Selasa, 22 April 2008

Songsang...

Puisi ini kugubah sebelum tidur selepas menonton movie Virginity Territory.. Kalau korang paham maksud aku... baguslah... aku pun nyaris x paham apa yang aku tulis...

Kenapa ingin songsang?
Aku tidak songsang
Yang difikir itulah bayang
Sang bukan Sebarang

Aku bukan songsang
Terpekik terlolong meminta hutang
Biarpun orang berhutang
Aku tidak membangkang

Aku tidak songsang
Umpama sebiji kerongsang
Kerongsang tetap kerongsang
Tak akan menjadi butang

Kenapa ingin menjadi songsang
Kalau kawan bukan seorang
Walau lawan ramai yang datang
Aku tetap tidak songsang

p/s: Kat sebelah kampung aku ada kampung nama kampung songsang. Ianya tiada kaitan dengan puisi ini... harap maklum

Sabtu, 19 April 2008

Mok Aku Nok Tubaik

Amaran: sajak yang akan deklamasikan di bawah sebentar lagi adalah bahasa Kuala Berang yang pastinya bukan bahasa hamba. Hamba memahaminya dengan mendalam dan barangsiapa tidak memahaminya... Sila on TAK PAHAM dan hantar ke 36999. Terimalah MOK AKU NOK TUBAIK!!


Mok
aku nk tubaik

Mok
disember ni ujang yang berderohong
mengukir seribu mimpi hadir malang
aku rindu pade pacat dan litoh
aku rindu pada ulat belucas dan woh getoh
aku ingin berjeluah dengan selut yang kotor
aku ingin main chor

Biar lah ade yang mengayat
mencari saing untuk bederat
bior aku yang perambat
bior lah ade yang mengakok
mencari ubi turok
bior aku yang timbok mok

Mok
aku nak tubaik, aku nk balik
aku tau mok belibir berong maroh
sebab aku dakmboh skuloh
aku nk cube cari diri aku
pedie aku sebenornya

Aku belajor jadi kubor jenuor
dok seke stabok bila aku tengok TV
saing rudong aku adalah HIV

Mok
aku serik doh
duduk dalam rumoh batu, pitu besi
mari lah mok ambik aku wak lari
juallah lembu kubo too
mari tebuh aku ni
wak tubik aku mok

Mok
aku nk balik, aku nak tubaik
nak sujud nak cium tangang mung mok
aku teringin nak tumbok beng
aku teringin nak wak bo'oh
aku nak sedekoh patihoh kubo ayah
ambik lah aku wak tubik mok
aku kenal doh pedie aku sebenornya mok
aku kenal doh pedie kawang pedie lawang

Mok
aku kenak doh tikor sejadoh
aku kenal doh
hok mane pekdoh hok mane bejadoh
aku dak mboh isap dadoh doh
riku aku dakmboh doh

Ku gugur kang segala rinduku pada kapung laman
pada huma
pada baroh
pada urung
bior lah aku duduk dalam gok ayang
aku dakmboh duduk dalam gok urang

Mok
kalu aku mati
hadiohlah kakku patihoh

Jumaat, 18 April 2008

Pantun special for MANU Fans




Aduh tak dapat tido
Chelsea lawan Everton
Apa yang nak digado
Kalau tak menonton

Lalu aku bukak Livescore
Masih 0-0
Semua takkan score
Chelsea takkan potong

Ayam berkokok atas batang
Sebelum kita tido
Isap rokok sebatang (pantun 3 kerat)

p/s : Glory glory Man United!

dah dit dah dit dit dah dah dit dit dit dit dah sudah kembali



dah dit dah dit dit dah dah dit dit dit dit dah... Apa maksud semua tu? Bahasa apa? Norsheila amin punya lagu ke apa? -.- ..- -.. ..- inilah apa yang dimaksudkan KUDU dalam CW ... yang lain-lain korang cari lah sendiri maksudnye. Tereset lah plak setting blog.. ampeh tol.. Kepada semua kawan2... drop your blog here... aku nak letak dalam list... abis semua terdelete. Lama gile tak mengupdate menatang ni... Bizi ah... lagipun aku dapat mood nak post semula sebab aku baru subscribe IZZIYOU... Melayang RM699 secara serta merta.. xpelah dari aku bazirkan duit pegi enjoy atau buang tempat2 yang tak berfaedah... cuma satu je.. aku kene cari laptop baru... laptop sudah kong... line yang laju jadi slow bukan disebabkan provider tapi disebabkan komputer yang di hantui oleh virus dan segala ware yang mengancam.. cis... sekali wat speed test result macam hape ntah...yang atas tu result speed test yang aku wat... sangat slow.. chow dulu esok kije... 73 88

Related Posts with Thumbnails