Khamis, 21 Ogos 2008

Misteri hantu penggali kubur...




Gua masih lagi payah nak tido dan ubatnya blog ni la... lalau gua menaip... kadang2 gua tido dengan autonya... gua boring gua ingat gua nak menyampaikan satu kisah seram lebih seram lagi dari MISTERI rancangan tv3 yang mengetengahkan cerita2 seperti "PAU SURI" dan banyak lagi.... lu orang baca la... mana tau boleh jadi ubat penahan tido... layan......!!!

Kisah ini berlaku di sebuah perkampungan kecil di Pahang pada tahun 1973 Ia nya diceritakan oleh Iqbal Mohd faizal (penduduk kat kamnpung gua) kepada gua untuk pedoman semua pembaca budiman. Kisah berlaku di sebuah Pekan yang bernama Kampung Pulau Tawar, Jerantut . Seorang lelaki yang bernama Mamat (nama sebenar dirahsiakan bagi menjaga nama baik keluarga tersebut ) . Mamat adalah seorang bomoh di kampung tersebut. Beliau merupakan seorang bomoh yang agak disegani oleh kerana setiap kali apabila beliau mengubati setiap penyakit yang pelik , beliau akan berjaya.

Satu hari diwaktu senja ada seorang budak melalui rumah Mamat budak itu adalah Atan pencerita kisah ini ). Atan terdengar seseorang sedang bercakap dalam bahasa yang agak pelik dan tidak pernah didengarinya sebelum ini. Atan cuba mengendap dari celah lubang dinding yang agak usang . Beliau melihat Mamat bercakap mengadap sekeping cermin . Oleh kerana lubang tersebut agak kecil Atan tidak nampak keseluruhan cermin tersebut. Atan cuba mencari lubang yang agak besar.Akhir nya dia ketemu,dia mengintai dan melihat bayangan pada cermin tersebut bukan lah Mamat tetapi sebatang tubuh yang sungguh ngeri wajahnya. Mata nya kelihatan tersebul dan pipinya kelihatan berlubang . Tubuh makhluk itu dibaluti oleh kain putih yang berwarna coklat seperti warna tanah Tiba -tiba Atan melihat mahkluk itu seperti memandang kearahnya.Bulu romanya meremang . Tanpa membuang masa Atan terus melarikan diri . Sampai saja dirumah beliau terus menemui bapanya dan menceritakan kepada bapanya . Bapanya sekadar tersenyum seraya memberitahu dia sudah lama mengetahui perihal Mamat . Bapanya mengatakan bahawa Mamat menggunakan hantu peliharaanya untuk merasuk orang dan apabila orang tersebut sakit beliau akan datang dan mengubati orang tersebut. Dengan cara ini beliau akan lebih mendapat duit dan orang kampung akan menghormatinya Bapanya berkata dia hanya menunggu masa untuk membuktikan pada orang kampung.

Pada malam tersebut Atan berasa seperti tidak sedap badan , tubuhya seperti merasa lemah . Mungkin kerana terkejutkan peristiwa yang dilihatnya tadi membuat kan dia rasa bergitu kata hatinya. Selepas makan Atan terus masuk tidur . Apabila dia cuba hendak biliknya . Dia cuba membuka mata nya tetapi berasa amat berat sekali . Atan pun cuba bertempik untuk memanggil bapanya tapi suara tersekat dikerongkong sahaja. Dia cuba membaca ayat suci yang diingatinya . Akhirnya beliau dapat berteriak memanggil bapanya . Kemudian beliau pengsan .

Apabila dia membuka matanya dia dapati rumahnya penuh dengan orang dan mendengar orang menyebut nama Mamat Dia melihat bapanya menghampiri nya sambil terseyum dan berkata sabar segalanya telah berakhir . Dia kembali terlelap.

Pagi besok nya apabila dia sedar dia melihat bapanya berjalan diiringi ibunya dengan pakaian seperti orang ingin ke masjid . Dia menanya bapanya apa yang berlaku . Bapanya menjawap nanti dia akan ceritakan sebelum itu kita pergi menziarahi kubur Mamat . Atan terkejut mendengarnya dan penuh dengan persoalan bermain dibenaknya sambil mengorak langkah kebilik mandi. Setelah segalanya selesai dia pun mengikuti bapanya.

Sesampai ditanah perkuburan dia melihat orang sedang mengali kubur. Tiba - tiba dia tedengar orang didalam lubang bertempik ....apa ni !!! Atan berlari untuk melihat tetapi dihalang oleh bapanya dia cuma melihat dari jarak kaki dari kubur tesebut.Dia melihat orang - orang dewasa seperti mengangkat sesuatu .

Melihat dari memek muka mereka benda yang kelihatan seperti UBI yang sangat besar jadi sesiapa yang ingin beli UBI tersebut boleh lah menghubungi saya di talian bebas tol :

1-800-333-55
atau layari laman web kami www.kerepekpenggalikubur.com

Kerepek Ubi Sira - RM 2.00 sebungkus
Kerepek Ubi Perisa kicap - RM 2.30 sebungkus
Kerepek Ubi(standard) - RM 1.50 sebungkus
Kerepek Ubi Mentah - RM 0.50 sebungkus
Penghantaran percuma kepada kawasan di Lembah Kelang sahaja. Cukai perkhidmatan sebanyak 2% akan dikenakan. Untuk pelanggan kami diluar lembah kelang, anda perlu membayar RM10 sebagai caj penghantaran produk.

UBI......UBI...SAPER NAK BELI UBIIIII!!! apa laga? beli la woi!

6 ulasan:

mkaw77 berkata...

antu betoi...! bulu roma dah naik trus x mau turun dah

A t i Q a h berkata...

Aaa..rasa macam nak ketuk je kepala orang tukang cerita ni. Wachaa!!

M4M4 MY4 berkata...

kahkahkah dok seram2 tetiba lak kuar citer ubi laks..

Tanpa Nama berkata...

bengkok jerk.. huhu...

Tanpa Nama berkata...

tak guna betul! buat suspen je... cets! :D :D :D :D

faiz berkata...

aduhhh terkena...puihhh...2018 now

Related Posts with Thumbnails