Memaparkan catatan dengan label awek bulan jun. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label awek bulan jun. Papar semua catatan

Isnin, 4 Januari 2010

2010 Apa lu dah buat?

2010 dah? alamak! Umur aku dah muda 1 tahun! Yahoo!!!! Bila nak ejas awek sekarang dah macam janggal, sebab awek2 sebaya aku dah ramai yang dah kawin.... Terpaksa la aku cari yang muda atau yang tua sikit, mungkin yang tua dia belum ada jodoh... Itu tidak bermaksud mereka tidak laku... Yang muda.... Hmmmmmmmm.... Masalah bila nak ngorat... dah la aku tak pandai... sebagai contoh bila aku nak ngorat awek muda2 nie....

"Awak nie umur brape?" aku tanya.

"Ermm... i 19 tahun...." dia jawab..

Aku rasa macam ok la kan 19tahun.... Pastu aku pun terpikir, nak tanye dia lahir bila.... dia jawab..

"1991!"

Alamak!!!! 1991 aku dah skolah rendah! tua nye aku!!!! ARghhhhhhh!!! damn damn damn!!!! Setelah dicongak jauhnye beza umur... aku rasa macam x jauh.... Bak kata orang tua-tua (org tua mana ntah), bila kau rasa macam tu, bermaksud kau dah semakin tua dan sepatutnya kau dah kawin!

Adeh.....

Tersentap beb! Skang lom ade awek nak kawin ngan sape? Awek kau ke?

Aku masih macam dulu, kawan baik aku? dia dah ade awek! :) aku happy untuk dia... lagipun dia dah tua... Tahniah bro! Takziah pasal arwah ibu kau.... at least kau dah ade awek... aku belum... lagipun kau dah makin tua... aku muda lagi! Argh!!! Budak 19 tahun kau diam!

Sekarang aku cuma ade satu awek baru yang aku heret ke sana kemari.. Miss Gal or nama penuhnya Mitsubishi Galant VRG..... :P Aku masih sama macam dulu... macam setelah 4 tahun lepas. masih single mingle... tengok wayang sorang2... jalan sorang2... tapi seronok babe... Awek baru aku... nama dia GAL.... Miss Gal....

Sebab bila aku jalan sorang2, aku tenang nak bershopping dan melakukan gaya bebas... Contohnya hari inie... hampir 1K aku abis... Semua benda aku sapu... puas ati!

Aku masih kat sini, sama macam 2009... harap2.... 2010 akan lebih baik! Lebih baik macam mana? Lebih baik contohnya umurku semakin muda dari tahun2 yang sudah... Boleh ke?

p/s: awek kedai CASIO tu dah ada balik...... dia cakap dia cuti... berbulan2 dia xde... hish! cuti bersalin ke?

Isnin, 8 Jun 2009

Nafisa

Dikeheningan malam ini
Aku dihimpit kenangan
Sejarah cinta mengajarku
Sepanjang hari sepanjang malam

Dibenak ku kau sentiasa
Lalu memukau jiwa
Jadi sentimental lelaki ini

Terkadang perjalanan jauh
Yang kan mampu aku menapak
Pendakian gunung yang tinggi
Lembah curam yang ngeri
Aku harungi

Sepuluh musim yang benderang
Bagai direndam perasaan
Mentari terik tak terasa
Awan mendung berlalu berganti masa

Itupun dia kehadiran
Yang tak mungkin aku lepaskan
Dakap erat sepenuh kasih
Genggam genggaman ini menambah seri

Biar dunia beredar
Rentak sama kita berlari
Menuju titik permulaan
Belum tahu dimana ia berakhir

Selasa, 12 Mei 2009

Dia Bukan Gadisku





Amaran! Sila baca post sebelum ini terlebih dahulu.... ini catatan 27 april 2009


Waktu itu kelam gelap aku terjaga semacam tidak dapat tidur lena. Aku jeling telefon bimbitku yang menunjukkan jam 5.00 pagi. Hari masih gelap sunyi diselangi bunyi dengkuran dari mana entahnya datang.


