tulis dalam catitan-catitan gua 3 tahun lepas.

Buddhi pernah cakap kat gua, "lu percaya la lan, lagu ni meletup satu hari nanti". Gua percaya buddhi, tapi dalam hati gua tak harap sangat pun. Tapi gua pernah terfikir yang lagu ni pasti akan menang AJL tapi tatau tahun bila. Gua pernah cakap kat Buddhi yang awan nano akan menang AJL di Chawan, Bangsar. Hari ini, semua orang sudah tahu... awan nano juara lagu... yes! Tak sia-sia gua sokong lu bro! Malam tadi kat twitter udah macam pompom tweet dah gua dalam twitter... 1st time twitter gua kena ban sebab exceed limit malam tadi...

Gua ikuti perkembangan lagu ni... ada yang menulis, mencedok apa yang gua tulis walau kesahihan gua pun dorang x pasti. Dari lagu, video klip, award dan semalam AJL26. Maksud sebenar awan nano masih menjadi misteri. Ada yang boleh buat lawak lagi dengan maksud awan nano.. gua rasa buddhi tak kesah pun. Mengada lah lu nak kisah... Dalam temuramah di HotFM, Buddhi ada menjawab persoalan lagu awan nano ni ditujukan dekat siapa... Jawapan Buddhi amat cover line;

"Tipula kalau saya cakap lagu ni takde kene mengena dengan saya, dulu saya buat lagu ni untuk seseorang, tapi sekarang bila ramai yang suka saya buat untuk ramai orang".

Jadi dari ayat itu sebenarnya ada jawapannya.. Dari video klip gua rasa maksudnya dipesongkan sedikit supaya ianya menjadi lagu yang universal. Mungkin buddhi ada terfikir maksud lain. atau orang lain yang akan fikir dan menjadikan maksud awan nano ini berbagai2. Gua tatahu lebih2... tapi gua tahu lah apa awan nano bagi buddhi tu lebih sikit pada lu orang... akhir kata, NANO adalah NANO (huruf besar okay!) ... Tahniah Buddhi! Lu memang best!

p/s:Fuhh... blog ni sunyi tanpa catitan apa2 dari gua. Gua sibuk, gua malas... bukan dapat duit pun gua tulis blog... kalau pun dapat x cukup nak gi redeem. Buddhi, gua masih simpan dan jaga itu rahsia elok2... he he he ngeee :)

Selasa, 9 Februari 2010

Spider - Ajaib


Hei jauh sangatkah engkau hendak pergi, dan sembunyi tak mahu jumpa-jumpa aku
Laju sangatkah engkau hendak cabut lari, hendak cabut dari kata-kata yang dulu
Lututmu itu betulkan dulu
Kencangmu itu pastikan dulu

Ke mana
Nak kau pergi
Ke mana
Nak kau lari
Sedang kau tak mampu lari dari ajaibnya cintaku

Ajaibnya
Tak kau tahu
Engkau sangka bulan-bintang tempat yang sudah habis tinggi

Ajaibnya
Tak kau tahu
Engkau sangka sepinya mimpi aku tak akan dapat tembusi

***

Bulan yang satu
Bintang seribu
Di manapun ada kekanda

Mahu ke mana
Pergilah dinda
Pasti kanda akan siap menunggu… mu… ooo-ooo emmm-emmm

***

Bila malam
Rebah tidurlah adindaku
Di ranjangmu
Pasti kekanda muncul di dalam mimpi… aaa-aaa-aaa oh-aaaaa

***

Hei jauh sangatkah engkau hendak pergi, dan sembunyi tak mahu jumpa-jumpa aku
Laju sangatkah engkau hendak cabut lari, hendak cabut dari janji-janjimu dulu
Cintamu itu betulkan dulu
Rindumu itu pastikan dulu

Ke mana
Nak kau pergi
Ke mana
Nak kau lari
Sedang kau tak mampu lari dari ajaibnya cintaku

