Wah... sudah lama aku tak menulis... mungkin malam ini aku boleh mulakan penulisanku... idea untuk menulis pada malam ini timbul setelah aku terbaca beberapa blog yang berbentuk pemerhatian kepada masyarakat oleh seorang yang prihatin tentang alam sekeliling. Ini adalah apa yang kuperhatikan.... dan apa yang boleh aku kongsi bersama adalah pengalaman dan juga sedikit pandangan seorang insan yang sudah lama berkecimpung dalam dunia internet ni semenjak ianya diperkenalkan di Malaysia (wah maknanya aku dah main internet sejak 5 tahun lagi). Aku memang seorang mamat chatting sejak 1997.. Aku bermula dengan bitchx dan diikuti oleh Mirc, BBS, ICQ, YM, MSN, SKYPPE, dan lain-lain lagi... apa sahaja yang ada chatting boleh dikatakan aku dah pernah cuba... Aku chatting bukan nak cari awek pun (walau mungkin ada niat) sbb aku tak pernah blind date ngan sesiapa minah chatting. Jadi aku masih dara walau lama terlibat dalam dunia ini. Disini kutulis atas apa aku perhatikan tentang minah chatting. Tafsiran ini hanya untuk minah chatting yang hardcore chatting bukan chatting di office sahaja.
1. Biasanya mereka ini tidak mempunyai rupa yang chantek, jarang sekali terjumpa yang perfect dan biasanya mereka ini gemuk dan tidak menarik
2. apa yang dicari adalah mamat2 chatting yang sudi berkenalan dengannya, dan biasanya mamat2 chatting ini terdiri dari mereka2 yang tak berwawasan. Ada yang hanya menganggur dan tidak ada wawasan hidup.
3. Apabila nak ambil gambar (awek chatting y2k sahaja), misti dari pandangan atas sebab itulah sudut yang boleh menimbulkan kekiutan yang terpendam. Ramai lelaki2 tertipu termasuklah lelaki ampang sekiranya mereka berchatting. Ini juga berlaku dalam maisepes atau friendster. tapi xkan itu pun aku nak komen, itu dorang punya kamera.
4. Akan menjadikan chatting itu sebagai tabiat. Ada sorang minah ku pernah kenal.. memang tak leh lekang dengan komputer sehinggakan kene sound ngan member aku.. "oi ko makan je lah internet tu... nasi dah nak abis ni".
5. Bangun chatting, makan chatting, tidur chatting... laptop atau desktop pasti berada disampingnya setiap masa. Apa yang dia mahu adalah kenalan baru yang sudi mengatakan kepadanya "awak chanteklah!"
6. Pada tahun 1997 hingga 2002, kebanyakan mereka berchatting di cyber cafe, tetapi semenjak 2003 hingga kini, bilangan mereka yang masih lagi pergi ke cyber cafe telah berkurang dengan mendadak akibat pelbagai tawaran yang agak murah ditawarkan oleh telekom dan juga service provider yang lain. Selepas 2003, dunia YM dan MSN semakin popular. Ramai yang sudah meninggalkan dunia yang agak oldskool seperti MIRC. Ramai awek2 chatting sudah mempunyai komputer riba dan mempunyai akses dirumah. Lalu mereka lebih maju dengan teknologi seperti kamera web dll. Mereka ini ada satu sikap pantang dipuji dan di ushar oleh mamat2 gersang di internet. Mereka terjebak dengan cybersex dan begitu mudah dipancing oleh mamat2 gersang yang datang dari pelusuk dunia.
7. Dan bila mereka terjebak, webcam mereka tadi dirakam lalu di letakkan dalam web2 seperti mykakis, sabul dan sebagainya lalu minah chatting ini akan popular keseluruh nusantara.
Itulah kisah minah chatting yang hardcore dalam dunia maya ini. Mintak maaf sekiranya ada yang tersinggung dan ini hanyalah pendapat dari pemerhatian dari seorang makhluk Allah yang serba kekurangan. Apa yang aku maksudkan bukanlah pengguna2 msn atau Ym atau mirc yang menggunakan teknologi ini dengan bijak. Siapa yang makan cili, dialah yang terasa pedas! :p