Aku menjeling ke arah TV, dia masih disana memakai baju tidur berwarna puteh. Pasti dia lena ~ aku tidak. Mungkin juga dia buat-buat lena dan juga fikir tentang aku disini.


Pagi itu dingin seperti di atas bukit yang tinggi. Hampir aku tidak percaya aku tidur dirumah orang yang aku baru kenal tadi. Kalaupun baru kenal, aku yakin tiada orang yang nak berbuat jahat disini. Semua baik-baik.


Aku cuba tidur... ya! kali ini aku berjaya....


Bunyi semacam riuh rendah! Tangisan dan jeritan anak kecil mengejutku dari lena. Ya! Jam 7.30 pagi. Sah aku tak solat subuh pagi itu ~ itu hanya perkara normal bagiku.


"Ada orang dalam bilik air?", tanya aku kepada wanita tua yang juga aku baru kenal.


"Takde!", jawapnya ringkas.


Aku terus mencapai tuala mandi terus menuju ke bilik mandi. Dia tidak lagi didepan TV. Aku curi-curi mencari gadis itu. Aku jumpa! Dia didapur.


Tidak sempat aku melihat apa yang dibuatnya disitu. Mungkin dia masak atau buat-buat masak.


Selepas mandi, aku terus mengenakan baju melayu JOHOR bersamping serta bersongkok. Siap sedia untuk pergi ke Masjid. Bukan ada urusan-urusan nikah kawin cuma dipaksa pakai bagi tugas tersebut. Aku duduk ~ Dia lalu depan aku.


Ditangannya ada Mee Hoon.. Dia datang lagi.... Ditangannya ada lempeng... Dia lalu depan aku lagi... Ditangannya ada Soto!


"Aih! Bukan main rajin kau arini!", sapa kak Y kepada gadis itu...


Dia berlalu saja... Aku terus tertanya-tanya. Adakah sebab aku dia jadi rajin? atau memang dia macam itu..


Hidangan pagi itu terlalu banyak untuk kudapan pagi. Agak keterlaluan banyaknya bagi aku. Aku hanya menjamah semua makanan itu. Memang sedap. Tapi... Aku tak makan banyak...


Sejak dari semalam, aku tidak pernah menegur dia. Dari depan TV, bilik mandi, dapur ke ruang tamu. Aku masih lagi diam memerhati... Aku cuma memerhati... Memerhati dia bukan gadisku...


bersambung...

Isnin, 11 Mei 2009

Dia yang berbaju tidur


Sewaktu itu, aku tidak tahu dimana aku berada. Selepas jalan itu cerah, ia gelap dan semakin gelap. Ini bukan tempat aku. Aku hanya pandu kereta merah bersama 2 penumpang yang aku baru kenal baru beberapa jam lalu dan tuan kereta merah.

"Jauh lagi?", tanya aku.

Hari makin kelam — esok aku ada tugas. Malam ini aku akan tidur dirumah si Y yang sudah berumahtangga yang aku kenal baru 2 jam lalu.

"Adik beradik akak berapa orang?", tanya aku lagi.

"ENAM BELAS! 8 laki 8 perempuan. 3 perempuan single. sorang muda pada kau 23 thn", panjang jawapnya.

"Terima kasih kak!", seloroh aku.

1 jam lebih perjalanan kami sampai. Wanita tua dipintu menjemput masuk. Sebelum aku masuk aku dengar wanita tua itu berkata aku ini seperti seseorang. Aku rak dengar dan memang tak mahu dengar.

Langkah pertama kaki kananku masuk ke dalam terus mata terpandang ke arah tv — gadis itu cantik sedang berbaring berpakaian tidur.

Aku buat-buat tak pandang. Aku letak beg dikerusi.

