Khamis, 13 Ogos 2009

Ustaz Asri Rabbani Kembali Ke Rahmatullah


Al-Fatehah....

Ketua kumpulan nasyid Rabbani, Asri Ibrahim meninggal dunia di Hospital Pantai, di sini, kira-kira jam 11 pagi tadi kerana sakit jantung.

Allahyarham Asri dilaporkan pengsan ketika mengendalikan program Syahadah musim kelima di Angkasapuri, sebelum dikejarkan ke hospital berkenaan.

Aku pernah menyanyikan irama nasyid ciptaannya waktu aku dalam kumpulan nasyid, duu-dulu...Arwah adalah antara manusia yang aku kagumi... masih lagi aku ingat, dulu-dulu....banyak cerita yang baik dan contoh yang baik ditinggalkan... Lagu anak soleh... paling aku suka...Lagu pergi tak kembali pasti terngiang2 difikiran kita semua ketika ini...

Setiap insan pasti merasa
Saat perpisahan terakhir
Dunia yang fana akan ditinggalkan
Hanya amalan yang dibawa

Terdengar sayup surah dibaca
Sayunya alunan suara
Cemas di dada...lemah tak bermaya
Terbuka hijab di depan mata

Selamat tinggal pada semua
Berpisahlah kita selamanya
Kita tak sama nasib di sana
Baikkah atau sebaliknya

Amalan dan takwa jadi bekalan
Sejahtera bahagia pulang...ke sana

Sekujur badan berselimut putih
Rebah bersemadi sendiri
Mengharap kasih anak dan isteri
Apa mungkin pahala dikirim

Terbaring sempit seluas pusara
Soal-bicara terus bermula
Sesal dan insaf tak berguna lagi
Hancurlah jasad dimamah bumi

Berpisah sudah segalanya
Yang tinggal hanyalah kenangan
Diiring doa dan air mata
Yang pergi takkan kembali lagi

Di blog allahyarham sendiri, ada kata-kata yang cukup menusuk sanubari kita....

"Aku adalah pengejar syurga akhirat,bagiku dunia ini adalah tempat mempersiapkan segala sesuatu untuk meraih syurga akhirat;aku yakin bahawa syurga akhirat tidak akan pernah dapat aku raih kecuali aku boleh menikmati syurga dunia terlebih dahulu.Maka rumah dan keluargaku adalah syurga dunia paling indah buatku. Tempat kerja syurga dunia harianku. Tetangga, masyarakat,dan bangsa adalah syurga duniaku yang lebih luas. Ke manapun dan sampai bila-bila pun syurgaku selalu bersamaku" - ustaz asri rabbani


Al-Fatehah kepada Ustaz Asri Ibrahim

6 ulasan:

faezuddin berkata...

ya allah....ampunilah roh nya...ampuni dosa2 kami ya allah....berkatilah segala usaha dakwah nya selamaini...amin ya allah...

Tanpa Nama berkata...

al-fatihah.. lepas ni kita akan merindui alunan suaranya yang mengalunkan irama nasyid & zikir..terutamanya zikir munajat.. sejak zaman sekolah lagi saya meminati beliau semasa beliau bersama Nada Murni.. moga Allah menempatkan beliau di kalangan org yg soleh.. - Neo

Kudu berkata...

Lagu anak soleh... aku takkan lupa!

Tanpa Nama berkata...

smga dicucuri rahmat atas rohnya..amin ya rabb

silawati berkata...

sedihnya...

Jard The Great berkata...

al-fatihah... =p

ku singgah sini dari blog ustaz asri. salam singgah dari ku.. ;p

Related Posts with Thumbnails