Ajaibnya
Tak kau tahu
Di manapun aku pasti akan tiba dahulu

Ajaibnya
Tak kau tahu
Cinta aku yang pasti akan sampai dahulu… ooooo


Lagu | Tam
Lirik | Buddhi Hékayat

p/s: satu lagi lirik yang boleh jadi lirik yang berharga mahal sebab konpius dan dipertandingkan dalam rancangan Jangan Lupa Lirik! Lirik harga 1 juta kot

Rabu, 29 Julai 2009

Awan Nano

Lihat ke arah sana
Serakan warna dan berarakan...awan

Pabila terik-panas
Segera hadirnya memayungi.. diri

Pabila kau dahaga
Sesegera turun hujan melimpahkan... kasehnya
Pabila kau katakan
Akulah awan itu yang kau mahu

Begitulah awan nano
Setia melindungi diri
Tika panas mencuba menggores pipi ...
dan bibirmu

Begitulah awan nano
Sering saja tak terduga hadir
Dan tak akan tercapai... jejarimu

Kasehnya
Kaseh tiada banding setia tiada tara
Bagaimanapun jua

Awan kekaseh sebenarmu sayang
Walaupun tak akan tercapai jejarimu... ooooo-ooo

Lihat diriku ini
Yang sesekali pernah kau bagaikan... awan
Sehingga tak mungkin terlupa
berikan belas sedari... dulu

Sehingga tak mungkin termampu saksi
Setitispun air matamu...kasehku
Sehingga kau katakan
Akulah awan itu yang kau rindu

Akulah awanmu yang sedia
Melindungi dirimu tika panas mencuba menggores pipi..
Dan bibirmu

Akulah awanmu yang sering kau rindu
dan tak terduga hadirmu walau tak tercapai... jejarimu

Kasehku
Kaseh tiada banding setia tiada tara
Bagaimanapun jua

Aku pelindung dirimu sayang
walaupun tak akan tercapai jejarimu... oooo-oooo

Begitulah awan nano
Setia melindungi diri tika panas mencuba menggores pipi ...
Dan bibirmu

Begitulah awan nano
Sering saja tak terduga hadir
Dan tak akan tercapai.. jejarimu

Kasehku
Kasih tiada banding setia tiada tara
Bagaimanapun jua

Aku pelindung dirimu sayang
Walaupun tak akan tercapai jejarimu...woooo-woo..


Lirik : Buddhi Hekayat

Lagu : M.Nasir

Penyanyi : Hafiz AF7



p/s: penat menyalin balik lirik nie... dah macam hotel california nye lirik... panjang kedaong! kudos to buddhi and M.Nasir... Hafiz pun bagus!


Selasa, 21 Julai 2009

Disebalik awan nano

Dulu, bulan 2... gua pernah tulis pasal awan nano... hari ini... awan nano dah jadi famous...

Orang kata awan nano, akan jadi femes... sebab dia lagu M. Nasir ke? atau lirik sulong keluaran BUDDHI HEKAYAT? awan nano juga adalah sebuah cerita. Pernah dicerita oleh Buddhi... masa kami baru kenal... cerita yang macam kelakar, tetapi sebenarnya cukup menyentuh perasaan.


Semalam... gua sms Buddhi bila gua tengah dengar lagu Awan Nano...

"Begitulah awan nano sedia melindungi diri...." , gua hantar sms...

Buddhi pun membalas...

"Tika panas mencoba menggores pipi..... pertandingan gores dan menang! Hahaha", seloroh dia.

Gua tahu... apa cerita disebalik awan nano... awan nano... bukan sekadar lagu... ia adalah sejarah...




p/s: Buddhi hekayat masih single... good luck bro! ini gambar buddhi... waktu dolu2... kah-kah!

Jumaat, 6 Februari 2009

Wu-Lan Jawab Email Tentang Nyamuk

BINGGO! Akhirnya Wu-Lan jawab email gua, tentang nyamuk. Siapa yang belum baca note pasal email tu, kena baca dulu dalam postting lepas. Pandai-pandai cari... malas gua nak tunjuk.