"Boleh tidur sini?", wanita tua itu tunjuk tempat tidur yg disediakan untuk aku diseberang gadis yang juga tidur dilantai dengan wanita tua itu.

"Saya tak kisah. luar tu pun boleh. Boleh saya pinjam seterika?", aku cuba mengubah topik.

Salah seorang wanita dalam rumah 2 tingkat itu menghulur aku seterika.

Aku mula menggosok baju melayu oren — hadiah bekas awek aku 5 tahun lepas. Wanita tua bertanya beberapa soalan kepadaku. Aku menjawab dengan yakin. Sehingga selesai seterika aku duduk mengadap si tua itu dan sambung berborak.

Ya! aku menjeling gadis didepan tv tadi dan dia seperti tidur. gebu. chinese look. Banyak kali aku curi-curi pandang. Ya! memang lengkap!

Tiba-tiba dia bangun tanpa aku sedar dia didepan aku dengan menghulur air kotak.

"Encik, air encik", lembut berbaju tidur. aku tergamam.

"Yang ni lah akak cakap tadi!", kata kak Y.

Sejak tadi aku terfikir bagaimana cara untuk mendekat dia yang berbaju tidur itu.

Lampu telah ditutup, kelibat gadis berbaju tidur itu aku nampak di seberang sana, depan tv. Aku ambil keputusan untuk cuba tidur. Dia akan hadir malam ini ditepi atau dalam mimpi, akan mengenali antara satu sama lain.

Dia masih disana, depan tv.


RR,Sebuah kampong di johor. (catatan 26 April 2009)

Jumaat, 20 Mac 2009

Kanchah Dewa Chenta


Dhul Fiqar yang cakap gua kena tunggu kanchah (awek) sebab dia pulak yang yakin bahawa awek gua akan datang hujung-hujung cerita.. Apa nenek lah kau ni dhul! Kalau hujung cerita... gua jumpa pastu abes cerita, gua dah malas menulis..


Mana boleh sabar sebab gua dah sabar lama beb. Tapi gua sabar je lah kan.. Apa teknik gua nak pakai lagi semua dah pakai.. Walau gua dah lepak sekali dengan mawi, gua tetap takde kanchah (gua nak cakap yang gua main badminton dengan mawi tetiap rabu lah... biasa la orang kampung jumpa artis..tapi artis tu kampung jugak).


Kanchah Dewa Chenta tu macamana?


Rambut kerinting ke rambut lurus? atau botak? Ramping atau kembang? Atau sama dengan bidadari syurga yang dibayangkan oleh puak-puak tabligh yang menyampaikan seruan illahi dengan meletakkan bidadari syurga yang chantek sebagai motivasi untuk berdakwah...


Gua menggelarkan gua dewa chenta dan disokong oleh segelintir pembaca blog gua. Tapi itu sebenarnya gua yang kata tapi gua bukan beb... Gua nak ejas awek pun tak reti.. Kalau tak percaya tanya lah kechup... Dia kenal sangat gua katanya! Cis! Mana kau tau kechup... Kau dengar citer dongeng!


Hannys! (gua tatau nak eja camne nama lu), lu jangan risau... gua tak kisah kalau jodoh gua bukan dengan awek yang lahir pada bulan 6.. Gua main-main jer... jangan pikir sampai kepala botak.. Sampai merosot prestasi kerja mahupun proses pembelajaran. Lu pun boleh jugak antar resume... :p


Gua tak kisah la... Sebab gua dah rasa sangat selesa hidup macam nie dan rasa serabut pulak skang nie sebab ada 2-3 kanchah selalu sms dan call. Gua rimas jugak, mungkin sebab dah lama tak berdua.


Kalau macam ni macamana nak buktikan gua dewa beb... balas sms pun malas! argh!!!! Tension! Tido dulu!


Rabu, 18 Mac 2009

Pukul 3 pagi.....


