
Perlawanan Badminton persahabatan ini dinamakan "Tangkis Untuk Palestin". Atas dasar keinsafan ke atas apa yang telah berlaku di palestin, KBMM sebagai sebuah pertubuhan swardaya masyarakat dengan kerjasama Majlis Perbandaran Ampang Jaya dan MERCY Malaysia, akan mengadakan perlawanan persahabatan amal yang mana perlawanan persahabatan ini terbuka bagi semua rakyat Malaysia untuk hadir memberi sokongan. Tarikh: 24 Januari 2009
Tempat : Dewan Sukan dan Komuniti, Bukit Damansara
Masa : 4 petang -6 petang (klinik badminton)/ 8 mlm -11 mlm (perlawanan persahabatan)
Klinik badminton tersebutakan dikendalikan oleh lagenda badminton tanah air iaitu Dato' Misbun Sidek yang akan dibantu oleh Roslin Hashim dan rakan2..Pada hari perlawanan tersebut, KBMM atau kesatuan bulutangkis melayu muda diwakili oleh selebriti tanah air seperti Farouk Hussain, Azrul Zaidi (Raja Lawak), Adi Fashla, 6ixth sense, dan beberapa lagi pemain yang datang dari pelbagai latar belakang dan profesion. Manakala, Rockers United diwakili oleh Lagenda Rock Malaysia iaitu Wings, Def Gab C, Slam, dan juga sayap2 wings. Perlawanan dijangka sangat menarik apabila semua perlawanan antara regu di undi secara rawak....

Berikut adalah senarai nama pemain dan jadual perlawanan persahabatan diantara Rockers United dan KBMM:
1. Joe Wings/ Hafiz (RU) VS Azahari Jaafar/ Roslan Rashid-tuan blog (KBMM)
2. CAIO/ Eddy Hasbullah (RU) VS Adi Fashla -dj era/ Muaz (KBMM)
3. Shah Slam/ Black Wings (RU) VS Izanee/ Irwan Abu Zahar (KBMM)
4. Zamri/ Eddie Wings (RU) VS Faizal Saban- pemain import/ Asry Mohd (KBMM)
5. Kamal/ Mat Noor (RU) VS Farouk Hussain- anak mami/ Azrul Zaidi- Raja Lawak 2 (KBMM)
6. Eddie def-gab-C / Sasz VS GG-6ixthsense / Atan- 6ixthsense (KBMM)
7. Madi/ Ijan (RU) VS Ammar Ghazali/ Azlan Ramly (KBMM)
Diharapkan semua kawan2, sahabat handai, awek2, makcik2, pakcik2, mat rempit2, rockers2, hihoppers2, abang2, adik2, dato2, datin2, dan sebagainya dapat meluangkan masa menyokong kami sambil menderma ke tabung keamanan palestin yang akan disalurkan terus oleh kami kepada pihak MERCY Malaysia pada hari tersebut. Gua sebagai wakil KBMM menjemput anda semua hadir ke dewan komuniti dan sukan, bukit damansara pada 24 jan 09 ini. Pada hari tersebut rockers united juga akan membuat jualan amal baju t-shirt "tangkis untuk palestin" yang berharga RM25 yang mana rM15 akan disalurkan ke tabung keamanan palestin.
Jangan lupa utuk hadir memeriahkan acara dan juga kutipan amal nanti ya! Jom menonton perlawanan persahabatan yang menarik sambil menderma untuk keamanan palestin!!!!
Antara Gambar Sidang Media "Tangkis Untuk Palestin"



p/s: sapa nak tgk kehebatan tuan blog main badminton kena datang awal... game pembukaan... hikhik!












3 komen:
salam..menarik gek baju tu kudu,kala oder pakai wang pos bole ke?simpan koi selai..
moh la datang weh! tengok dulu kalau koi igat koi beli ke aok ser...
cool!very creative!avdvd,色情遊戲,情色貼圖,女優,偷拍,情色視訊,愛情小說,85cc成人片,成人貼圖站,成人論壇,080聊天室,080苗栗人聊天室,免費a片,視訊美女,視訊做愛,免費視訊,伊莉討論區,sogo論壇,台灣論壇,plus論壇,維克斯論壇,情色論壇,性感影片,正妹,走光,色遊戲,情色自拍,kk俱樂部,好玩遊戲,免費遊戲,貼圖區,好玩遊戲區,中部人聊天室,情色視訊聊天室,聊天室ut,成人遊戲,免費成人影片,成人光碟,情色遊戲,情色a片,情色網,性愛自拍,美女寫真,亂倫,戀愛ING,免費視訊聊天,視訊聊天,成人短片,美女交友,美女遊戲,18禁,三級片,自拍,後宮電影院,85cc,免費影片,線上遊戲,色情遊戲,情色
Catat Ulasan