Jumaat, 7 November 2008

Aku Bukan Superstar

Hallo rakan2 semua. Lama gua tak menulis serta mengepos akibat kesibukan kerja yang tidak menentu malam dan siang 7 hari seminggu 24 jam. huh... dalam kesibukan itu kadang2 gua tertekan dengan banyak keadaan yang menekan perasaan dan juga kekangan masa membuat hidupku sedikit huru-hara. Nie gua pos satu klip video dari projek pop band dari indonesia yang lawak gile.. band ni mmg serba boleh dan kali ini diorang bawak watak2 dan menyindir artis2 yang ngetop di indon.... cuba korang layan.. pasti keren!!!





Rabu, 8 Oktober 2008

Engkau Lelaki Kelantan.....

Engkau Lelaki Kelantan
Dimana tanah dipijak
Pasti langgak gah sijantan
Berikan aku sedikit kesempatan

Engkau lelaki kelantan
Berpeluk tubuh bagai anak bentan
Menunggu kelapa menjadi santan
Menunding jari ke arah watan

Namun....
Sikapmu itu bagaikan klasik
Buah mulut semakin kersik
Kau hanya sekadar parasit
Jangan sampai kau jadi spastik

Aku juga benci wahai kau anak kelantan....
Engkau pantang kalah
Engkaulah laksamana dimata orang
Namun dimataku kau hanya maha pembelit
Menjadi tomah engkau terpalit

Sudah... engkau mengalah akhirnya
Sudah tahu mana perginya
Sudah tahu mana angkara
Sedarlah kau wahai anak kelantan
Selamat tinggal anak kelantan

p/s: sajak ini hanya ditujukan kepada anak kelantan yang dimaksudkan sahaja... segala kelantanese lain tak termasuk.... korang paham ke x paham puisi gua? gua x paham pun.... hahahahhaha

Ahad, 5 Oktober 2008

Coretan eidul fitri 2008

Berikut adalah catitan percutian rayaku.... tiada apa yang istimewa:

Sebelum syawal - Di hujung2 ramadhan gua pulang ke kampung gua kat temerloh.... memang best sebab gua balik dengan bawa something untuk family gua.... gua shopping dulu sebelum gua balik...sepasang sorang gua belikan baju FRED PERRY & POLO dan seluar RENOMA & JEEP... sales siol...gua borong tapi masa gua bayar cashier telah salah kira menjadikan harga tidak logik.... kalau nak diikutkan harga sebelum diskaun mmg lah dekat beribu juga tapi gua dah bajet2 dah harganya... gua tengok dia kasi gua harga mahal dan gua suh dia kira semula... cashier tu cuak kira laju jadi murah plak.... tapi gua tak prasan ag... janji reasonable... belek2 tengok dia sudah salah kira... sudah murah RM 50++... nak wat camne... rezki gua kan... hehehheheheh ... then dari IOI... gua terus bertolak pulang ke kampungku sampailah dalam kul 7.10 petang ngam2 plak berbuka....sempat lah gua berpuasa 1 2 hari kat kampung sebelum raya...

1 Syawal - Gua tak pergi sembahyang raya tahun ni akibat balik lewat jumpa kawan2 kat kampung.... ini kali ke-2 gua tak terjaga.... bapak gua plak yang biasanya akan kejutkan semua laki2 dalam rumah tak kejutkan plak arini. Tahun ini gua je ada kat rumah... abang dan abang ipar x balik pada 1 syawal. Rupan2nya, bapak gua tak brape larat nak ke masjid. patut laa.... gua pun ter miss..... So, raya yang tak macam raya pun berlalu tanpa ada upacara bermaafan sesama keluarga sebab kitorang tak cukup corumn. so semua buat haluan memasing... anak2 sedaraku pergi ke rumah kakak gua di mentakab dan kami dipagi syawal tanpa budak2 kecil.... dan semua terus buat haluan memasing.... gua pun just duk rumah layan TV je... jam menunjukkan kul 4 petang.... ahhh boring... gua contact jamie dan terus gi rumah dia... rumah pertama gua beraya... abis rumah jamie..... gua pergi ke 7e untuk membeli rokok... dah dekat dah ni dengan rumah rohani.... siapa rohani?gua pun terus call dan dia beria mengajak gua datang ke rumah dia di mentakab. Terus je gua pergi mencari dimanakah rumahnya... sampai rumah dia gua tengok ramai plak ahli keluarga dia melepak... bermula lah episod berkenalan dengan keluarganya. Gua pernah tahu yang mak si dia ni tak berapa suka kawan2 lelaki datang ke rumah. tapi gua dengan rambut sikat tepi berpakaian melayu teluk belanga berkaler biru (kain siang malam) dengan selambernye lepak ngan mak dia. Yang gua herannya, mak dia elok plak melayan gua... siap bergurau agi ngan gua... si dia pun hairan... tapi gua tak heran sebab gua ni champion mandrem orang tua orang.... setelah abis berkenalan sambil melantak... gua pulang ke rumah sesudah maghrib.... aktiviti malam? gua kuar sampai pagi dengan bebudak kampung... bukan buat apa pun... pergi mencari tempat nak main snooker.... pastu tak jumpa2 yang kosong... semua penuh.. gua rasa dorang ni buat rendang bola snooker gamaknya... selepas letih gua balik rumah dan tido