Sekarang pukul 3 pagi — gua terjaga... Ada satu private number call gua... Gua dengan relaxnye angkat...


"Hello!!! Kudu ke ni?", suara macam kenal...


Gua terfikir2 siapa...


"Siapa ni?", gua tanye...


Rupanya lelaki yang bersuara garau itu mengenalkan dirinya.. Aku Munir...


Ya! Munir memang kawan gua dari terengganu. Boleh dikatakan orang yang banyak membantu masa gua hidup merempat di kolej dahulu. Umurnya agak berusia namun dia ketika itu masih meneruskan pengajian diploma walau umur meningkat tua. Masa itu gua degree. Dia memang pandai berniaga...Dia cakap kat gua dia sekarang jual Kokain! Argh! Gua tahu dia berseloroh...


Gua baru sedar orang yang sibuk macam dia pun boleh ingat kat gua. Rupanya gua masih lagi ramai kawan. Gua lupa gua ada kawan, bukan hanya di KL, tapi ramai kawan2 di luar sana yang gua lupakan. Gua bukan nak lupa, tapi terlupa dek kesibukan kerja.


Bulan ini, ramai kawan gua kawin... Antaranya Eddy & Nana, Ilah, Fazhi(budak opis gua), Baini (kawin dengan lect ktorang), dan beberapa orang. Semua dah settle kecuali fazhi... semua yang dah settle semua gua tak pergi...gua tak tahu nak pergi yang mana satu.... huh... Paling terkilan bila x dapat pergi kawin Eddy & Nana... Petang jumaat, gua dapat sms yang berbunyi macam ini:


"Lan, Eddy ni... jmput dtg chenor sok.. aku kawen.. xpn dtg ahad kntan..dtg tau.. ko org pnting.. mintak maaf x sempat anta kad... klm kabut.."


Gua baca sms nie, gua rasa nak menangis kerana gembira. Sebab dia cakap gua orang penting... Alamak! apa pentingnye gua nie?


Sebenarnya, dia dan wife dia berkenalan disebabkan gua. Gua yang suruh dia ejas Nana dalam telefon Kopstel (telefon percuma bilik ke bilik di UiTM)... Gua pun x kenal Nana ni sebenarnya... Gua suh dan paksa eddy ejas... Sampai diorang kawin rupenyer... terharu beb gua dengar bila dorang nak kawin...


Ini berarti gua ini dewa cinta!!!!!


Tapi gua masih belum jumpa cinta yang sejati dan sebenarnya... bila gua pikir benda nie... awek bulan 6 atau 12 ke tak muncul juga. Rasa hampa... Lalu kuterus sambung tidur dengan harapan gadis impian hadir dalam mimpi pendek ku.

Rabu, 18 Februari 2009

Port Dickson ~ Ipoh ~ Kota Bharu ~ Bandung

TEGAS... Gua tengah menegaskan bahawa minyak yang gua tengah jual tu bagus... 2 orang awek ini bersetuju dengan kata2 gua. Mereka hampir membeli minyak yang gua jual.


Port Dickson

Ya... gua baru jugak balik dari pd. Ada family day dengan bebudak office. Dia datang sekali walau dah tak seopis, bagai satu rancangan yang sudah diatur oleh tuhan. Ya gua seronok sangat.. tapi itu sudah lepas. Gua susah dah nak jumpa dia, sebab dia bukan awek bulan Jun. Tapi gua mmg suka dia. Gua call dia x angkat, ya gua pasti dia bukan tak nak angkat.

Ipoh

Masa dekat PD, gua dah dapat berita yang gua kena ikut CEO gua pergi IPOH. Ya, gua tak bantah, gua akur menjadi supir. Gua akan pergi ke Ipoh pagi ni. Ya! gua yakin gua boleh tercacak pukul 7.30 depan rumah CEO. Walau gua masuk opis pun slalu lewat, tapi kalau sebut saje pasal janji dengan CEO, hanya sekali gua lewat. Itupun masa gua mula2 masuk kerja dulu.