Email Wu-LaN ~

B, you dah makan malam? Makan apa tadi?

B, sorry... patutnya dah lama I email kat you sebab tak datang. You tunggu... tahu, you tunggu.

Selalunya, kalau time-time macam ni, you yang sibuk. Tak ke Perak? Harap you sabar, macam kerajaan-kerajaan di zaman lama-lama. Kita tengok jatuh-bangun. Kebenaran selalunya datang lambat, sebab Tuhan bergerak dalam rahasia.

B, you lebih tahu...

Semalam I mimpi. Takut dan terjaga tidur. Seekor naga muncul dari laut. Suasana gelap.

Matahari pecah. I berlari ke tepi pantai. Ombak tinggi. Macam gunung. Laut bergelora, macam terlalu marah. Tak ada siapa di sana, seperti di sebuah pulau. Cuma I seorang.

Tolong naga tolong, jangan telan aku... tolonglah!

B, I menjerit kuat. Dan terjaga. B, kalaulah you ada di sana...

Terima kaseh sebab jaga I dari digigit nyamuk. I juga tahu, yang you tak di meja komputer. You tertinggal kotak dan bekas abu rokok, di sebelah kanan I. Sebatang dari puntungnya masih berbara. Api belum mati habis. I terbau you di situ.

Kirim salam semua. Lain-lainnya, kita sembang bila jumpa.

B, pelok-cium... you.

Wu-Lan,
Jauh balek bukit.

p/s: nak muntah aku baca email ni! yang penting hari nie gua hampir menemui awek yang lahir pada bulan Jun!!! di Jusco

Khamis, 5 Februari 2009

Catatan Duka BH : Ada Malaikat Dalam Taksi

Semalam aku naik lagi taksi dia.

Budak bawa teksi itu macam juru selamat.

Bulan Ramadhan lepas... bulan puasa adalah antara bulan-bulan yang cilaka kepada penumpang teksi — terutama pada waktu petang, lepas office hour.

Haus. Dahaga. Puasa atau tak, itu cerita lain. Tapi, aku Melayu, dan orang Islam di Malaysia tak boleh makan-minum depan orang ramai pada bulan Ramadhan. Lainlah di Jerman atau, Britain, China, Indonesia atau Amerika. Boleh 'menketedarah' depan Barrack Obama pun tak apa.

Aku tunggu taksi, dah sejam lebih. Bila ada yang berhenti, dia tanya... "nak ke mana?"

Aku jawab, "Telawi... Bangsar."

Dia 'terkezut' (terkejut), "hahhh... tak pergi-tak pergi, nak ambik anak sekolah."

Nak ambik anak sekolah? Kalau macam tu, jangan berhenti tadi.

Tapi, Tuhan turunkan bagai malaikat.

Tiba-tiba ada sebuah teksi membelok dengan ghairah. Mem-break betul-betul depan batang hidung aku.

"Mana bang?" kata driver-nya yang agak gelap. Mungkin dia bukan Melayu. Maka dia bukan Islam. Mungkin dia tak puasa.

"Telawi... Bangsar!" kata aku.

"OK! naik," katanya.

Siapa dia ini? Pelik. Sanggup angkat aku di saat semua driver taksi lain berpuasa daripada angkat aku... jangan-jangan dia ni malaikat yang berupa manusia. Tapi, ahhh... di mana pula malaikat ni beli kereta tuk buat taksi?

Dalam taksi, begini kami bualkan:

~ Dah lama bawa taksi?~ Baru tiga hari...

Hahaha... hahaha. "Malaikat ni lauk!" dalam hati aku berkata.

Dia kemudiannya jadi kawan. Tiap petang, 30 minit sebelum keluar office, aku telefon dia.

Tepat, dia datang. Tunggu bawah pejabat.