2 Syawal - gua bangun agak lewat... masih lagi tatau nak kemana... gua duk rumah saja... kakak gua dah pulang ke rumah malam tadi rupanya dengan anak2 sedara gua... upacara menyerahkan ang paw kepada anak2 sedara telah berlangsung secara tak standard.... sebab dorang tak berbaris... gua plak yang kena cari dorang nak bagi... ampes... dalam kul 3 petang.... gua dan famili gua pergi ke rumah nenek angkat di kelibang.... kerdau... temerloh da....pastu rayalah jiran yang terdekat... pastu malam hari aktiviti yang sama jua gua lakukan...

3 Syawal - Hari jumaat.... gua balik lewat so gua bangun lewat... sebelum sembahyang jumaat je gua bangun... huhuhuhuh.... air plak takde... lagi sejam lagi nak semayang jumaat... ampes tul lah... nasib baik dalam masa 30 minit selepas itu bekalan air ke rumah gua berjalan seperti biasa. ntah apa problem pun gua tatau... rumah atas bukit lah katakan... tu la payah tu... so, gua pergi solat jumaat dan selepas semayang jumaat gua pergi tahlil ke rumah jiran gua... lepas tahlil, pekena plak mee sup ngan roti jala sebagai hidangan selepas tahlil... gua pulang ke rumah dan tido seketika sehingga malam menjelma gua akan keluar mencari kawan2.... aktiviti sama jua dilakukan hingga lah pagi....

4 Syawal - Bangun lambat jugak... nasib gua bukan anak dara... hehehheeh...arini gua rasa gua nak gerak ke KL... balik rumah gua kat puchong lah kan... boring dah duk kampung.... gua mmg biasa merantau sampai rasa cam x best je duk lelama kat kampung walau cuti... mungkin gua lupa daratan kot.... tapi gua masih belum boleh terbang buat apa gua nak lupa daratan kan? gua bertolak dalam kul 3 petang dari rumah kakak gua... perjalanan ok.... tanpa sebarang jamm hingga ke tol gombak... best... masuk MRR2.... naik fly over ampang plaza.... tetiba ... gua merasakan bahang jamm.... ambik kau... jammed sungguh.... gua ingat dorang tengok bunga api tengah hujan sampai jammed. rupanya banjir.... setelah sejam parking percuma di MRR2... gua akhirnya terlepas dari jammed dan meneruskan perjalanan gua sampai lah kerumah gua dalam kul 6.30 petang... walaupun letih, gua gembira kerana percutian yang menyeronokkan (ayat standard)... itulah diari eidulfitri gua yang hampir sama tahun ke tahun....

p/s: bila la dapat rasa membatalkan air smayang dengan bersalaman di pagi raya? :p

Rabu, 24 September 2008

Bangkit lah melayu yang semakin layu

Gua orang melayu... gua memang melayu... dan gua tetap akan melayu... gua tak kisah langsung kalau amoi atau apek atau aci atau anei yang kata gua racist... gua tak kisah ... cuma gua nak menyedarkan anak2 melayu yang semakin hilang kemelayuannya.. Lebih cina daripada cina... Lebih india daripada india...Gua terpanggil untuk menulis tentang melayu oleh kesedaran yang gua ada dan juga yang rakan2 gua telah ceritakan. Gua selalu melepak dengan orang yang berumur dan pelbagai pendapat mereka yang gua terima bagi satu pengajaran untuk kita melayu semua. Gua tak kisahlah gua melayu campur ke apa... janji gua jiwa melayu dan hasrat gua nak menyedarkan anak2 melayu yang belum sedar.