Kota Bharu

Ya! gua dikejutkan lagi dengan berita yang gua kena pergi Kota Bharu. Cis! Bosannya! Tapi gua tak dapat elak sebab musababnya gua pandai kecek klate... apa kejadahnya. Gua orang KL siot! Nate sungguh. Menyesal plak menguasai bahasa kelantan. Tapi gua akur. Gua memang pasti pergi sebab gua dah book tiket. Khamis jam 10.35 pagi kalau x silap. Balik Jumaat malam. Ya! Gua x akan jejak awek bulan Jun di kelantan. Sebab musabab gua mmg x sempat cari.

Bandung

Ya! Baru petang tadi gua berjaya buat passport dan dapat pada hari yang sama. Walau terpaksa tukar I/C, gua gigih dan akhirnya berjaya. Ya!!!! Gua pasti akan pergi ke bandung! Dengan paspot yang sah sehingga 2014... ya! pasti selepas ini gua akan kuat melancong! Gua yakin awek bulan Jun ada dikota Bandung! Gua tengah fikirkan bagaimana gua nak bawa dia ke Malaysia. Sampai saat ini gua fikir, mengantuk... dan terus tidur.


p/s: kawan2, tolong kejut gua pukul 5 pagi nie.

Jumaat, 6 Februari 2009

Awek Bulan Jun itu Wujud!!!

Hari ini adalah satu hari dalam minggu2 pertama penjejakan awek bulan Jun. Gua tak paham bukan gua yang sekarang beria mencari, gua bagaikan ada pembantu atau pembantu peribadi yang sentiasa membantu gua mencari dan menjejak dimanakah awek bulan Jun itu berada...



Kata kakak2 di opis! 6x2 itu boleh... gua fikir memang boleh... tapi gua macam dah main kelat... nanti jumpa awek bulan 7 gua bukak pulak formula 6+1 pulak... Jadi matematik itu mudah ~ tak boleh dijadikan asas pencarian ini.


Hari ini, gua berjalan2 sambil mencari barang2 di Jusco, Midvalley bersama dua orang ibu iaitu yang sedang mengandung dan baru nak test2 dia mengandung ke tidak (dia beli pregnancy test tool kat watson). Ternyata ibu yang mengandung itu tidak betul firasatnya.. ditanyanya mana2 awek yang boleh dia tanya dengan selamber... Mungkin sebab dia ini orang Kuala Berang atau memang dia selamber....


"adik, adik lahir bulan brape?", ibu mengandung itu bertanyakan kepada cashier jusco.



"Kenapa? nak beli hadiah ker?", jawabnya maintain... gua makin tak paham dan buat2 cool.


"Bulan 1....", Jawabnya macam bunyi kecewa...





Mungkin kerana dia tahu yang bukan dia yang gua cari. Gua dah pasti sebelum ibu mengandung itu bertanya. Gua punye firasat tahap tinggi, gua yakin. ya! gua sangat yakin. Kalau dipandang dari segi kecomelannya, memang ada ciri2 awek bulan Jun tapi ada sebab apa yang gua pasti dia bukan awek bulan Jun. Gua saja yang tahu....

Dalam perjalanan pulang, sambil menolak troli dan gua ada jugak mengushar kanchah2 sekeliling, mungkin wujud awek bulan Jun tetapi semua dengan panchang masing2. Gua tahu, mereka juga seperti gua... tahu apa itu awek bulan Jun.


Sempat lagi sebelum pulang berselisih dengan seorang awek menjaga tiket kaunter bayaran parking... Ya! kali ini mungkin tapi gua tidak bertanya sebab dia belum masuk shift kerja nanti gua takut kejap lagi dia jawab! "saya tak masuk kirja lagi la!".

Mungkin bila nanti, dalam hati berkata2....