"Tin-tin..." dia bunyikan hon bila sampai.

Semalam aku naik taksi dia lagi, selepas berbulan aku hilang tak datang office.

"Mana lama tak telefon, saya ingat abang dah berhenti kerja ke?" kata malaikat itu, "atau dah beli kereta ker?"

"Tak! Ada hal sikit... aku nak beli kuda!" jawab aku.

"Hahaha, " dia ketawa, "hal apa? Gaduh dengan kanchah?" kata dia.

Aku tak cakap apa-apa. Cuma angguk.

"Kau pulak, dah ramai kenal kanchah sejak bawa taksi?" aku tanya.

"Ada lah sesikit," jawab dia.

"Ada yang cun?" kata aku.

"Ada bang, seorang... tiap hari saya ambik dan hantar dia balek," kata dia.

"Cun sangat ker?"

"Puteh bang... pehhh bibir dia, muka dia... semua orang tengok, cair," kata dia lagi.

"Ye ke? Bolehlah kenalkan dengan aku..." aku kecek, "siapa nama dia?"

"Nama? Emmm... kalau tak silap... Wu-Lan!"

"Wu-Lan?" bisik aku, dalam hati.

"Sebelum ambik abang ni, saya baru jer hantar dia," katanya tanpa aku tanya.

"Dia seorang?"

"Tak, dia dengan seorang lelaki... selalunya dia seorang!"

Aku terdiam. Mengenggam telefon. Perlukah aku sms dia? Patutkah?



Buddhi Hekayat harapkan taksi itu ada tangkal untuk menghalau setan

Email Tentang Wu-Lan Tidur

Inilah email yang aku tuliskan untuk Wu-Lan, tadi, sebelum beradu. Bunyinya:

Salam, W-L.

Tiga malam aku payah tidur. Tiga malam kau tak datang, mengetuk pintu. Tidak menegur. Aku melutut, Wu-Lan, kalau kau marah karena aku tulis dan beritahu mereka tentang hubungan yang rahasia. Aku melutut Wu-Lan. Dan, tak memadaikah itu?
Moga kau tetap sehat.

Kekaseh,

Ini satu cerita, satu rahsia, yang tak pernah aku cakapkan sebelum ini.

Setiap malam, sebelum tidur, aku pasti menggenggam tangan dengan jari yang berselang-seli, mengadap tingkap, mengadap langit, seperti mengadap Tuhan. Dalam hati, berkata: Tuhan, masukkan kekasehku ke dalam mimpiku, malam ini… amien.

Sepanjang lima tahun, kata hati sebegitu. Tuhan tak pernah sekalipun menunaikannya. Tak sekali aku jemu, Wu-Lan… tak sekalipun!

Yang Cantek,

Selalu aku ingat, tentang di satu malam kau datang dengan letih. Tertidur di kapet depan TV dari jam 10 malam sampai 2 pagi. Apabila kau terjaga, kau lihat aku di meja, di depan komputer. Kau lihat aku membaca dan seperti menulis.

Tidak!

Aku tidak di meja. Tidak membaca atau menulis apa-apa.

Sepanjang empat jam, aku di sisimu. Melihat kamu tidur dan tidak ada yang lebih cantek, daripada melihat kamu sejahtera.

Matamu yang terpejam adalah mata yang seolah-olah telah mematahkan segala curiga. Bibirmu, aku renung, seperti mengalirkan darah ke seluruh anggota, dan pipi itu telah melebarkan redup, dan alis yang bagaikan mahu aku baca sesuatu di sana. Juga rambut, dan leher dan bahu, mahupun seluruh susukmu adalah seluruh dunia.

Wu-Lan,

Aku di sisi kananmu. Waktu itu. Menjaga kamu, seperti pengawal sorga yang setia. Tidurmu, adalah sorgamu. Tak seekor pun nyamuk aku benarkan hinggap. Aku tiup, atau yang sempat hinggap pada lenganmu, aku menekannya... dengan perlahan. Supaya kamu tak terganggu atau terjaga. Aku tak mahu merampas sebuah sejahtera.