1. Kenapa orang melayu menjatuhkan orang melayu? itu yang gua heran... melayu kuat hasad dengki... tapi kenapa tidak cina? Sampai bila melayu takkan maju

2. Sekiranya ada 2 orang manusia menjalankan perniagaan seorang melayu dan seorang kaum lain. Kenapa ramai melayu tidak berurusan atau membeli barang-barang dari kedai melayu... kenapa? harga mahal? kalau harga mahal cari bangsa lain yang lebih murah dan memulaukan bangsa kita tanpa hendak memajukan bangsa sendiri...bagi gua itu bukan cara yang betul... kita tegur sahabat melayu kita bukan terus lari kepada bangsa lain... itulah melayu takkan maju

3. 2 orang melayu melakukan perniagaan sama.. saling bertanding dalam perniagaan dengan mengutuk dan mengata tentang servis atau barangan yang dijual oleh melayu yang lain dan menjatuhkan orang melayu? Kenapa tidak bersatu demi kejayaan bersama?

4. Banyak kisah mandrem atau salah guna ilmu hitam demi menjatuhkan orang dan menyedihkan mereka yang melakukan perkara ini menjatuhkan bangsa sendiri... 90% perkara ini terjadi kepada orang melayu...Kenapa kita tidak sedar?

5. Setiap umat Islam telah ditentukan rezki oleh Allah taala dan telah dibuka peluang ini tetapi kenapa melayu islam malas?

6. Ramai anak2 melayu yang selalu melakukan perkara tidak berfaedah seperti merempit yang tidak membawa sebarang laba namun mendatang bala.... tapi kenapa tidak luangkan masa dengan perkara berfaedah... sedarlah wahai melayu bahawa peluang itu ada. dan sekiranya tidak digali... melayu akan terus merempat dibumi sendiri yang penuh sesak dengan rempitan melayu

7. Orang melayu mesti berani menyuarakan pendapat atau melawan bukan mengikut telunjuk bangsa lain...tapi selalunya melayu akan tunduk dan patuh kepada bangsa lain terutama majikan dan takut untuk melawan segala apa yang salah dan akan memudarkan melayu yang semakin pudar..

8. Gua heran knape kalau orang macam gua ni boleh dicop racist sebab post gua camni tapi kenapa tidak bangsa lain yang jelas2 nampak racist yang hanya akan membantu bangsanya tidak dipanggil racist. Gua suka sikap kekelantan yang ditonjolkan oleh kelantanese. Jangan sampai hilang kemelayuan yang semakin pupus... akhirnya kita menumpang dibumi sendiri...

9. Ayuh melayu sedarlah... rajin jangan malas... Jangan suka menunding jari... jangan suka berpeluk tubuh... kalau kita berani, mimpi akan jadi kenyataan.

10. Gua teringat satu lagu... lagu ini gua tak tahu apa tajuknya... tapi lagu ni mmg touching bagi gua... harap sahabat melayuku semua sedar bahawa kita perlu bangkit... sekiranya kita terus tidur... kita tidak akan maju... kita akan menumpang dibumi sendiri... layanlah lirik lagu ini... mungkin ada kesilapan... semua aku tulis semula atas ingatan yang mungkin kabur.


Akulah penyair yang turun dari gunung
Beratus tahun aku duduk disitu
Beratus-ratus tahun

Kiniku turun ke lembah
Melihat manusia
Kecil Miskin
Lagi hina
Hidup mereka melata-lata

Akan kujunjung dan kujulang ke angkasa
Akan kubisikkan kau bagai halilintar
Kebebasan abadi...

Akan kita susun perbarisan
Menjulang keadilan
Milik kita
Milik semua
Hidup kita bahagia...

p/s: Takkan melayu hilang di dunia

Sabtu, 13 September 2008

Wanita "Puisi ikhlas dari insan sepi"

Gua balik dari melepak... gua mengadap laptop... gua rasa nak menulis puisi... tadi gua balik dari lepak... gua ada gak berangan nak angkat satu JEEP dan make-up... tapi gua check dalam moto trader... gua tak jumpe plak jeep yang nak dijual... gua hampa... langsung gua rasa nak menulis tentang harapan dan kehampaan... gua nak menulis pasal jeep gua x pandai... langsung gua fikir apa tajuk yang sesuai... akhirnya gua nak menulis puisi tentang wanita... maklumlah... gua single(style nak promote), kengkadang terpikir plak bila ada wanita yang nak kat gua yang serba kurang ni kan.... kalau ade awek2 yang berminat... lu orang taip ON MINAT antar ke handphone gua ... Insyaallah gua akan balas minggu depan... layan!!!!!

