Inilah email yang aku tuliskan untuk Wu-Lan, tadi, sebelum beradu. Bunyinya:
Salam, W-L.
Tiga malam aku payah tidur. Tiga malam kau tak datang, mengetuk pintu. Tidak menegur. Aku melutut, Wu-Lan, kalau kau marah karena aku tulis dan beritahu mereka tentang hubungan yang rahasia. Aku melutut Wu-Lan. Dan, tak memadaikah itu?
Moga kau tetap sehat.
Kekaseh,
Ini satu cerita, satu rahsia, yang tak pernah aku cakapkan sebelum ini.
Setiap malam, sebelum tidur, aku pasti menggenggam tangan dengan jari yang berselang-seli, mengadap tingkap, mengadap langit, seperti mengadap Tuhan. Dalam hati, berkata: Tuhan, masukkan kekasehku ke dalam mimpiku, malam ini… amien.
Sepanjang lima tahun, kata hati sebegitu. Tuhan tak pernah sekalipun menunaikannya. Tak sekali aku jemu, Wu-Lan… tak sekalipun!
Yang Cantek,
Selalu aku ingat, tentang di satu malam kau datang dengan letih. Tertidur di kapet depan TV dari jam 10 malam sampai 2 pagi. Apabila kau terjaga, kau lihat aku di meja, di depan komputer. Kau lihat aku membaca dan seperti menulis.
Tidak!
Aku tidak di meja. Tidak membaca atau menulis apa-apa.
Sepanjang empat jam, aku di sisimu. Melihat kamu tidur dan tidak ada yang lebih cantek, daripada melihat kamu sejahtera.
Matamu yang terpejam adalah mata yang seolah-olah telah mematahkan segala curiga. Bibirmu, aku renung, seperti mengalirkan darah ke seluruh anggota, dan pipi itu telah melebarkan redup, dan alis yang bagaikan mahu aku baca sesuatu di sana. Juga rambut, dan leher dan bahu, mahupun seluruh susukmu adalah seluruh dunia.
Wu-Lan,
Aku di sisi kananmu. Waktu itu. Menjaga kamu, seperti pengawal sorga yang setia. Tidurmu, adalah sorgamu. Tak seekor pun nyamuk aku benarkan hinggap. Aku tiup, atau yang sempat hinggap pada lenganmu, aku menekannya... dengan perlahan. Supaya kamu tak terganggu atau terjaga. Aku tak mahu merampas sebuah sejahtera.
Sedang kamu mengalih badan, seketika sebelum terjaga, aku lekas-lekas bangun. Lekas-lekas ke meja dan duduk di kerusi. Mengadap komputer. Seperti menuliskan sesuatu. Aku tidak mahu kau tahu, aku di sisi sehinggalah aku kira wajar aku ceritakan, dalam email kali ini.
Yang aku buat itu, terlalu kecil berbanding kehadiran kamu. Aduhai, janganlah tak datang, esok malam. Kalaupun tidak muncul di muka pintu, tolonglah hadir dalam mimpi. Agar aku tak terlampau kosong.
BH,
Telawi.












1 komen:
cool!i love it!AV,無碼,a片免費看,自拍貼圖,伊莉,微風論壇,成人聊天室,成人電影,成人文學,成人貼圖區,成人網站,一葉情貼圖片區,色情漫畫,言情小說,情色論壇,臺灣情色網,色情影片,色情,成人影城,080視訊聊天室,a片,A漫,h漫,麗的色遊戲,同志色教館,AV女優,SEX,咆哮小老鼠,85cc免費影片,正妹牆,ut聊天室,豆豆聊天室,聊天室,情色小說,aio,成人,微風成人,做愛,成人貼圖,18成人,嘟嘟成人網,aio交友愛情館,情色文學,色情小說,色情網站,情色,A片下載,嘟嘟情人色網,成人影片,成人圖片,成人文章,成人小說,成人漫畫,視訊聊天室,性愛,情色,日本a片,美女,成人圖片區
Catat Ulasan