Sedang kamu mengalih badan, seketika sebelum terjaga, aku lekas-lekas bangun. Lekas-lekas ke meja dan duduk di kerusi. Mengadap komputer. Seperti menuliskan sesuatu. Aku tidak mahu kau tahu, aku di sisi sehinggalah aku kira wajar aku ceritakan, dalam email kali ini.

Yang aku buat itu, terlalu kecil berbanding kehadiran kamu. Aduhai, janganlah tak datang, esok malam. Kalaupun tidak muncul di muka pintu, tolonglah hadir dalam mimpi. Agar aku tak terlampau kosong.


Telawi.

Rabu, 4 Februari 2009

Bro... Tumpang Tanya Sikit, Awek Lu Mana Pergi? (Siri II)

SELEPAS kanchah itu blah, dia boleh lu cari dan ekori dalam internet.Jumpa dan 'rabalah' dia di friendster, di photostrem, di blog, juga di sini... di facebook.


Dari jauh, tengok gambar-gambar dia. Bercuti ke Phuket, ke Bali, ke Singapura atau gambar-gambar dia clubbing, sambut hari jadi, pergi wedding member kamceng...

Lu orang jadi macam budak yang mengendap ruang tamu, dapur, bilik tidur dan barangkali jamban orang.
Kau adalah 'looser', seperti apa yang dia katakan, satu ketika, dalam telefon.

Dari sana, lihatlah akan warna dan fesyen baju dia selepas dia pergi, jam tangan Chenal, gelang tangan silver Tiffany & Co (lambang cinta yang tak berkarat), potongan rambutnya, cara dia possing (apakah macam dahulu?), memang ada wajah yang menua, dia kini menari, ketawa, adegan 'com-molot' dengan kekasehnya. Berparty dengan kawan-kawan balak (atau suami) dia... ada gelas wine merah yang separuh sudah ditogok.

Percintaan mereka adalah hubungan 'ala-kota', urbanis, moden, kool dan, seperti miliknya, segala-galanya.

Lu merunduk. Tunduk orang kalah.

Suatu hari, terpampang foto dia bersanding. Dibuat di hotel, di dewan orang ramai, di tokkong atau gareja... siapakah balak dia itu hari, yang akhirnya dia pilih, jadi adam dia? Mungkin mamat yang sama, mungkin orang lain... mana-manalah. Tetap bukan lu. Tetap bukan aku.

"I'm happy with him, now!" Dia tak lagi tulis dalam bahasa Melayu.

"Doa sejak mula... kau bahgia," sekali, begitulah yang mampu dijawab.

Dua-dua diam. Alam seperti sepi.

Setahun kemudian, dia dapat anak.

Bersyukur. Dia selamat.

Setahun kemudian, alih-alih semua laman di internet pasal dia, hilang. Lang-lang-lang... Puas digoogle. Haram tak jumpa. Lang-lang-lang. Hilang
"Hidup macam dalam sangkar emas..." smsnya sekali itu.Bergegar telefon. Berasap, macam lahar gunung berapi.

"Anak sehat?" begitu harus jawab balek. Angin masuk ke bilik melalui tingkap yang tak tertutup.

"Sehat. Kau?"
Dia bertanya. Emmm.

"Biasa," aku pernah jawab begitu.

Sudah tiga tahun, dia tak pernah peduli."Doa. Kau bahgia," hanya itu kata-kata yang ada.

Dia jawab dengan sms yang tak bertulis apa-apa. Kosong.
Sekali lagi diforwardkan sms yang sama: DOA AKU, KAU BAHGIA, AMIEN.

MUNGKIN kanchah yang tinggalkan lu dahulu memang benar-benar bahgia... kata Izzanee.

Susunkata oleh : ßùđđЊΪ ЧеЌДΨλЃ

Related Posts with Thumbnails