Wanita...
bukan lagu siti
Jangan kau ingat aku tak menanti
Kehadirannmu entah bila ku tak pasti

Wanita...
Kau akan kujadikan buah hati
Lama sudah ku menanti
Datang dengan penuh erti

Wanita...
Aku tak kisah walaupun siti
Janji kau paham isi dihati
Pasti janjiku akan kutepati

Wanita...
Aku masih mencari erti
Yang selama kusalah erti
Kadangkalanya ia bagai tak bererti

W
anita....
Sukar kufahami hajat dihati
Walau sejuta bagaikan melati
Masih tak jumpa yang tahu erti

Wanita...
Harap kau hadir bagaikan jati
Bolehku tumpang umpama pedati
Hidup denganku sampaiku mati

p/s: aku memang pencinta wanita... namun kubukan buaya...(suara sengau). Puisi disahkan ori...bukan a.p. Jadi segala kopi mengopi atau teh mengeteh adalah dilarang tanpa kebenaran... tindakan akan diambil. Sape nampak orang lain kopi... korang tulis nama dia.

Khamis, 11 September 2008

Kaedah berguna buat semua pengguna telefon bimbit

Handphone ataupun telefon bimbit secanggih mana pun tidak berguna sekiranya coverage tak ada kan. Di dalam lif dan basement tempat parking kereta merupakan antara kawasan 'pantang' bagi handphone (hp). Ini kerana di tempat-tempat tersebut coverage hp amat rendah sehingga 1 bar dan kadang-kadang tiada langsung!


Bayangkan sekiranya anda berada dalam situasi yang yang cemas dan amat memerlukan pertolongan. Tetapi hp mahal anda itu tidak dapat melaksanakan tugasnya dengan cemerlang. Tentu anda mempunyai sebab munasabah untuk berasa kecewa dan menyesal bukan???
Ini satu informasi untuk anda dan sesiapa sahaja yang menggunakan hp 1G, 2G ataupun 3G. Dengan menggunakan wang kertas RM2 sahaja anda boleh mendapatkan full bar untuk hp walaupun di mana sahaja anda berada.

Ini kerana wang kertas RM2 mempunyai satu elemen untuk 'boost up' coverage hp anda. Mungkin anda berasa sedikit hairan. Tetapi percayalah ini merupakan satu kenyataan yang tidak boleh dinafikan!!!

Kaedah ini sesuai untuk semua pengguna 013, 016, 019, 012, 017 dan sebagainya.
Caranya ( Perhatian sila baca dan ikuti langkah-langkah ini dengan teliti) :


Langkah 1 : Off atau matikan hp anda.


Langkah 2 : Lipatkan wang kertas RM2 menjadi sama saiz dengan bateri hp anda.Kemudian selitkan duit yang telah dilipat tadi bersama bateri hp anda.


Langkah 3 : On atau hidupkankan semula hp. Periksa bar pada hp anda. Semasa hp anda on, pastikan kod 'ID. 10T' tertera pada skrin hp anda.
Sekiranya kod 'ID. 10T' tertera di skrin, hp anda tidak akan mengalami masalah coverage lagi!


*Sila ambil perhatian;


Sekiranya kod 'ID.10T' tidak tertera pada skrin, sila periksa sebuah satelit yang besar di belakang wang kertas RM2 tersebut.
Pastikan sama ada satelit tersebut berfungsi dengan baik atau tidak.




Sekiranya masih tidak berjaya, sila ketuk-ketuk sikit hp anda dengan duit RM2 tu sekali. Sila periksa samada tengkolok Agong jatuh ataupun tidak. Kedudukan tengkolok yang tidak stabil mungkin penyebab mengapa kod 'ID.10T' tidak muncul di skrin hp anda.
Kalau masih tidak berjaya hentakkan hp di dahi anda 10 kali.
Mungkin kod 'ID.10T' dah bertukar menjadi 'IDIOT' ! Sape tahu yer tak??
Jgn marah kalau dah terkena......Nasib baik duit RM2 tak dicetak lagi. Kalau tidak, lagi ramai yg fikir benda ni betul-betul...tapi cobaan.....selamat berbuka puasa...
p/s: renung-renungkan dan selamat beramal!!!

Jumaat, 5 September 2008

Change your phone now!... The best price in town!

Nokia

Nokia 1200 RM 110
Nokia 6110 RM 1030
Nokia N70 RM 680
Nokia N77 RM 850
Nokia N81 RM 1230
Nokia N95 RM 1800

Sony Ericsson

Sony Ericsson P1 RM 1050
Sony Ericsson W200i RM 300

Gua jual segala handphone Nokia, Sony Ericsson, Samsung..... Ini senarai pendek je... kalau nak yang full list. Korang boleh klik kat link bawah:

Senarai harga telepon bimbit

Kalau nak lagi full dan updated price. Sila call gua ditalian 0129222829 atau 0166026036... Hanya sms dan call yang berunsur personal selain business tidak akan dilayan... korang tanye je model apa... nak ori ke nak a.p set... sume harga boleh kawtim. Lu orang jalan kat low yat pun x dapat best price macam gua. Sebab gua nye company authorize dealer.

Related Posts with Thumbnails