Selasa, 22 April 2008

Songsang...

Puisi ini kugubah sebelum tidur selepas menonton movie Virginity Territory.. Kalau korang paham maksud aku... baguslah... aku pun nyaris x paham apa yang aku tulis...

Kenapa ingin songsang?
Aku tidak songsang
Yang difikir itulah bayang
Sang bukan Sebarang

Aku bukan songsang
Terpekik terlolong meminta hutang
Biarpun orang berhutang
Aku tidak membangkang

Aku tidak songsang
Umpama sebiji kerongsang
Kerongsang tetap kerongsang
Tak akan menjadi butang

Kenapa ingin menjadi songsang
Kalau kawan bukan seorang
Walau lawan ramai yang datang
Aku tetap tidak songsang

p/s: Kat sebelah kampung aku ada kampung nama kampung songsang. Ianya tiada kaitan dengan puisi ini... harap maklum

Tiada ulasan:

Related Posts with Thumbnails