Khamis, 31 Julai 2008

Sindarella ... berakhir kisah drama swasta melayu


Drama yang dibintangi oleh beberapa bakat baru dan lama yang mengetengahkan konsep yang agak unik sehinggakan aku sendiri tak puas hati kerana endingnye... Tapi tak akan lah aku nak marah. Banyak andaian dari penonton-penonton tegar drama ini termasuklah aku yang tersalah jangka endingnya. Finalenya, sepertimana yang dikatakan oleh org tua-tua. Pepatah ini memang dibuat untuk Tengku Hussien yang slow iaitu "yang dikejar tak dapat, yang digendong berciciran". Nasib baiklah Malaysia is a free country.. Kalau di india, mungkin mereka telah membuang tv2 mereka dan akan buat rusuhan ke atas pihak penerbit cerita ini kerana buat ending yang macam ni. Kalau ikut hati aku, aku mahu hussien yang kawin dengan zoela.. Mungkin ramai wanita yang inginkan haidar yang berjaya mengahwini zoela alasannya kerana haidar lebih kelakian. Tapi bagi aku, ketulusan hussien walau ego seorang lelaki menebal akan lebihku respek melebihi ke"poyo"an haidar yang xboleh diblahkan. Kadang-kadang hussien ni ibarat cam aku la... (pengakuan ikhlas) Terlalu setia dengan janji2 sehinnga tak dapat menerima kedatangan wanita lain. Chewah! Menyampah pulak aku baca ayat aku. Tapi kalau perempuan2 tak percaya kewujudan lelaki seperti ini. Memang ianya wujud. Masa aku bercinta ketika muda2 dulu pun kadang2 aku menjadi seperti hussien. Cuma aku taklah bongok macam hussien yang slow gile. Persamaan ini bukanku samakan dengan rupa atau ketinggianku yang memang melebihi hussin (perut la). Tapi aku suke lah cara bron parale (salah eja lantak laa...) berlakon.. Sempoi dan bersahaja sambil muka slamber. Gaya Remy Ishak yang membawa watak haidar yang mana sebagai kaki ayat (mat jiwang) aku x brape berkenan. Mungkin golongan wanita suka lelaki yang jenis mcm tu. Pandangan aku tidak berapa bersih dimataku lelaki yang sebegitu. Mungkin jiwanya ala2 newboyz dan rakan seangkatan dan jiwaku dipengaruhi dengan may, wings, search dan juga spoon. (spoon ni rock ker?)... Mungkin jugak... apa lah daya nak kritik perwatakan manusia yang dicipta berbeza... Yang penting bukan gila kuasa seperti tafsiran lelaki gila kuasa yang kunukil sebelum ini. Anyway, sesiapa yang terlibat dalam penerbitan sinderella. Aku suggest korang sambung la cite ni... Aku kipas susah nak mati tu citer ni. Ini lah salah satu drama yang membuatkan bergunanya tv dirumah aku. Tahniah kepada pelakon2 yang berjaya membawa watak. Pelakon terbaik dan sengal adalah makcik "Marry" dan anak beliau.... hhahhahahahha challow !!! Esok kirja... Masuk lambat sbb tulis blog.. (BOSS AKU BACA BLOG AKU... SIAP PEBERET TU)

Khamis, 17 Julai 2008

Related Posts with Thumbnails