2 Jam kemudian... setelah sampai rumah...

Gua bukak facebook sorang minah nie... memang dah ada dalam facebook gua dah lama, gua tak ingat dia siapa.... gua tengok .... "alamak!!! awek bulan jun lah pulak!!!" ,gua taip kat wall dia...

Selang beberapa minit... dia tanya, "Alamakkk ..apo masalah eh ngan bulan jun??", bunyi macam orang nogori sembilan... gua terus kasi blog gua tapi gua tatahu dia baca ke tidak... tapi gua yakin dia pasti baca... dan saat ini keyakinan gua tentang kewujudan awek bulan Jun itu tidak boleh disangkal!

Ya!!! Dia memang wujud!

p/s: ternyata awek bulan Jun yang kujumpa hari ini lebih chantek dari Wu-Lan yang kujumpa dalam taksi kelmarin...

Khamis, 5 Februari 2009

Awek yang lahir bulan September, May dan December..


Hari ni gua jatuh sakit... sakit sikit2... tapi alhamdulillah tuhan duga gua sikit je, selepas pergi jumpa Dr Vijay, gua disahkan ok.... dia kata gua makin hensem, terima kasih Dr. Vijay. Tapi satu je yang dia x cakap, pasal awek bulan Jun tapi apsal pulak dia nak cakap sebab dia bukan doktor cinta seperti yang digembar-gembur oleh kumpulan dewi-dewi yang agak geletis!

Sepanjang pencarian selama beberapa hari, gua masih samar2 tentang kehadiran awek bulan jun buat masa terdekat! "Hey!!! sabar, baru bulan februari..", kata hati gua.

Banyak bulan lagi....

Gua cari disetiap pelusuk gua pergi, kalau jumpa yang seperti dia adalah orangnya gua akan tegur dan bertanya, "awak lahir bulan brape?", gua tanya...

MEREKA jawab.. "apsal?"

Gua pun bagi alasan macam2, bila awek/ kanchah itu bertanyakan soalan yang sama. Takkan alasan gua nak kasi hadiah bila besday, atau gua nak kata gua ni ahli tilek nasib atau apa... tapi bab tilek tu gua pandai lah sikit... xkan gua konfom gua kata gua nak awek bulan 6. Itu semua gua dah tilek...heheh

Kelmarin, masa gua di opis, ada dua orang kanchah baru kat opis gua, sorang kanchah orang, sorang lagi tunangan orang ~ bukan hakmilik sah sapa2 pun. Gua slamber je call extension dorang,

ext 103...

Malangnya setelah gua tanya, ternyata sorang bulan September, sorang lagi awal bulan Mei... Arghhhhh!!! mana buleh kaw-tim! hujung bulan mei boleh la! Bulan september tak boleh... baik sangat macam awek 1st dulu!

Ternyata gua kena sabar, mungkin gua terlalu gelojoh...

Kata kamal (bukan nama sebenar), awek ni tak suka gelojoh2... Mungkin itu taktik yang buddhi hekayat gunakan untuk menakluki hati Wu-Lan... tapi, tak gelojoh pun, bahaya...ternyata gua yakin sekarang Wu-Lan sudah pasang dua...

Awas saudara BH, mungkin orang yang bersama Wu-Lan didalam taksi itu adalah gua. Kaji asal-usulnya dahulu, mungkin Wu-Lan merahsiakan tarikh lahirnya daripada lu! Wu-Lan lahir bulan 6 kot! hhehheheheh

Awek yang lahir bulan disember itu juga menghantui gua.... Dia lebih chantek dari Wu-Lan luaran dan dalaman. Tapi kenapa disember? bukan jun? mungkin 6x2 = 12? Boleh kaw-tim ka?

Gua termenung, lalu tidur.... mungkin awek bulan Jun akan gua temui esok hari, bukan hanya dalam mimpi.... seperti Wu-Lan

Related Posts with Thumbnails